Entry kali ini, ditujukan khas untuk Syarifah Alyah Maisarah. Disaat Alyah sekarang yang sedang belajar-belajar membaca, mungkin entry blog ini hanya akan dibaca oleh Alya 10 tahun akan datang. Tapi, takpe, yang penting, ada coretan tentang alya daripada walid sempena hari lahir yang ke 5 tahun untuk dijadikan tatapan dan kenangan pada masa akan datang.
Hari ini iaitu pada hari jumaat 13 Julai, 5 tahun lalu, maka lahirlah seorang bayi comel di Hospital Pakar Kuantan. Tangisannya, menggamatkan seluruh dewan bersalin dan mengejutkan bayi-bayi lain yang sedang lena tidur. Alangkah sukarnya nak mengeluarkan Alya dari perut umi. Mungkin terlalu selesa dengan kehangatan rahim umi menyebabkan Alya tak nak keluar. Terpaksa lah perut umi dibedah untuk mengeluarkan Alya. Parutnya masih ada sampai sekarang atau semasa Alya tengah baca blog ni.
Sekarang, masuk lima tahun, Alya baru pandai membaca. Habis segala banner dan bunting dan juga sign board Alya baca. Tapi bila walid main game PS3, Alya asyik tanya apa yang ditulis dalam game tu. Penat walid nak jawab.
Masa Alya 5 tahun ni, Alya tersangat lah kurus. Walid panggil Alya keding kedung. Habis nampak seala tulang. Nak suruh makan punya la susah. Nak kena paksa baru nak makan. Agak-agaknya, macam mana la bila Alya dah besar nanti

Tiada ulasan:
Catat Ulasan