"Penat-penat..."Itu aje lah yang boleh dikatakan bila budak kecik demam teruk. Alyah demam+batuk+selsema mula dari minggu lepas.Hari Jumaat lepas, sampai aku kena ambik cuti sebab tak larat bangun. Alyah batuk semasa tidur. Bila batuk, dia nangis. 10 minit sekali nangis. Pastu muntah pulak. terpaksa lah tukar cadar pukul 2-3 pagi. Memang penat gila. Kalau masuk Amazing Race pun tak penat camni agaknya.
Bila masa-masa camni, kekadang rasa macam tak nak anak la pulak. Tapi, lepas tengok balik muka anak kita time dia tidur or tengah senyum, segala dugaan sanggup walid lalui untuk alyah. Itulah, budak-budak ni, terutamanya anak sendiri, macam ada special power yang boleh leleh kan hati mak dan bapa nya. Nak marah meluap-luap ni, kalau orang lain, dah makan penerajang dah. Sekali dia senyum or buat manja sikit, dah tak jadi marah.Tapi, yang aku pelik, macam mana la ada mak bapak yang sanggup dera anak dan ada yang sanggup bunuh anak. Orang ke alien diorang ni.
Tapi, apapun,yang pasti, kesusahan menjaga anak ni, menyebabkan aku hold dulu untuk tambah adik maisarah. Kalau dah sorang dah macam masuk Amazing Race, kalau 2 orang, dah macam masuk Survival la kot. Respect pada kawan lama aku yang dapat anak kembar. Tuhan aje yang tau tahap kesabaran dia....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan