Rabu, 31 Disember 2008

Jalan-Jalan Hari Natal

Krimas lepas aku kat Kuantan je. Ikut kan hati, nak tido aje kat umah. Krismas la katakan, sejuk, ada salji??!.Tapi wife aku ajak pergi jalan-jalan kat East Coast Mall, pusat beli belah terbesar di Kuantan.Ingatkan nak beli barang dia, maklum la, dia banyak duit, aku takde duit. Alih-alih, beli baju alya maisarah.

Tapi best juga jalan-jalan. Boleh cuti mata. Best woo....


Ajar anak mengeja

Aku ada beli buku alphabet untuk anak aku ni sejak dia umur 5 bulan. Bahasa inggeris lagi tu. Tiap-tiap hari aku ajar dia baca. A for apple, B for ball, c for cake dan seterusnya. Tapi setiap kali aku ajarkan dia, mesti sampai J je sebab lepas tu, dia nak baca sendiri (nak belek-belek sendiri la makna tu) buku tu. Bising la dia mengomel sorang-sorang.

Sekarang dah 1 tahun 5 bulan. Tah macam mana, minggu lepas, lepas balik kerja, ambik dia dari rumah pengasuh, sampai kat rumah, macam biasa dia ambik buku dia (kita orang sebut book dengan dia..cewah!!! ). Dia pun buka buku tu. Pastu dengar la. " A, ni,ni,ni...apak. A,ni,ni,ni...apak". Huhuhu. Setelah setahun, dapat gak anak aku mengeja, walau pun tak sempurna, tapi ada la sikit bunyi apple nya.

Kenangan Sekolah Menengah Sains selangor

Huhuhu, gelak aku, terbaca email kawan-kawan lama smss yang cerita pasal kenangan masa sekolah. Antara email yang menarik :

"Aku ingat lagi cerita kantoi ramai ramai isap rokok dalam jamban. zuhir suh berbaris. dia check sorg2, cium jari telunjuk ngan ibu jari. semua kantoi bau rokok kat jari. tapi bila tiba time mawi, terkemut kemut hidung zuhir duk cium jari hantu dia. yg peliknya mawi lepas. habis semua kena sebat aku pun pglah bertanya kat kawan hitam pendek kita tuh.. "camne ko bole lepas mawi, tak pueh hati aku" mawi:"kawe jolok lubeng jubor kawe ngan jari sampai kuning kuku jari, paden muko ..."

HAHAHA...

TM Internet Service Distruption

Semua Perkhidmatan internet TM akan mengalami masalah ke international link iaitu ke eropah dan US. Ini disebabkan masalah kabel dasar laut Southeast Asia - Middle East - Western Europe 4 (SMW4) yang mengalami kerosakan. Dijangkakan siap pada 31/12/2008 tetapi tak tau lah nak kata. Latest nesw, kabel dijangka siap dibaiki pada 4/1/2008 disebabkan masalah terbaru yang berlaku 26/12/2008.

Untuk Pelanggan Internet TM di Pahang, Terengganu dan Kelantan, lebih bernasib malang lagi kerana terdapat masalah gangguan conectivity di laluan TRM-SGT yang menyebabkan latency mencanak naik dan packet loss banyak gila walaupun ke website tempatan.Pihak TM dalam usaha mengatasi masalah tersebut.

Rabu, 24 Disember 2008

Che Ati (adik aku) Kahwin

Pada 13/12/2008 lepas, maka selamat lah dilangsungkan perkahwinan adik, Sharifah Norhayati a.k.a che ati di rumah mak aku. Penat mengupas nyor pun tak habis lagi. Semoga berbahagia ke anak cucu.

Isnin, 22 Disember 2008

Kehilangan Yang Tersayang

Sepanjang kehidupan kita sebagai makhluk tuhan ni, semestinya tak terlepas daripada merasai kehilangan orang yang tersayang. Tak kira lah, samada, ahli keluarga, suami isteri, kawan, kekasih, anak dan sebagainya. Perkara ini adalah pasti, cuma masanya sahaja belum kita ketahui.

Bagi aku pulak, pengalaman kehilangan orang tersayang datang pada awal kehidupan aku. Orang yang tersayang tersebut adalah arwah Umi aku. Ketika itu, aku berumur 12 tahun. Arwah umi pergi meninggalkan aku dan adik beradik (5 orang termasuk aku) semasa aku sedang menunggu keputusan UPSR. Arwah Umi aku meninggal sakit kanser. Mula-mula kanser kulit,lepas tu merebak ketulang, perut dan otak. Korang tau-tau aje la keadaan orang sakit kanser ni. Seksa. Rasanya, aku lebih redha Arwah umi pergi menemui tuhan. Rasanya tak sanggup lagi dah tengok dia terseksa.

Tapi apalah sangat budak 12 tahun tau pasal kesedihan kehilangan orang tersayang. Gitu-gitu je kot. Bayangkan lah, duit kutipan oleh pihak sekolah, aku buat beli game. Tapi semakin aku membesar, baru aku rasa kehilangan dia. Pertama kali sewaktu penyampaian hadiah masa dapat 4a UPSR. Umi aku pernah tanya, samada aku malu tak kalau dia datang hari penyampai hadiah aku. Masa tu kaki arwah umi aku telah dipotong. so berkerusi roda lah. Aku jawab tak. Tapi, masa hari penyampaian hadiah teresbut, umi aku dah takde.

Banyak lah lagi time aku teringatkan dia. Masa aku grad,masa aku kawin, setiap hari raya. Dan sebagainya. Dan paling penting, bila dah kehilangan orang tersayang ni, baru lah aku rasa betapa berharganya kasih ibu ni.

Walaupun arwah umi aku dah tiada, Allah itu Maha adil. Dikurniakan aku ibu gantian (tiri) yang baik dan jaga aku dan adik-adik macam anak dia sendiri. So, jangan percaya lah cerita indonesia yang ibu tiri dia jahat tahap cipan tu. Memang lah ibu ni garang. Tapi sebenarnya sama je macam ibu betul kita. Sebab dia nak kita jadi orang berguna.

So, sayangi lah orang yang anda sayang dengan lebih sayang ??!!!Sebab kita tak tau entah esok atau lusa kita boleh menyayangi mereka lagi atau tidak.Dan entah mereka boleh menyayangi kita lagi atau pun tidak.....

Cuti Yang Tah Hapehape

Entah betul ke tidak aku ni. Cuti seminggu, tapi tak buat apa-apa pun. Duduk rumah, tidur. Konon nya untuk release tension . Saja nak habiskan cuti. Tapi tak habis pun lagi. Pada yang nak bercuti, jangan tiru gaya aku bercuti. Tak syok langsung.

Ahad, 14 Disember 2008

Takziah

Aku nak ucapkan takziah kepada kawan lama satu sekolah aku,Aishah Zaharin, kerana baru kehilangam baby nya semasa dalam proses kelahirannya. Semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas roh anaknya dan dikuatkan semangat ibunya dalam menghadapi dugaan ini.

Rabu, 10 Disember 2008

Lelaki

Aku baru baca blog kawan aku pasal ketidakgembiraan dia. Tapi aku tak pasti pasal apa. Agaknya pasal suami dia kot. Kalau pasal life dia ,rasanya life dia ok dan senang. Bila dah kahwin ni, biasala, ada la masalahnya.Macam-macam.

Sebab aku seorang lelaki, aku nak komen sikit lah pasal lelaki ni, terutamanya sebagai suami.Paling ketara lelaki ni,otak dia boleh diumpamakan seperti 1 processor yang paling power yang ada dalam dunia. Menilai sesuatu ikut logik 1 dan 0. Tapi 1 je yang kurang. RAM dia sikit. So dia boleh simpan data sikit dan sekejap. Sebab tu la lelaki ni kena selalu ditegur atau diingatkan. Walaupun si isteri dah suruh wat itu dan ini, sebulan kemudian, lupa dah.

Biasanya lelaki,tak tunjukkan sangat kemarahan dan kesayangan nya pada isteri. Biasanya, bila dia marah, dia diam atau pun dia lari jap. Bagi yang hisab rokok, dia pergi hisab rokok jap. Bagi yang suka lepak kat kedai, minum teh,dia pergi minum jap. Macam aku, kalau marah sangat, aku tidur. Kalau sayang kat isteri pulak, dia tak tunjukkan sangat. Paling kuat pun, dia cakap i lap u je. Tapi jarang sangat la. Biasanya lelaki akan bisikkan kat isteri dia masa dia tidur (la..sape yang dengar) atau cium dahi isteri dia, itu pun masa dia tidur.

So kalau lelaki marah isteri dia kuat-kuat atau gila-gila, itu tanda samada lelaki tu memang jahat atau memang lelaki tu tak tahan sesangat dengan isteri dia. Dan kalau tiba-tiba lelaki tu jadi baik sangat dengan isteri dia, tiap-tiap hari i lap u, u lap me. Berkepit memanjang. Ada la tu udang di sebalik batu-batu yang ada.Bersedia untuk dapat jiran baru.

Apa pun, macam aku bagi tau tadi, lelaki perlukan constant reminder kata orang putih. Kadang-kadang, bukan dia tak ingat, tapi dia buat-buat lupa. Dan kalau si isteri ada apa yang tak puas hati pada suami, luahkan lah. Dan jangan jemu untuk meluahkan, walaupun perkara yang sama. Sebab, perkahwinan adalah 1 komunikasi 2 hala. Jika tiada komunikasi, maka tak tentu hala la perkahwinan tu.

p/s: Suka dengan wife aku membebel, semerdu lagu siti norhaliza.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua muslimin dan muslimat. Tahun ni aku balik Johor bahru, rumah mertua.Petang Jumaat balik rumah mak aku dulu, kemudian pagi sabtu (lebih tepat lagi, tengah hari),baru bertolak ke JB.Tahun ni merupakan Hari Raya Aidiladha yang paling tahapahapa tah dalam seumur hidup aku. Bangun pukul 11 pagi. Mungkin wife aku kesian kot tengok muka aku yang keletihan. Tu pasal la tak kejutkan. Lagi pun, hujan...Pagi yang gelap...susah nak bangun. Aku tidur mati agaknya.

Nasib la takbir raya 3 hari, sempat la jugak dengar takbir.Pada sesape yang baca blog aku ni, sila jangan tiru perbuatan di atas.

Selasa, 2 Disember 2008

Alyah Maisarah Demam

"Penat-penat..."Itu aje lah yang boleh dikatakan bila budak kecik demam teruk. Alyah demam+batuk+selsema mula dari minggu lepas.Hari Jumaat lepas, sampai aku kena ambik cuti sebab tak larat bangun. Alyah batuk semasa tidur. Bila batuk, dia nangis. 10 minit sekali nangis. Pastu muntah pulak. terpaksa lah tukar cadar pukul 2-3 pagi. Memang penat gila. Kalau masuk Amazing Race pun tak penat camni agaknya.

Bila masa-masa camni, kekadang rasa macam tak nak anak la pulak. Tapi, lepas tengok balik muka anak kita time dia tidur or tengah senyum, segala dugaan sanggup walid lalui untuk alyah. Itulah, budak-budak ni, terutamanya anak sendiri, macam ada special power yang boleh leleh kan hati mak dan bapa nya. Nak marah meluap-luap ni, kalau orang lain, dah makan penerajang dah. Sekali dia senyum or buat manja sikit, dah tak jadi marah.Tapi, yang aku pelik, macam mana la ada mak bapak yang sanggup dera anak dan ada yang sanggup bunuh anak. Orang ke alien diorang ni.

Tapi, apapun,yang pasti, kesusahan menjaga anak ni, menyebabkan aku hold dulu untuk tambah adik maisarah. Kalau dah sorang dah macam masuk Amazing Race, kalau 2 orang, dah macam masuk Survival la kot. Respect pada kawan lama aku yang dapat anak kembar. Tuhan aje yang tau tahap kesabaran dia....