Jumaat, 15 Julai 2011

ENTRY LAMA - Apalah Sangat Aku Ni

"Entry kali ni pulak, kalau ada sesiapa yang baca (kalau ada), kena buka minda. Aku buka nak menyebelah mana-mana pihak atau sebagainya. Kalau tak nak buka minda, jangan baca."

Aku selalu terfikir pasal diri aku. Kenapa aku berada di dunia ini. Soalan ini memang ada sejak azali lagi. Dari aku kecik sampai kita besar. Soalan itu akan sentiasa bermain difikiran aku. Cuma kadang kala aku akan lupa sekejap berkenaan persoalan ini disebabkan sibuk dengan perkara harian.

Masa aku umur 4-5 tahun dulu, aku selalu terfikir. Kalau lah aku dilahirkan sebagai anak raja atau anak orang lain. Mesti best. Atau mesti tak best. Bila aku tanya arwah umi aku kenapa aku dilahirkan ke dunia, Jawapan ringkas seorang emak kepada anak adalah "Kalau tak, nanti tak dapat lah Umi jumpa abang (panggilan nama aku)". Sebagai budak yang berumur 4-5 tahun, jawapan tu dah memadai bagi aku.

Kemudian, bila ada tragedi berlaku kepada kita, kita sering bertanya, Kenapa ianya berlaku kepada kita. KENAPA? Soalan ini biasanya akan dijawab dengan jawapan standard, ada hikmah disebalik kejadian. Tapi, bagi aku ada kebenarannya soalan itu. Jika dibuang unsur marah dan sebagainya, soalan itu adalah valid. Malah, soalan itu bukan saja boleh digunakan untuk tragedi malang yang menimpa kita sahaja, tapi untuk semua kejadian yang berlaku di seluruh alam. Kenapa ia ditakdirkan dicipta dan berlaku oleh Tuhan.

Contohnya, kejadian bulan, siang dan malam. Orang bertanya, kenapa adanya bulan. Jawapan standard adalah supaya berlakunya pasang dan surut atau siang dan malam atau apa saja sebab yang boleh fikiran manusia keluarkan dari otak mereka yang serba terhad ini.Dan ada jawapan lain pula, untuk menunjukkan kekuasaan tuhan. Kalau jawapan golong atheist, semuanya kebetulan sahaja. Atau ketaksengajaan alam.

So apa jawapannya. Tuhan saja yang tahu.

Tiada ulasan: