Khamis, 21 April 2011

Niat Baik, Tuhan Bantu

Semenjak 2 menjak ni, hati aku kuat melonjak-lonjak nak beli buku untuk mengenali Nabi dan Rasul kita, Muhammad S.A.W. Memang lah wajib bagi semua mengenali lebih dekat Nabi kita, tapi kalau tak diusahakan, sampai bila pun tak ke mana. Sekadar kenal nama, tak bawa ke mana. Orang selalu kata, mimpi jumpa nabi. Ada yang kata dalam mimpi, nabi janggut putih panjang, ada yang kata nabi pakai jubah putih dan sebagainya. Memang la syaitan tak dapat menyerupai nabi, walaupun dalam mimpi. Tapi kita tau ke ciri nabi yang sebenarnya? Tak tau kan. Hah! tu yang kena cari tu.

Berbalik pada cerita aku. So aku pun cari lah buku buku pasal nabi, cari kat kedai buku tak jumpa yang berkenan. Bukan apa, untuk beginner, aku nak cari yang tak heavy sangat. Nak cari buku yang guna bahasa mudah dan senang difahami. Yang cerita pasal, ciri rasullullah, keluarga baginda, perjalanan kehidupan baginda dan sebagainya yang boleh aku implement kan dalam kehidupan aku. Cari punya cari tak jumpa.

Lepas tu, aku macam malas pulak nak cari. Tapi, pada suatu pagi, ketika sedang minum di MCD. Tengah minum - minum tu, datang la budak yang buat jualan langsung tu. Dalam hati aku, budget memang tak nak beli apa-apa tak kira lah barang apa budak tu bawak. Sekali, budak tu bawa keluar 1 buku. "Keperibadian Rasulullah". Dalam hati aku, terdetik rasa terkejut. Macam tau-tau je. Aku belek-belek buku tu, terus beli.
Terima kasih pada budak tu. Dapat jual buku, dapat pahala jual buku tu dan setiap kali aku atau sesiapa yang baca buku tu, dia pun dapat pahala.

So kesimpulan yang aku dapat buat, kalau kita ada niat nak buat baik, Allah sentiasa akan permudahkan perkara tersebut. Kadang - kadang bantuan atau kemudahan tersebut datang dalam cara kita tak jangka pun...salam

Tiada ulasan: