Selasa, 28 Disember 2010

Play MKV Movie Using PS3 To Your TV

Yes, aku dah jumpa 1 software yang enable kan PS3 sebagai MKV player tanpa perlu convert kan fail tersebut dari .mkv ke format lain. Caranya adalah, download dan install PS3 media server dari http://ps3mediaserver.blogspot.com/ . Dah install pada pc/ laptop korang yang wireless enabled, (pastikan korang ada wireless router), korang pergi kat ps3 setting bahagian video, scan media server. biasanya korang akan dapat 2 server, ambik yang ps3 media server, bukan window.

Bila dah masuk, korang akan nampak semua folder dalam pc korang. So pergi la cari folder movie korang dan play je movie yang ada. Selain .mkv, macam - macam lagi type movie ext yang korang boleh main kan.

So tak perlu lagi aku nak beli media server atau nak convert movie file atau sambung laptop pada tv. On tv, on laptop dan on ps3, dah boleh tgk movie. Movie high quality 720p/1080p boleh download dari internet (DINASIHATKAN BELI YANG ORI, DOWNLOAD UTK PREVIEW JE). Dengan streamyc 4mbps, tak jadi masalah (kalau takde masalah Bras la macam orang lain. nasib baik aku tak kena :) ).

Happy viewing..

Tiada ulasan: