Semasa mem"browse" di internet untuk cari movie. Aku terjumpa lah beberapa movie yang secara tak semena-mena mengimbau kenangan lalu semasa zaman teruna. Hahaha. aku tak tau lah, adakah movie ni akan mengingatkan orang lain tentang apa-apa. Tapi bagi aku, movie - movie ni ada meninggalkan kesan serba sedikit dalam proses kematangan aku..(Ye ke?!!). Aiseh, tgk aje la.
1)She's all that- movie ni zaman-zaman vcd player baru keluar. Bagi aku (pada masa tu la),rachael leigh cook ni la awek paling cute sekali di US and A. Sungguh indah nya cinta itu rupanya.(masa ni aku takde gepren lagi rasanya). Naif...
2)City of Angels-Movie ni keluar tahun 1998. Memang la tak logik sangat. Tapi sebab ianya romantik, layan ajela. Lagi pun masa ni, lepas SPM. Takde menda nak buat. Menjiwang aje la. Lagi pun, lakonan Nicolas Cage kan Best.+ meg Ryan, lagi la best.
3)Shallow Hal-Cerita ni sungguh Cute. Dan penyebab utama aku minat Gwyneth Paltrow.Keluar tahun 2001. Zaman kat U.
4) Phenomenon-Keluar tahun 1998. Macam biasa la, movie John Travolta zaman dulu-dulu memang mantap (cth:face off). Tapi, yang ni special sikit sebab ada mencerita kan berkenaan harapan yang memotivasikan diri aku (huhuuhu). Movie ceritakan dari zero kita boleh jadi Hero. Dan guna otak dengan lebih berkesan.
5)Powder- Tak tau la kenapa aku minat movie ni. Mungkin sebab SciFi kot. Keluar tahun 1995. Cerita paling pelik masa tu.
6) The Peacemaker-Movie ni keluar 1997. Aku baru habis SPM. Apa yang best sangat movie ni. movie nya tak best mana pun. Tapi ini la first time pergi dating. Dah tu tgk wayang pulak tu.Hahahha
7)Last sekali. Basic Instinct- Ah,malas lah nak cerita. Zaman-zaman duduk kat asrama dulu. Tayangan Movie hujung minggu di bilik Prefect...huhuhu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan