April dah sampai pun. Dan dah nak habis dah pun. Macam biasa lah, bila bulan april, ada April Fool, Birthday aku dan Bonus (kalau ada), anniversary aku masuk keje dan juga hari keputeraan nabi Muhammad S.A.W kalau dikira dalam tahun masihi (12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571 masihi. Dan peristiwa Hijrah juga berlaku pada 12 rabiulawal dan baginda wafat juga pada 12 rabiulawal).
Best juga besday time dapat bonus. Tapi, tahun ni takde apa yang special sangat kot. Budget bonus dah lari pergi ke baju kerja, tayar kereta (4 biji) dan belanja rumah baru. Lagi pun dah makin matang ??! Tak perlu la nak celebrate bagai. Cukup la makan kat secret recipe. Makan kek sepotong dua udah.
April tahun ni menandakan dah 7 tahun aku di syarikat ini membuat perkara ini. Kalau orang lain, dah jemu dah buat perkara sama, tapi aku juga jemu.
Ok lah april...Good Bye, see you Next year. Mei, my favorite month. Cuti hari pekerja, cuti hari Hol dan bagai lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan