
So, demi menghargai keindahan alam di negeri Pahang ni, terutamanya kuantan lah, aku merajinkan diri untuk pergi ke Teluk Cempedak bersama wife and sarah. Selain kecantikan pantai yang putih, terdapat lanskap gunung ganang dan hutan di tepi pantai. Batuan cantik di laut yang biru membuatkan pemandangan seperti sebuah lukisan.Dan yang paling penting, terdapat 2 restoran makanan segera iaitu McDonald dan KFC yang sedia memenuhi kelahapan korang (aku).

Selain Keindahan pemandangan, terdapat juga gerai-gerai kraftangan dan cenderahati. Jangan risau, harga murah belaka. Boleh buat gambar potret lagi.
Rupa-rupanya, best juga pergi jalan-jalan ni. Lagipun, anak aku pun jadi senang nak tidur sebelah malamnya.Penat berlari la katakan.
So, apa lagi, jom la Ke Kuantan. Moh kita
