Hari raya aidilfitri 2014 |
Untuk anak anak walid, Alya & Ayshara. Semoga berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Bila masa Alya & Aysh membaca rentetan walid ini, walid percaya kamu berdua telah pun berada di usia remaja ataupun telah dewasa. Dan, jika diizinkan tuhan, walid masih disisi kamu berdua menunggu untuk dipeluk oleh kamu selepas kamu berdua habis membaca coretan Walid ini. Atau walid telah pun tiada disisi kamu lagi.
Semasa walid menulis rentetan ini, Alya sudah pun berumur 7 tahun dan Ayshara baru berusia 5 bulan. Ayshara sedang nyenyak tidur di tengah tengah diantara umi dan walid. Manakala kakak Alya tidur di dalam bilik kakak sendiri.
Tujuan walid menulis rentetan ini kerana terkesan dengan peristiwa kapal terbang terhempas sejak 2 minggu lepas yang berlaku secara tiba-tiba dan masih belum ditemui sehingga sekarang . Betapa apa-apa pun boleh berlaku secara tiba-tiba, melenyapkan kesempatan untuk melahirkan rasa kasih sayang kepada orang yang disayangi. Jadi, walid zahirkan rasa sayang walid pada kamu berdua melalui rentetan ini.
Kasih & sayang umi &walid kepada kamu berdua jauh lebih besar daripada kasih sayang kami kepada diri kami sendiri. Hanya kasih kami pada Allah dan rasul yang dapat mengatasi kasih sayang kami kepada kamu berdua. Kamulah racun dan kamu lah penawar. Kamulah suka dan kamulah duka. Kamulah kekuatan kami dalam meneruskan kehidupan ini.
Alyah,
kamu akan sentiasa menjadi kebanggaan walid. Kamulah yang mengajar walid dan umi erti menjadi ibubapa. Kamu merupakan anak yang amat mudah dibesarkan. Bijak,petah berbicara, mudah untuk membantu orang lain. Kamu banyak mewarisi sifat umi. Maafkan walid jika ada kata-kata dan tindakan walid yang menggores hati kamu dan terkesan hingga kamu dewasa. Tiada niat yang Iain selain daripada untuk mendidik kamu. Walid hanyalah insan biasa yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan.
Kamu dikurniakan dengan hati yang keras. Mungkin mewarisi sifat arwah tokmi kamu. Iltizam kamu kuat, hati kamu cekal. Tapi, kamu juga penyayang. Mudah membantu mereka yang memerlukan.sifat yang diwarisi dari umi kamu. Tapi kamu agak Malas. Sifat yang diwarisi dari walid.
Kamu tanpa gagal selalu membuatkan walid terpegun. Walid masih ingat dimana pada suatu hari, semasa pulang dari taska, tanpa walid duga, kamu membaca surah Toha. Walid & umi tercengang.
Kamu
sangat sayang kepada Ayshara. Tapi kamu jarang bermain dengan nya. Walid harap,
kamu akan sentiasa menjaga antara 1 sama lain. Sayang lah adik kamu sebagaimana
kami menyayangi kamu dulu.
Berkawan.
Ya, kamu memang seorang yang suka berkawan. Sehinggakan kamu tidak boleh
tenteram tanpa kawan. Waktu petang adalah waktu yang amat dinantikan oleh kamu.
Waktu untuk bermain bersama kawan-kawan kamu. Tapi walid berharap, kamu tak
mudah dipergunakan oleh rakan-rakan kamu. Kawan adalah sesuatu yang bukan
keperluan. Kamu boleh hidup tanpa kawan. Tidak perlu berkawan dengan mereka
yang tidak ikhlas berkawan dengan kamu.
Alyah,
tahukah kenapa walid memberikan nama Alyah kepada kamu? Supaya kamu sedikit sebanyak mewarisi sifat arwah umi walid. Tenang tapi cekal, lembut tapi tegas. Membesarlah kamu dengan gembira. Walid & umi akan sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk kamu berdua supaya kamu pula akan berkongsi rasa kasih sayang ini dengan anak-anak kamu nanti.
Walid yakin, kamu akan membesar menjadi seorang wanita yang cantik, berpenampilan tinggi dan mudah mesra dengan semua orang. Walid membayangkan kamu akan menjadi seorang jurutera ataupun peguam. Jagalah adik kamu jika kamu telah dewasa nanti.
Ayshara..
Setelah 6 tahun kakak kamu dilahirkan, kamu pula hadir dalam hidup kami. Kehadiran kamu memang kami nanti-nantikan. Umi agak terkejut melihat kamu terlalu cerah. Kamu banyak menurun sifat umi kamu. Tingkah laku dan perbuat dilakukan dengan lemah lembut. Dan kamu juga menurun sifat walid dimana kamu agak berat mulut untuk bercakap. Berumur 10 bulan, kamu masih belum tumbuh gigi & tidak pandai merangkak. Mungkin disebabkan agak malas.
Kamu merupakan bayi yang comel, mudah mesra dengan sesiapa, dan murah senyuman menyebabkan semua orang mudah untuk menjaga kamu. Walid & umi bersyukur kerana kamu mudah dijaga. Belum pukul sepuluh, kamu sudah tidur. Tidak merengek dan sebagainya. Setakat ini, kamu belum pernah kembung perut.
Kamu pandai mengambil hati orang.Pandai membuat aksi comel, bijak dan cepat belajar.
Walid yakin, kamu akan membesarkan menjadi wanita berjaya, sama seperti kakak kamu. Naluri walid mengatakan kamu akan lebih perihatin menjaga kakak kamu daripada sebaliknya. Jadi, walid berharap, kamu akan sentisa rapat bersama kakak kamu. Sayangilah dia seperti mana walid & umi menyayangi kamu. Walid juga yakin, kamu akan menjadi wanita cantik. Jadi, walid berharap kamu pandai menjaga diri & maruah keluarga seperti mana umi kamu. Walid bercita-cita untuk kamu menjadi juruterbang...
Untuk anak-anak walid & umi...
Ketahui sekali lagi, walid dan umi amat menyayangi kamu. Kami serahkan jiwa & raga kami untuk membesarkan kamu supaya kamu menjadi insan yang penuh dengan kasih sayang. Kamu adalah 1 dan tiada beza antara kamu berdua. Kamulah jantung, kamulah hati kami. Doakan walid & umi jika kami sudah tiada nanti.
Semoga kamu berdua menjadi anak yang solehah dan disayangi Allah sentiasa.
Wassalam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan