Selasa, 23 Julai 2019

LARIAN DI TEPI PANTAU RISAU ADA ANJIR...

pix by : www.kobayashihayate.com
Kelmarin, lepas subuh, rasa nak jogging kat tepi laut. Alang-alang ada program kat tepi pantai ni, boleh lah ambil peluang (Padahal rumah sendiri pun dekat dengan pantai). Siap berbaju, terus gerak ke pantai. Suasana hening, tenang. Matahari pun belum terbit. Pagi-pagi macam ni, pantai tak berangin sebab bayu darat, iaitu, angin bertiup dari darat ke laut. So, suasana sunyi sebab tak dengar bunyi hempasan ombak.

Aku pun mula berlari, sambil mendengar lagu, best..Dalam 10 minit berlari, aku mula nampak tapak - tapak kasut lain yang berbekas di pasir. Mula-mula satu, kemudian dua dan beberapa lagi. Mereka pun jogging agaknya. Melihat ke depan, tak nampak pula sesiapa. Mungkin mereka jogging semalam. Entah lah. Timbul sedikit kemisterian di situ.

Hmmm..Hidup pun begitu. Penuh dengan misteri. Kadang-kadang, kita perasan, ada insan-insan di sekeliling kita yang mempunyai jalan cerita yang hampir sama dengan apa yang sedang kita lalui. Tapi, adakah kita dapat membuat kesimpulan tentang pengakhiran jalan cerita hidup kita berdasarkan cerita mereka?

Bagi aku, jawapannya sudah tentu tidak. Sebab hidup ini penuh dengan sebarang kemungkinan. Pilihan yang kita dapat dalam hidup ini, adalah unik kepada diri kita sahaja. Jadi, jika aku melihat tapak-tapak kasut yang ada semasa dalam jogging aku tu, aku masih tak dapat agak apa yang ada di penghujung trak jogging aku ini. Daripada tapak kasut tersebut, maybe aku hanya boleh agak kondisi orang yang lari tersebut. Maybe nak pancit ke atau masih steady.

Untuk aku tahu apa yang ada dihujung track tersebut, aku perlu terus berlari sampai ke akhirnya. Di situ baru aku tahu jawapannya. Dan maybe boleh berjumpa dengan tuan punya tapak-tapak kasut tadi.

Berlari atau jogging memang best. Aku suka sebab kepala tak perlu fikir sangat. Hanya perlu melangkah dan menjaga nafas. Dengar lagu, kepala boleh berangan. Tau-tau dah berpeluh.

Dan, jogging juga mengajar aku satu dua perkara tentang hidup. Bersabar, bertahan, enjoy the view dan move on. Buat yang terbaik, berlari atau berjalan, yang penting sampai ke destinasi. Macam tu lah hidup, perlu chill, take it positive dan senyum dan diam jika tak penting. Hidup memang misteri...

Tiada ulasan: