Berita berkenaan Proton sedang membangunkan Model MPV pertama mereka sedang rancak dibincangkan. Aku merupakan salah seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan ini. Secara kasarnya, setelah diselidiki, aku dapati satu sumber yang boleh dipercayai, model MPV proton adalah seperti gambar di atas (Ehsan jefferynet.blogspot.com). Ketulenan gambar ini agak kuat kerana, pada hari gambar ini dipublish, Azlan (seseorang dari design dept proton) dalam blognya http://azlano.wordpress.com/ menyatakan rasa tidak puas hati berkenaan kebocoran gambar MPV tersebut oleh sumber dalam.Walaupun tidak secara khusus menyatakan gambar yang mana, tapi... fikir-fikir la sendiri.
(Gambar Ehsan Paultan.org)
Terbaru dalam blog paultan (paultan.org) ada di sisipkan rakaman amatur Test drive MPV Proton yang dijalankan di Shah alam.Dari Sekilas pandang, nampak agak menarik. Tapi ramai pelawat memberi komen MPV tersebut agak kotak.Dan, ada yang mengatakan platform MPV ni, usahama dengan Chery dari China. Apapun, bagi aku, kalau kongsi platform, ok lagi. Lagipun, banyak syarikat otomotif dunia yang buat macam tu. Audi dengan volkswegan, toyota dan daihatsu, dan sebagainya. tapi jangan kongsi enjin,interior dan teknologi sudah la. Untuk maklumat terperinci, boleh lah ke blog http://paultan.org/.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan