Entry kali ini, ditulis selepas perlawan kelayakan asia Piala Dunia antara Singapura dan Malaysia. Dan keputusannya Malaysia seri 1-1 dengan Singapura tapi kalah dengan agregat 4-6. Walaubagaimanapun, walau pun ada rasa kecewa dengan kekalahan ini, aku tetap bangga dengan kesungguhan Harimau Malaya dan penyokongnya yang menunjukkan kesungguhan dalam mengejar impian ke pusingan seterusnya.
"Entry kali ni pulak, kalau ada sesiapa yang baca (kalau ada), kena buka minda. Aku buka nak menyebelah mana-mana pihak atau sebagainya. Kalau tak nak buka minda, jangan baca."
Aku selalu terfikir pasal diri aku. Kenapa aku berada di dunia ini. Soalan ini memang ada sejak azali lagi. Dari aku kecik sampai kita besar. Soalan itu akan sentiasa bermain difikiran aku. Cuma kadang kala aku akan lupa sekejap berkenaan persoalan ini disebabkan sibuk dengan perkara harian.
Masa aku umur 4-5 tahun dulu, aku selalu terfikir. Kalau lah aku dilahirkan sebagai anak raja atau anak orang lain. Mesti best. Atau mesti tak best. Bila aku tanya arwah umi aku kenapa aku dilahirkan ke dunia, Jawapan ringkas seorang emak kepada anak adalah "Kalau tak, nanti tak dapat lah Umi jumpa abang (panggilan nama aku)". Sebagai budak yang berumur 4-5 tahun, jawapan tu dah memadai bagi aku.
Kemudian, bila ada tragedi berlaku kepada kita, kita sering bertanya, Kenapa ianya berlaku kepada kita. KENAPA? Soalan ini biasanya akan dijawab dengan jawapan standard, ada hikmah disebalik kejadian. Tapi, bagi aku ada kebenarannya soalan itu. Jika dibuang unsur marah dan sebagainya, soalan itu adalah valid. Malah, soalan itu bukan saja boleh digunakan untuk tragedi malang yang menimpa kita sahaja, tapi untuk semua kejadian yang berlaku di seluruh alam. Kenapa ia ditakdirkan dicipta dan berlaku oleh Tuhan.
Contohnya, kejadian bulan, siang dan malam. Orang bertanya, kenapa adanya bulan. Jawapan standard adalah supaya berlakunya pasang dan surut atau siang dan malam atau apa saja sebab yang boleh fikiran manusia keluarkan dari otak mereka yang serba terhad ini.Dan ada jawapan lain pula, untuk menunjukkan kekuasaan tuhan. Kalau jawapan golong atheist, semuanya kebetulan sahaja. Atau ketaksengajaan alam.
Semasa mem"browse" di internet untuk cari movie. Aku terjumpa lah beberapa movie yang secara tak semena-mena mengimbau kenangan lalu semasa zaman teruna. Hahaha. aku tak tau lah, adakah movie ni akan mengingatkan orang lain tentang apa-apa. Tapi bagi aku, movie - movie ni ada meninggalkan kesan serba sedikit dalam proses kematangan aku..(Ye ke?!!). Aiseh, tgk aje la.
1)She's all that- movie ni zaman-zaman vcd player baru keluar. Bagi aku (pada masa tu la),rachael leigh cook ni la awek paling cute sekali di US and A. Sungguh indah nya cinta itu rupanya.(masa ni aku takde gepren lagi rasanya). Naif...
2)City of Angels-Movie ni keluar tahun 1998. Memang la tak logik sangat. Tapi sebab ianya romantik, layan ajela. Lagi pun masa ni, lepas SPM. Takde menda nak buat. Menjiwang aje la. Lagi pun, lakonan Nicolas Cage kan Best.+ meg Ryan, lagi la best.
3)Shallow Hal-Cerita ni sungguh Cute. Dan penyebab utama aku minat Gwyneth Paltrow.Keluar tahun 2001. Zaman kat U.
4) Phenomenon-Keluar tahun 1998. Macam biasa la, movie John Travolta zaman dulu-dulu memang mantap (cth:face off). Tapi, yang ni special sikit sebab ada mencerita kan berkenaan harapan yang memotivasikan diri aku (huhuuhu). Movie ceritakan dari zero kita boleh jadi Hero. Dan guna otak dengan lebih berkesan.
5)Powder- Tak tau la kenapa aku minat movie ni. Mungkin sebab SciFi kot. Keluar tahun 1995. Cerita paling pelik masa tu.
6) The Peacemaker-Movie ni keluar 1997. Aku baru habis SPM. Apa yang best sangat movie ni. movie nya tak best mana pun. Tapi ini la first time pergi dating. Dah tu tgk wayang pulak tu.Hahahha
7)Last sekali. Basic Instinct- Ah,malas lah nak cerita. Zaman-zaman duduk kat asrama dulu. Tayangan Movie hujung minggu di bilik Prefect...huhuhu.
Pada 13 Julai 2007 (Jumaat), maka lahir lah baby perempuan ke dunia ini (sebenarnya lebih kepada dipaksa keluar melalui pembedahan). Disertai tangisan yang amat kuat hingga boleh didengari dari hujung blok bangunan hospital, maka jadi lah aku seorang Walid (ayah). Diberi nama Sharifah Alyah Maisarah, diharap si bayi dapat mengikut sifat ketenangan,kecekalan arwah Umi (Sharifah Al'yah) dan ....(adoi banyak nya call masuk. Pause jap)...dan kecomelan Maisarah.
Hari ni 13 Julai 2011 (Rabu), maka genaplah 4 Tahun Alyah Maisarah duduk dimuka bumi ini. Alhamdulillah, tiada seberang masalah besar yang dialaminya dalam masa 4 tahun ini. Moga Alyah Maisarah akan makin cepat belajar, cepat pandai dan jadi anak yang baik. Kecekalan Arwah umi tu nampaknya ada nampak bayang-bayangnya pada Alyah Maisarah. Cuma tang ketenangan tu yang susah nak cakap sikit ada ke takde. Kalau dah menggelatat memanjang, kat mana nya nak tenang.
Walau apa pun, Alyah lah kebanggaan Walid dan Umi. Semoga, 20 ke 30 tahun akan datang, dapat lah Walid dan Umi menumpang kebanggaan Alyah pula...walaupun sekadar dari tempat yang jauh.
p/s:Kenapa aku tulis entry kali ni?Mana lah tau, 20-30 tahun akan datang, blog ni masih wujud. Boleh la anak aku baca.
Tajuk sungguh menonjol. Hahaha. Entry saja-saja lepas lama tak berblog (bukan ada orang baca sangat pun). Minggu lepas, merupakan minggu yang di mana trafik di internet di sesaki oleh paket- paket kebencian yang dihantar oleh pelbagai host kepada pelbagai penerima. Walaupun ada paket atau bit-bit yang menhantar data-data kebaikan dan kasih sayang, tapi sebab terlampau banyak data kebencian, data kasih sayang tersekat di tengah jalan dan ada yang menjadi drop packet.
Busuk ke paket kebencian? Sangat busuk. Kalau tak percaya, cuba cium modem USB BB atau pun modem stre*myx yang ada kat rumah anda. Jika ada bau busuk, samada tangan anda cuci tak bersih atau anda merupakan salah seorang Pembenci yang menghantar paket kebencian....HAHAHA....