Memaparkan catatan dengan label Rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah. Papar semua catatan

Isnin, 20 Jun 2011

New Home sweat Home is in Progress June 2011








Hobi hujung minggu, melawat rumah baru dalam pembinaan. Ingatkan nak naik beskal je ke Berjaya Permai, sekali, hari macam nak hujan pulak (alasan).Terpaksa naik kereta.

Bila pergi tengok rumah baru, mula la berangan, nak pasang itu, nak buat ini. Pastu, mula la terfikir, nak bayar itu, nak bayar ini.Tapi, insyaAllah, kalau ikut perancangan, takde masalah. Cuma, kita manusia, boleh plan je, Allah menentukan segalanya.

Apa pun, best kalau beli rumah baru ni. Dari pada survey rumah, tengok progress rumah sampai lah nak mendecorate rumah. Yang tak best nya, time nak bayar je. Tapi, invest kat rumah ni, insyaAllah, jarang rugi. Jika nak dibandingkan dengan beli kereta (yang harga sekarang lebih mahal dari harga rumah), baik la beli rumah.

Rumah aku ni, dalam 65%-70% siap. Atap, syilling semua dah naik. Plaster dah siap. dah nampak lah bentuk rumah dan keluasan dia macam mana. 1 nasihat aku, sesiapa yang nak beli rumah, yang dia tahu dia 1st buyer atau sebagainya. Cuba lah demand dengan developer tu. Tambah tile ke, syiling kapur ke. Biasanya diorang bagi. Macam rumah aku. Dapat la tile dengan syiling kapur. Dah save berapa ribu dah kat situ.

ok lah. Salam.

Isnin, 6 Jun 2011

Pembiayaan Semula Rumah - Refinance House

Tahun ni, 2011 merupakan tahun ke-6 aku menduduki rumah sekarang. Alhamdulillah, murah rezeki, dapat duduk rumah sendiri. Bila masuk tahun ke - 6 ni, biasanya orang akan tengok semula loan rumah. Biasanya mereka akan buat refinance, atau pengurangan interest.

Aku pulak, rasanya macam nak tukar loan. Loan sekarang adalah loan conventional. Nak ambil loan islamik. Loan sekarang under AmBank. Dalam Ambank, aku tengok, ada pakej Islamik. So, bermula la penjelajahan nak refinance rumah aku.

Perkara yang perlu disediakan awal-awal
  1. Salinan Geran rumah. Biasanya kena minta dengan bank sekarang
  2. Salinan Kad pengenalan
  3. Borang J
  4. Slip gaji selama 3 bulan.
  5. Penyataan akaun
Bank Islam
Bank Islam merupakan pilihan utama aku. Bukan sebab bank ni bagus sangat ke apa. Cuma sebab Loan kereta dan gaji aku masuk ikut Bank Islam. So, bila nak bayar nanti, senang sikit, sekaligus. Ok, CUstomer service dia ok. Takde ciri-ciri kesombongan ke apa. Penerangan diberi pun agak lengkap dan tepat. Apa yang bank Islam Offer seperti di bawah:
  1. Rate 4.7 % (BFR-2.3) NI tak sure khas untuk company aku atau pun tak
  2. Bank cover untuk lawyer fee sahaja. Insurance Pelanggan bayar sendiri (Boleh masuk dlm loan)
  3. Kalau loan atas baki loan sekarang sahaja, dapat kurang RM10 je dari installment sekarang (1.6%). Kalau markup loan ikut harga market value, dapat cash dalam RM 7K dan installement RM 670.
  4. Loan 90%.Pelanggan Bayar Insuran je.
AmBank
Merupakan bank asal loan rumah aku. Customer service agak kurang. Sebab chinese, kurang lancar berbahasa melayu dan inggeris. Aku kena minta dia ulang 2-3 kali baru clear. Tapi tak menarik sebab refinance hanya boleh 80% sahaja. Aku siap kena tambah duit lagi. Aku dah maklumkan, bank lain, pakej dia lebih menarik. Maksud aku tu, kalau offer dia tak menarik, aku cari bank lain. Tapi, dia macam tak kisah je. So, reject lah bank ni.

RHB
Aku tak pergi bank lagi, just call sahaja. Dimaklumkan, bank dia boleh offer BLR-1.8 iaitu 4.8%. Boleh refinance 90% sahaja. Agak kurang dari Bank Islam. Hari khamis baru set appointment dengan exec bank tersebut.

So setakat ini, ini aje bank yang aku dah survey, kena cari bank lain pulak. Ada 1 lagi optain yang aku rasa terbai, tapi tak tau boleh lepas ke tak. Tapi nanti sambung lagi. Sape - sape ada cadangan boleh bagitau, boleh aku meng"attack" bank tersebut.

tq

Update 19 june 2011
Nampaknya terpaksa hold dulu perancangan refinance loan rumah atas 2 sebab:
1)Rumah tak cukup 5 tahun lagi. Huju tahun ni baru cukup. So, malas nak bayar penalty 5%.
2)Kadar keuntungan a.k.a. interest yang tinggi. Bayangkan, dengan kadar 4.7%, untuk tenpoh 30 tahun, refinance RM1117k, installment RM600. Kurang RM10 dari current loan yang berbaki 25 tahun. Macam rugi la pulak.

Khamis, 2 Jun 2011

New Home sweat Home is in Progress may 2011

Lama tak update pasal rumah ni. So nak update la sikit. Ok, rumah aku dijangkakan siap tahun depan 2012. So harap, kena la dengan timing bonus company (kalau ada bonus la). Sekarang ni, atap semua dah naik dah. Dan memandangkan rumah aku dijadikan rumah contoh, so rumah aku cepat la sikit siap. Dan aku rasa mesti diorang buat rumah aku TERBAEK sebab nanti orang nak tengok rumah tu. So kat bawah ni, progress dia.










p:s: Ada disertakan sekali pelakon tambahan sebagai titik rujukan

Jumaat, 20 Mei 2011

Old Home Sweat Home - Rumah Lama Aku Manis




 Sekali sekala pergi rumah adik aku (yang duduk kat rumah lama keluarga aku), terkenang kenangan lama zaman kecik -kecik dulu. Tak sangka, rupanya, rumah ni takde la sebesar mana pun. 2 bilik je. Tapi masa kecik - kecik dulu, rasa besar sangat dah. Untuk makluman, rumah ni adalah rumah kedua keluarga aku. Rumah pertama dulu, dekat Kampung Parit Lama (Parit Engku Dato), pekan. (macam la tau kat mana)

Kat beranda/anjung depan tu la arwah umi aku duduk duduk masa dia dah tak boleh jalan. Best tu, berangin je. Aritu, musim panas pun, duduk kat situ, berangin je. Sebelah kiri tangga kayu tu, port parking basikal lee run aku. Kat belebas beranda tu, tempat aku berlatih bergayut.

Masa dulu, rumah ni cantik. Ada pokok bunga dan kayu rumah pun baru lagi. Tapi bila lama dah tak duduk dan disewakan pada orang, dah tak terjaga dah. Sekarang adik aku duduk, ok sikit.

Ok lah..takat ni aje la.Untung aku, ada lagi rumah zaman kecik kecik untuk mengikat kenangan lama.Dan generasi 2 pun sempat lagi merasa duduk rumah tu...

Selasa, 11 November 2008

Gila Nak Beli Rumah Baru

Huhuhu.Sekarang ni aku tengah gila survey rumah baru.Apasal aku tetiba nak beli rumah baru? Aku baru dapat tau Company aku ada bagi loan rumah maksimum 250000 dengan interest 1%. Bayangkan lah, kalau aku beli rumah 250000, monthly bayar 1056 je untuk 25 tahun. Pergh...meleleh air liur. Kat rumah yang aku beli sekarang ni ada sebijik rumah semi-d besar gila.tanah dia boleh buat 1 lagi semi-d.tapi harga 270000 daa..Hmm.Kalau ikut kan hati, dah lama beli rumah tu. Tapi...geramnya....