Politics is dirty.Politik itu kotor."Politics is the Science of Hypocrisy". Betul ke, tuhan sahaja yang tahu.Jika betul politik itu kotor,apa - apa yang berkaitan dengan politik tak dapat tidak akan terpalit kekotoran tersebut. Dan blog politik adalah paling banyak terpalit kekotoran politik tersebut tak kira lah politik puak pembangkang atau kerajaan.
Membaca blog politik ini adalah satu ketagihan. Contohnya, kenapa orang suka mengumpat samada sengaja atau tak sengaja ? sebab mengumpat itu best. Boleh cuba kalau tak percaya, tapi jangan diamalkan. Berdosa. Cerita lucah dan skandal seks, kenapa orang suka tengok, dengar dan baca. Huh! tak kan tak tau, yang orang sibuk nak kahwin tu kenapa?Seks itu tabii nya juga best juga kan. Maki hamun, best ke? Bila kita maki orang atau pun binatang, apa yang kita rasa? Kita rasa kita lebih baik, bagus & mulia dari orang yang kita maki. Bila kita rasa diri kita best, best kan rasanya?
Blog politik ni, ada ketiga-tiga perkara ini dan juga perkara-perkara lain yang juga best. So, gila apa tak ketagih membaca dan melihat blog politik. Tapi kan, bukan ke ketiga-tiga ramuan tersebut berdosa? So berdosa tak baca blog politik? Tuhan aje yang tau.
Biarlah politik untuk ahli politik, kita pergi mengundi je. Cukup 4 tahun, kita tunaikan tanggungjawab. Kita tengok lah kawasan kita, jalan ok? air ok? sekolah ada? masjid cukup? pencuri ramai? Kalau ok, kita undi dia, kalau tak ok, kita undi lain...
Aku berazam, untuk tmengurangkan membaca blog politik. Lebihkan membaca blog ilmu...insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan