Rabu, 10 Disember 2008

Lelaki

Aku baru baca blog kawan aku pasal ketidakgembiraan dia. Tapi aku tak pasti pasal apa. Agaknya pasal suami dia kot. Kalau pasal life dia ,rasanya life dia ok dan senang. Bila dah kahwin ni, biasala, ada la masalahnya.Macam-macam.

Sebab aku seorang lelaki, aku nak komen sikit lah pasal lelaki ni, terutamanya sebagai suami.Paling ketara lelaki ni,otak dia boleh diumpamakan seperti 1 processor yang paling power yang ada dalam dunia. Menilai sesuatu ikut logik 1 dan 0. Tapi 1 je yang kurang. RAM dia sikit. So dia boleh simpan data sikit dan sekejap. Sebab tu la lelaki ni kena selalu ditegur atau diingatkan. Walaupun si isteri dah suruh wat itu dan ini, sebulan kemudian, lupa dah.

Biasanya lelaki,tak tunjukkan sangat kemarahan dan kesayangan nya pada isteri. Biasanya, bila dia marah, dia diam atau pun dia lari jap. Bagi yang hisab rokok, dia pergi hisab rokok jap. Bagi yang suka lepak kat kedai, minum teh,dia pergi minum jap. Macam aku, kalau marah sangat, aku tidur. Kalau sayang kat isteri pulak, dia tak tunjukkan sangat. Paling kuat pun, dia cakap i lap u je. Tapi jarang sangat la. Biasanya lelaki akan bisikkan kat isteri dia masa dia tidur (la..sape yang dengar) atau cium dahi isteri dia, itu pun masa dia tidur.

So kalau lelaki marah isteri dia kuat-kuat atau gila-gila, itu tanda samada lelaki tu memang jahat atau memang lelaki tu tak tahan sesangat dengan isteri dia. Dan kalau tiba-tiba lelaki tu jadi baik sangat dengan isteri dia, tiap-tiap hari i lap u, u lap me. Berkepit memanjang. Ada la tu udang di sebalik batu-batu yang ada.Bersedia untuk dapat jiran baru.

Apa pun, macam aku bagi tau tadi, lelaki perlukan constant reminder kata orang putih. Kadang-kadang, bukan dia tak ingat, tapi dia buat-buat lupa. Dan kalau si isteri ada apa yang tak puas hati pada suami, luahkan lah. Dan jangan jemu untuk meluahkan, walaupun perkara yang sama. Sebab, perkahwinan adalah 1 komunikasi 2 hala. Jika tiada komunikasi, maka tak tentu hala la perkahwinan tu.

p/s: Suka dengan wife aku membebel, semerdu lagu siti norhaliza.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas panduan tentang lelaki...it means a lot to me.. :)