Kali ni nak cerita pasal famili aku pulak. Bukan famili ayah aku, tapi famili aku. Seperti biasa, habis study, kerja 1-2 tahun, jumpa makwe nama fida, couple, kawin, setahun lepas tu, dapat baby. Aku kawin 2006, jumpa orang rumah aku masa kat johor iaitu di tempat kerja. Bercinta kejap je,dalam masa setahun lebih je kawin. Kalau ikutkan aku, tak terfikir pun pasal nak kawin sebab duit takde lagi. Tapi wife aku cadangkan, so aku ikut je. Lagi pun dalam hubungan aku dengan dia, dia yang banyak merancang sebab apa yang dicakap selalunya betul. So dalam setahun lebih, dapat lah kumpul duit dan kawin. Setahun lebih lepas tu, dapat la baby girl. Aku letak nama sharifah alyah maisarah. Alyah nama arwah umi aku, maisarah nama watak budak dalam "dairi ramadhan rafik".
Itu la famili aku, macam famili orang lain jugak. Baby nombor 2 lambat lagi kot. Untuk korang yang belum kawin, kawin lah cepat, nanti tua, belanja kawin naik. Lagi pun, best apa kawin. Yang belum ada anak sebab tak nak anak, ada lah anak cepat-cepat. Best gila ada anak. Macam korang ada 1 lagi diri korang tapi versi kecik punya. Kiranya macam "Mini Me" la. Pengubat duka dan lara.
So, apa lagi, jom Kawin...!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan