Rabu, 4 Februari 2009

En Hatta Top 5

Dalam mengisi masa lapang jap ni, apa kata aku listkan top 5 beberapa perkara dalam hidup aku. Paling memula sekali,pasal awek.Berikut adalah senarainya. Best oo...
Awek Paling Cun (Antarabangsa)
1)Cameron Diaz (sentiasa fevret di hati,cute+comel+cantik)





2)Charlize theron(baru je berminat)








3)Alicia Silverstone(dari dulu lagi fevret aku,comel)







4)Denise Richards







5)Jessica Alba









Kalau awek tempatan pulak,mesti la...

1)Rafidah Mohamad (isteri aku la...)







2)Siti Nurhaliza (makwe koi ni)








3)Adalah...

Ok,Top 5 movie pulak.Antarabangsa aje. Local punya belum ada yang boleh jadi top 5 lagi.

Movie Antararabangsa

1)The Crow (brandon lee)-Cerita omputeh paling aku suka,walaupun ganas,tapi dialog yg digunakan sangat puitis.Antara ayat yang aku ingat "Mother,is the name of god on every child lip".Mengisahkan si brandon dan awek dia mati dibunuh sehari sebelum hari perkahwinan oleh sekumpulan gangster.Awek dia kena rogol sampai mati. Sang gagak telah hidupkan si brandon ni untuk membalas dendam.Ganas tapi takde scene darah ke apa.Just gaduh-gaduh.Sound dan Camera angle cantik.

2)Lord Of The Ring the Trilogy-sapelah yang tak kenal dengan si goblin,Boromir,Legolas,Gandalf dan sebagainya..






3)PayBack (Mel Gibson)-Cerita paling sesuai untuk orang nak belajar erti berani kerana benar.Mengisahkan si mel gibson ni telah dikhianati oleh awek dan partner dia selepas merompak. Bahagian dia disapu habis oleh partner.Dia kena tembak dan di sahkan mati.Tapi rupanya tak mati..Partner dia nidah bagi duit tu pada satu geng mafia untuk yuran keahlian.So bermula la sesi mencari partner dia dulu untuk dapatkan bahagian dia.Dari partner dia ke kepala mafia tu dicarinya.




4)Dark Knight-Memang best.Kali ni batman tak diangkat sebagai hero,tetapi sebagai vigilante yang diburu penduduk gotham.Dibantu lakonan hebat joker oleh Heath Ledger dan two face oleh Aaron Eckhart. Memang best




5)There's Something About Mary.-Cerita paling cute pernah aku tengok selain She's All That.Yang penting ada Cameron Diaz.

Tiada ulasan: