When good, bad, lust, intellect,conscious, logic and intuition collide in one mind,then conflict will take place.
Jumaat, 8 Januari 2010
Lama Tak Jumpa Alyah Maisarah
Dah seminggu tak jumpa alyah.Sebenarnya 5 hari. Tak sabar rasanya nak balik chini esok. Rindu gila. Entah la, rasa macam kosong dan tak lengkap je kehidupan harian tanpa dia. Wife aku pun cakap sama. Gelak dia, nakal dia, mengamuk dia, comel dia. Semua benda kecik tentang dia, jadikan aku teringat-ingat bila dia takde. Biasanya, bila tidur,kaki dia kt aku,kepala dia kat umi dia. Tapi ni kosong je. Fuh, sentimental beb. Feeling dia sama macam aku teringat arwah umi aku masa aku kecik-kecik dulu. Tah la, mungkin itu kelebihan anak kita kot. Berkebolehan untuk mencuri hati ibu bapa dia. Yang belum ada anak, cepat-cepat lah ada anak. Yang tak nak anak, rugi sebab tak dapat rasa feeling jadi ibu atau bapa. Yang dera anak sampai mati tu, tak tau la nak cakap. Hati kering betul. Akhir kata, aku sayang alyah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan