Khamis, 21 Januari 2010

Minggu Serabut

Well, seperti yang aku tulis kat tajuk atas ni, minggu ni adalah minggu serabut aku. Bukan dengan kerja, tapi dengan menda lain selain kerja.Minggu ni aku asyik membaran jek. Tah la. Aku cuba jadi orang yang penyabar dan penyayang. Aku cuba berubah. Tapi, by the time aku amik langkah pertama aku, mesti jadi benda yang akan menyebabkan aku menyirap.

Aku tak tau la nape dengan aku ni, atau nape dengan dia. Atau aku tau sebenarnya puncanya. Tapi aku buat-buat tak tau. Tah la. Aku malas nak berkata-kata/berbincang even masa tengah meletup tu pun aku senyap. Sebab aku tak tau aku betul atau salah. Dan jika dah start berkata-kata, endingnya akan menghasilkan 1 keputusan yang samada baik atau buruk.

Baik lah aku senyap. Tak kira lah aku salah atau betul. Aku rasa aku salah. Tapi apa yang menyebabkan aku buat salah. Hanya tuhan yang tau. Tah la...

Tiada ulasan: