But hari ni, aku jumpa customer yang aku tak faham kenapa.Rumah semi D 2 tingkat yang bahagian dalamnya dah renovate cantik gila. Pintu kayu rumah, 5 kali setangah lebih besar dari pintu rumah aku (serius), bilik air, sama besar dengan master bed room aku. Perabut sofa, jenis kalau letak kat rumah aku habis, takde laluan nak keluar. Dan tuan rumah ni, aku kenal, jenis makan tak habis, macam tokey rangkaian supermarket.
Tapi, anak dia sape jaga? Maid jaga. Aku tanya mana ibuknya? kerja. Di pejabat bapaknya (suami dia).Tolong suami urus syarikat. Aduh ! Perlu ke? Aku pun tak tau. Mungkin aku belum jadi sekaya itu sebab tu aku tak tau. Tapi jangan cakap "mungkin orang tu nampak aje kaya, tapi tak kaya" sebab aku tau dia memang senang. Macam aku cakap kan tadi, kaya macam "anak tokey rangkaian supermarket". Kalau pun tak cukup staf, cari lah pekerja baru...
Betapa aku iri hati dengan kedudukan kewangan diorang. Betapa aku berharap sangat aku berada di tempat diorang, supaya anak aku, wife aku dapat jaga sendiri. Tapi apa kan daya, buat masa sekarang, both of us terpaksa la kerja. Kalau nanti, sape yang nak bayarkan bil str*amyx 4mbps rumah aku ni...nanti anak aku tak boleh tengok Mickey Mouse Club House kat youtube, sape nak jawab....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan