Tak sangka aku.Memang tak sangka. Boleh dikatakan tempat kerja aku ni,kebanyakannya 95% adalah di atas umur 45 tahun.Boleh dikatakan lagi 3-4 tahun lagi nak pencen. Tapi tak sangka pulak aku, ada jugak skandal dalam syarikat yang didominasi oleh orang tua ni.
Kalau budak-budak remaja,biasa la,tengah bercinta,curang dengan makwe. Kalau skandal pun,tak banyak pihak yang terlibat. Tapi bila umur dah empat puluhan ni,dah ada anak bini,nak skandal dengan orang lain yang ada anak bini,apa cerr...tu beb.Dosa dengan manusia dah sekian, dosa dengan tuhan lagi lah banyak.
Yang pelik nya,boleh dikatakan semua orang tau. Tapi orang yang buat skandal tu,rilek aje. Umpama, macam cerita orang jumpa hantu,semua orang tau,tapi semua orang buat dek aje. Sekali dah kena sergah dek hantu, baru terperanjat beruk.Yang buat skandal ni pulak,sekali kena sergah dek laki korang,tau la tinggi rendahnya langit.
Dan yang aku tak tahan nye, orang skandal ni, perangai mengalahkan orang bujang,macam tak pernah rasa kahwin,merenyam,gedik. Time-time family day,time tu lah korang nak beroperasi.Buat kerja dah tah fokus,sikit-sikit gayut.Padahal,sebelah je biliknya.Ingat-ingat lah suami/isteri dan anak-anak yang tersayang.
Itu ajelah labu...lu pikir la sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan