Khamis, 21 Januari 2010

Mimpi

Sejak kebelakangan ni, aku asyik mimpi jek jumpa kawan aku sorang ni.Sebenarnya ex-girl friend aku.huhuhu. Tapi, mimpi bukan buat menda pun. First time aku mimpi pasal dia, dia datang tumpang tidur umah aku dengan 2 orang twin dia. Dia cakap huby dia pergi obersi.

Kali kedua aku mimpi, jumpa dia lagi. tapi mimpi duduk dalam kelas, masa kat u. Padahal aku dengan dia dulu course lain-lain walaupun universiti sama. Pastu, boleh ada pulak cikgu matematik moden sekolah menengah aku dulu mencelah dalam mimpi tu. Tu pun cikgu dia jugak.

Apa-apa lah mimpi aku ni, mainan mimpi orang kata. Tapi risau gak, yelah takut mimpi ni kadang-kadang bawa tanda. Nak kata tanda ada jodoh, tidak lah kot. Takut ada tanda tak baik. Minta dijauhkan la...

Minggu Serabut

Well, seperti yang aku tulis kat tajuk atas ni, minggu ni adalah minggu serabut aku. Bukan dengan kerja, tapi dengan menda lain selain kerja.Minggu ni aku asyik membaran jek. Tah la. Aku cuba jadi orang yang penyabar dan penyayang. Aku cuba berubah. Tapi, by the time aku amik langkah pertama aku, mesti jadi benda yang akan menyebabkan aku menyirap.

Aku tak tau la nape dengan aku ni, atau nape dengan dia. Atau aku tau sebenarnya puncanya. Tapi aku buat-buat tak tau. Tah la. Aku malas nak berkata-kata/berbincang even masa tengah meletup tu pun aku senyap. Sebab aku tak tau aku betul atau salah. Dan jika dah start berkata-kata, endingnya akan menghasilkan 1 keputusan yang samada baik atau buruk.

Baik lah aku senyap. Tak kira lah aku salah atau betul. Aku rasa aku salah. Tapi apa yang menyebabkan aku buat salah. Hanya tuhan yang tau. Tah la...

Jumaat, 8 Januari 2010

Kalimah Allah

Seperti yang semua tau, sekarang ni tengah kecoh-kecoh berkenaan kalimah Allah. Sebagai umat islam, terpanggil juga aku untuk katakan sesuatu. Tapi bukan pasal keputusan mahkamah tu, cuma berkenaan penggunaan kalimah itu. Dan ni hanya lah pandangan aku sahaja.

Bagi aku, Allah merupakan tuhan semua makhluk alam semester ni samada makhluk tu sembah Allah atau pun tidak. Kalau agama wahyu, memang tuhan yang sama disembah iaitu Allah. So pandangan aku, kalau orang kristian nak gunakan nama Allah itu, takde masalah sebab tuhan mereka adalah tuhan umat islam juga. Tapi yang salah adalah, pemahaman mereka tentang Allah. Bagi kita, Allah itu ialah yang esa, tiada anak, tiada bapa. Tapi pada mereka Allah itu ada anak. Dan banyak lagi sifat-sifat Allah yang diberikan oleh orang kristian bertentangan dengan ajaran Islam.

Kalau betul lah juga nak digunakan nama Allah itu, so pemahaman tentang sifat Allah oleh mereka juga sepatutnya ditukar kepada kebenaran seperti pemahaman dalam Islam. Tapi sanggup ke mereka berbuat begitu.

Selama ini, Islam tak pernah tekan mereka untuk mengikuti pemahaman Islam tentang tuhan. Tapi semenjak mereka mula berusaha untuk menggunakan kalimah Allah secara rasmi dalam penerbitan keagamaan mereka, itu yang umat islam di Malaysia bising. Sebabnya, bukan untuk berebut kalimah itu. Tapi untuk mengelakkan kekeliruan tentang pemahaman kalimah Allah itu pada umat Islam. Implikasinya mungkin nampak kecil sekarang, tapi pada masa akan datang, siapa yang tau. Tengok bagaimana negara jiran membenarkan kalimah ini digunakan oleh agama lain, tak kehuru hara pegangan dan pemahaman umat islam di sana.

Kalau betul-betul ketua agama Kristian di Malaysia ini ingin mengikut jalan ke arah keamanan, sebolehnya perkara ini hendaklah dielakkan. Kerana pada pandangan aku, kalau penganut agama kristian tak guna kalimah Allah, tiada kemudaratan pada mereka. So kenapa mereka nak mempertaruhkan keamanan, kebebasan beragama dan sebagainya hanya untuk menggunakan kalimah Allah sedangkan ia tidak wajib bagi mereka. Bersyukur juga kerana orang Melayu Malaysia mempunyai sikap toleransi yang tinggi. Kalau negara lain... Entah la.

Aku harap tiada apa yang buruk akan berlaku. Jangan lah orang Islam membuat tunjuk perasaan di Masjid atau sebagainya sebab yang rugi adalah orang islam sendiri. Rugi masa sebab jam, harta masjid rosak dan bersepah dan sebagainya. Dan yang disebelah sana, fikir-fikir lah sendiri. ..

Lama Tak Jumpa Alyah Maisarah

Dah seminggu tak jumpa alyah.Sebenarnya 5 hari. Tak sabar rasanya nak balik chini esok. Rindu gila. Entah la, rasa macam kosong dan tak lengkap je kehidupan harian tanpa dia. Wife aku pun cakap sama. Gelak dia, nakal dia, mengamuk dia, comel dia. Semua benda kecik tentang dia, jadikan aku teringat-ingat bila dia takde. Biasanya, bila tidur,kaki dia kt aku,kepala dia kat umi dia. Tapi ni kosong je. Fuh, sentimental beb. Feeling dia sama macam aku teringat arwah umi aku masa aku kecik-kecik dulu. Tah la, mungkin itu kelebihan anak kita kot. Berkebolehan untuk mencuri hati ibu bapa dia. Yang belum ada anak, cepat-cepat lah ada anak. Yang tak nak anak, rugi sebab tak dapat rasa feeling jadi ibu atau bapa. Yang dera anak sampai mati tu, tak tau la nak cakap. Hati kering betul. Akhir kata, aku sayang alyah.