Selasa, 29 November 2011

Aku, Gopal dan Tok Abah

Penat gila minggu ni. Nilai, KL. Bersesak, berpeluh. Mencari barang dan mecari parking. Bikin panas satu badan. Sipnopsisnya, aku dan wife mencari barang rumah di Nilai 3 dan Ikea. Setelah melalui pelbagai dugaan, akhirnya berjaya membeli barang-barang tersebut.

Membeli belah atau beli barang, merupakan aktiviti yang cuba dielakkan oleh para suami. (Mungkin tidak bagi para boyfriend atau para suami yang part time jadi boyfriend). Tapi jika tak dapat dielakkan, sebagai suami mithali, perlulah memenuhi kehendak isteri tersebut dengan rela hati supaya rumah tangga lebih harmoni.

Pergi ke Nilai 3, rintangan tak mencabar sangat. Boleh handle dengan rileks lagi. Tapi sedikit hot apabila terpaksa menunggu sejam untuk jahit langsir tatkala jam sudah menunjukkan pukul 4 suku. Kereta hampir 2 suku penuh. Nasib baik absorber Gen-2 gagah perkasa membolehkan kereta tak lowered seperti kereta sport yang dimodified.
 
Gambar oleh : diariliza.blogspot.com
Habis di Nilai 3, bergerak menuju ke KL dan tumpang tidur di rumah abang ipar. Aku dan abang ipar, bagai...tak perlu diceritakan.



asiaexplorers.com
 Pagi esoknya, bergerak ke Ikea menggunakan GPS handphone Nokia. Setelah bersesat pusat. Sampai juga di Ikea. Di sini lah kesabaran sang suami diuji. Mencari parking hampir 1 jam tak dapat-dapat. Mula lah keluar cerita-cerita lama dimana aku suruh gerak dari rumah abang ipar awal supaya bla bla bla. (Kesian wife aku kena bebel). Ikea punya pasal, sanggup tadah aje telinga.

Lastnya, aku park kat Tesco. Dah berjalan kaki pulak nak ke Ikea. Bawak pulak stroller sebab Alyah Maisarah tidur. Sampai kat Entrance Ikea, tangga dia takde laluan untuk stroller. Dah berangkat pulak stroller dengan Alyah Masisarah sekali. Peluh dah meleleh dah kat dahi ni.

Panas tak dapat parking tadi masih lagi ada. Membuatkan muka aku tak berapa nak senyum. Nasib baik lah air cond kuat kat dalam Ikea. Sejuk sikit. Kesian pulak tengok muka wife. Bukan selalu dapat ke Ikea ni. Jauh tu bro! So layan la. Sang isteri sebuk membuat itu dan ini, menulis kod itu dan ini. Suka benar tengok riak di mukanya. Bagaikan ...pikir la sendiri peribahasa yang sesuai.

Tetiba alyah nak kencing pulak. Adoi! dah sekali lagi uminya kena bebel tak pakaikan pampers siap-siap. Dah nak mencari toilet pulak. Bukan main jauh lagi toiletnya. Kalau orang kena heart attack, memang meninggal dulu baru jumpa toilet.

Dipendekkan cerita, Si isteri berjaya lah mencari barang - barang yang diberkenan dek hati. Muka ceria walaupun kena bebel tadi. Lagi sekali Keperkasaan sang suami diuji. Ada 2 meja dan 1 blue beg yang ada macam - macam dalam tu. Menapak ke parking Tesco. Tak ubah seperti bangla yang pergi bandar time hujung minggu untuk membeli telur, megi sayur dan barangan runcit yang lain.

Setelah siap semua barang dimasukkan ke  dalam kereta tanpa melowered kan kereta, aku pun bergerak balik ke Pahang.

Malam tu, masa nak tidur, Alyah cakap " Alyah jadi Ajaja, Umi jadi Yaya dan walid jadi Gopal". Aku tanya, " Kenapa walid tak jadi Tok abah". Alya jawab " Walid jadi Gopal lah". Aku pun jawab " Gopal pun Gopal la, Alyah jadi anak Gopal, Umi jadi Umi Gopal". Lepas tu aku pun tidur.

1 ulasan:

yus berkata...

ha'ah... go[al pon gopal la...