Pada 13 Julai 2007 (Jumaat), maka lahir lah baby perempuan ke dunia ini (sebenarnya lebih kepada dipaksa keluar melalui pembedahan). Disertai tangisan yang amat kuat hingga boleh didengari dari hujung blok bangunan hospital, maka jadi lah aku seorang Walid (ayah). Diberi nama Sharifah Alyah Maisarah, diharap si bayi dapat mengikut sifat ketenangan,kecekalan arwah Umi (Sharifah Al'yah) dan ....(adoi banyak nya call masuk. Pause jap)...dan kecomelan Maisarah.
Hari ni 13 Julai 2011 (Rabu), maka genaplah 4 Tahun Alyah Maisarah duduk dimuka bumi ini. Alhamdulillah, tiada seberang masalah besar yang dialaminya dalam masa 4 tahun ini. Moga Alyah Maisarah akan makin cepat belajar, cepat pandai dan jadi anak yang baik. Kecekalan Arwah umi tu nampaknya ada nampak bayang-bayangnya pada Alyah Maisarah. Cuma tang ketenangan tu yang susah nak cakap sikit ada ke takde. Kalau dah menggelatat memanjang, kat mana nya nak tenang.
Walau apa pun, Alyah lah kebanggaan Walid dan Umi. Semoga, 20 ke 30 tahun akan datang, dapat lah Walid dan Umi menumpang kebanggaan Alyah pula...walaupun sekadar dari tempat yang jauh.
p/s:Kenapa aku tulis entry kali ni?Mana lah tau, 20-30 tahun akan datang, blog ni masih wujud. Boleh la anak aku baca.
2 ulasan:
ucapkan selamat harilahir kat Alyah...
"terima kasih pakcik Yus". B/P anak aku.
Catat Ulasan