Isnin, 22 Disember 2008

Kehilangan Yang Tersayang

Sepanjang kehidupan kita sebagai makhluk tuhan ni, semestinya tak terlepas daripada merasai kehilangan orang yang tersayang. Tak kira lah, samada, ahli keluarga, suami isteri, kawan, kekasih, anak dan sebagainya. Perkara ini adalah pasti, cuma masanya sahaja belum kita ketahui.

Bagi aku pulak, pengalaman kehilangan orang tersayang datang pada awal kehidupan aku. Orang yang tersayang tersebut adalah arwah Umi aku. Ketika itu, aku berumur 12 tahun. Arwah umi pergi meninggalkan aku dan adik beradik (5 orang termasuk aku) semasa aku sedang menunggu keputusan UPSR. Arwah Umi aku meninggal sakit kanser. Mula-mula kanser kulit,lepas tu merebak ketulang, perut dan otak. Korang tau-tau aje la keadaan orang sakit kanser ni. Seksa. Rasanya, aku lebih redha Arwah umi pergi menemui tuhan. Rasanya tak sanggup lagi dah tengok dia terseksa.

Tapi apalah sangat budak 12 tahun tau pasal kesedihan kehilangan orang tersayang. Gitu-gitu je kot. Bayangkan lah, duit kutipan oleh pihak sekolah, aku buat beli game. Tapi semakin aku membesar, baru aku rasa kehilangan dia. Pertama kali sewaktu penyampaian hadiah masa dapat 4a UPSR. Umi aku pernah tanya, samada aku malu tak kalau dia datang hari penyampai hadiah aku. Masa tu kaki arwah umi aku telah dipotong. so berkerusi roda lah. Aku jawab tak. Tapi, masa hari penyampaian hadiah teresbut, umi aku dah takde.

Banyak lah lagi time aku teringatkan dia. Masa aku grad,masa aku kawin, setiap hari raya. Dan sebagainya. Dan paling penting, bila dah kehilangan orang tersayang ni, baru lah aku rasa betapa berharganya kasih ibu ni.

Walaupun arwah umi aku dah tiada, Allah itu Maha adil. Dikurniakan aku ibu gantian (tiri) yang baik dan jaga aku dan adik-adik macam anak dia sendiri. So, jangan percaya lah cerita indonesia yang ibu tiri dia jahat tahap cipan tu. Memang lah ibu ni garang. Tapi sebenarnya sama je macam ibu betul kita. Sebab dia nak kita jadi orang berguna.

So, sayangi lah orang yang anda sayang dengan lebih sayang ??!!!Sebab kita tak tau entah esok atau lusa kita boleh menyayangi mereka lagi atau tidak.Dan entah mereka boleh menyayangi kita lagi atau pun tidak.....

Tiada ulasan: