Huhuhu..Aku telah di assign oleh bos aku untuk wujudkan website unit aku. Dengan latarbelakang zero berkenaan membuat website ni, aku berazam untuk siapkan website ni sebelum hujung tahun ni. So, banyak la aku kena study. Takpe, tambah knowledge aku.
So...good luck untuk diri aku sendiri.
When good, bad, lust, intellect,conscious, logic and intuition collide in one mind,then conflict will take place.
Jumaat, 31 Oktober 2008
Khamis, 30 Oktober 2008
Dragonball The Movie
Yes!! Akhirnya, Goku akan keluar ke layar perak menentang Picolo yang durjana. Dragonball akan ke layar perak. Walaubagaimanapun, cerita tersebut telah diconvert ke versi US dimana tiada lagi budak jepun yang cute sebagai Goku. Ia diganti oleh justin Chatwin sebagai remaja US yang belajar di sekolah menengah. Aku pun tak tau lagi macam mana jalan ceritanya.Walaubagaimanapun kat bawah ni ada link ke teaser movie ni.Layan.....
http://www.youtube.com/watch?v=nClSLM_L-sw
Famili Aku
Kali ni nak cerita pasal famili aku pulak. Bukan famili ayah aku, tapi famili aku. Seperti biasa, habis study, kerja 1-2 tahun, jumpa makwe nama fida, couple, kawin, setahun lepas tu, dapat baby. Aku kawin 2006, jumpa orang rumah aku masa kat johor iaitu di tempat kerja. Bercinta kejap je,dalam masa setahun lebih je kawin. Kalau ikutkan aku, tak terfikir pun pasal nak kawin sebab duit takde lagi. Tapi wife aku cadangkan, so aku ikut je. Lagi pun dalam hubungan aku dengan dia, dia yang banyak merancang sebab apa yang dicakap selalunya betul. So dalam setahun lebih, dapat lah kumpul duit dan kawin. Setahun lebih lepas tu, dapat la baby girl. Aku letak nama sharifah alyah maisarah. Alyah nama arwah umi aku, maisarah nama watak budak dalam "dairi ramadhan rafik".
Itu la famili aku, macam famili orang lain jugak. Baby nombor 2 lambat lagi kot. Untuk korang yang belum kawin, kawin lah cepat, nanti tua, belanja kawin naik. Lagi pun, best apa kawin. Yang belum ada anak sebab tak nak anak, ada lah anak cepat-cepat. Best gila ada anak. Macam korang ada 1 lagi diri korang tapi versi kecik punya. Kiranya macam "Mini Me" la. Pengubat duka dan lara.
So, apa lagi, jom Kawin...!
Rabu, 29 Oktober 2008
Poligami
Bercakap pasal poligami ni, merupakan subjek yang agak susah nak dibincangkan. tengok dari sebelah mana kita bercakap. Kalau dari sebelah orang yang nak berpoligami seperti suami, memang amat disokong dan baik sebab ikut sunnah. Kalau dari sebelah isteri dan anak-anak, jangan haraplah nak disokong. Tapi, macam tu lah. Aku bercerita ni bukan sebab aku nak berpoligami, tapi ada saudara terdekat yang nak berpoligami. Dekat sangat.Dekat sebelah.Bagi aku pulak, sebagai suami dan ayah, kalau boleh dielakkan, elak lah. Dan kalau boleh elakkan mencipta peluang untuk jatuh cinta sekali lagi dengan orang lain. Contohnya,sms dengan kawan perempuan, kerap minum sama dengan kawan peremuan dan sebagainya. Bukan apa,mula-mula memang kawan, lelama...kawin. Kita sebagai manusia biasa (bukan nabi) memang tak adil. Adil macam mana kalau kat highway pun potong Q masa jam. So bila tak adil, macam mana nak bagi kasih sayang pada isteri sama rata.
Tapi siapa la aku nak berkata-kata. Mana tau, suatu masa nanti, aku pulak nak kawin lagi. Walau apapun, kalau wife aku tanya nak kawin lagi tak, aku jawab "tak berminat nak kawin lagi...buat masa sekarang."
Tapi siapa la aku nak berkata-kata. Mana tau, suatu masa nanti, aku pulak nak kawin lagi. Walau apapun, kalau wife aku tanya nak kawin lagi tak, aku jawab "tak berminat nak kawin lagi...buat masa sekarang."
Langkawi...cancel
Nampaknya,plan aku nak ke Langkawi dengan Famili terpaksa dibatalkan. Bapa mertua aku tak berapa sihat dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Suspect nak kena strok.Tak kisah lah. Tujuan aku nak ke Langkawi pun untuk bawa diorang. Kalau diorang tak ikut, tak syok la. macam tu lah bila kita tak berusia, macam-macam penyakit datang. So dari muda-muda ni lah kena jaga pemakanan. Supaya penyakit tersebut boleh dielakkan (macam la aku jaga makan :) ). Anyway, semoga FIL cepat sihat semula.
Selasa, 28 Oktober 2008
Cuti Panjang
Cuti panjang pun berakhir...Untuk negeri Pahang, cuti start hari jumaat hingga isnin. Jumaat tu hari keputeraan Sultan Pahang, isnin pulak hari Deepavali. Apa yang aku buat semasa cuti tu. Bangun lambat la. So hari ni mula kerja balik. Malas gila rasa. Takpe, lagi 4 hari lagi nak kerja, lepas tu, cuti balik :p
Khamis, 23 Oktober 2008
Tengkujuh Datang Lagi
Musim hujan datang lagi. Membuatkan aku susah nak bangun pagi untuk pergi kerja. Musim Tengkujuh untuk pantai timur ni start dalam bulam 10 hingga bulan 3 tahun depan. Dalam masa ni, banjir, ribut dan sebagainya mula datang. Nasib baik esok cuti (Hari Keputeraan Sultan Pahang) sampai isnin depan. Boleh bangun lambat.
Selasa, 21 Oktober 2008
MPV Proton
Berita berkenaan Proton sedang membangunkan Model MPV pertama mereka sedang rancak dibincangkan. Aku merupakan salah seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan ini. Secara kasarnya, setelah diselidiki, aku dapati satu sumber yang boleh dipercayai, model MPV proton adalah seperti gambar di atas (Ehsan jefferynet.blogspot.com). Ketulenan gambar ini agak kuat kerana, pada hari gambar ini dipublish, Azlan (seseorang dari design dept proton) dalam blognya http://azlano.wordpress.com/ menyatakan rasa tidak puas hati berkenaan kebocoran gambar MPV tersebut oleh sumber dalam.Walaupun tidak secara khusus menyatakan gambar yang mana, tapi... fikir-fikir la sendiri.
(Gambar Ehsan Paultan.org)
Terbaru dalam blog paultan (paultan.org) ada di sisipkan rakaman amatur Test drive MPV Proton yang dijalankan di Shah alam.Dari Sekilas pandang, nampak agak menarik. Tapi ramai pelawat memberi komen MPV tersebut agak kotak.Dan, ada yang mengatakan platform MPV ni, usahama dengan Chery dari China. Apapun, bagi aku, kalau kongsi platform, ok lagi. Lagipun, banyak syarikat otomotif dunia yang buat macam tu. Audi dengan volkswegan, toyota dan daihatsu, dan sebagainya. tapi jangan kongsi enjin,interior dan teknologi sudah la. Untuk maklumat terperinci, boleh lah ke blog http://paultan.org/.
(Gambar Ehsan Paultan.org)
Terbaru dalam blog paultan (paultan.org) ada di sisipkan rakaman amatur Test drive MPV Proton yang dijalankan di Shah alam.Dari Sekilas pandang, nampak agak menarik. Tapi ramai pelawat memberi komen MPV tersebut agak kotak.Dan, ada yang mengatakan platform MPV ni, usahama dengan Chery dari China. Apapun, bagi aku, kalau kongsi platform, ok lagi. Lagipun, banyak syarikat otomotif dunia yang buat macam tu. Audi dengan volkswegan, toyota dan daihatsu, dan sebagainya. tapi jangan kongsi enjin,interior dan teknologi sudah la. Untuk maklumat terperinci, boleh lah ke blog http://paultan.org/.
Bercuti Di Langkawi
Lama tak bercuti dengan wife dan anak. kali terakhir aku bercuti bersama famili adalah tahun lepas, di Langkawi. So, aku pun plan nak bercuti lagi, di Langkawi juga, bulan depan.
Ada apa dengan Langkawi.Murah,Cantik dan Menarik.Ingatkan nak naik flight, tapi bila fikir semula, drive je lah. Lagi pun wife aku nak beli barang. Kali ni, aku ajak FIL and MIL ikut sekali.
So, Jom Cuti-Cuti Malaysia.
Ada apa dengan Langkawi.Murah,Cantik dan Menarik.Ingatkan nak naik flight, tapi bila fikir semula, drive je lah. Lagi pun wife aku nak beli barang. Kali ni, aku ajak FIL and MIL ikut sekali.
So, Jom Cuti-Cuti Malaysia.
Isnin, 20 Oktober 2008
Pembuka bicara
Ini merupakan catatan pertama aku dalam blog ini. Siapa aku? Seorang suami kepada isteri tercinta yang cantik ...bla,bla.dan seterusnya,boleh baca dalam "Mengenai aku". Kenapa aku menjadi seorang blogger? kongsi...Aku rasa banyak perkara yang menarik boleh aku kongsikan bersama. Tak semestinya berkenaan aku, tapi berkenaan semua perkara dalam dunia. Tak kisah lah korang minat atau tidak, yang penting, aku hepi :) oklah,Sebelum aku tutup cerita untuk kali ini,ada sedikit pesanan dari hadis nabi yang aku hanya ingat isi nya sahaja. Antara isinya adalah.
"Hormatilah orang yang jauh lebih muda dari kamu kerana kemungkin besar dosanya adalah kurang dari kamu dan hormatilah orang yang jauh lebih tua dari kamu kerana kemungkinan besar ilmu nya jauh lebih banyak dari kamu"
Bye
"Hormatilah orang yang jauh lebih muda dari kamu kerana kemungkin besar dosanya adalah kurang dari kamu dan hormatilah orang yang jauh lebih tua dari kamu kerana kemungkinan besar ilmu nya jauh lebih banyak dari kamu"
Bye
Langgan:
Catatan (Atom)