Isnin lepas 26/1/2009,satu majlis tahlil diadakan kat rumah Tokmi dan Tok walid aku di Pekan.Majlis diadakan sempena mengingati mereka yang telah pergi. Kalau sebelah walid aku, dua-dua tok dah takde.Jemput saudara terdekat je. Anak-anak tokmi dan tok walid serta cucu-cicit aje.
Selain mengingati mereka yang telah pergi,majlis-majlis macam juga digunakan untuk mengumpul sanak-saudara bagi mengeratkan silaturahim. Boleh lah tengok keletah anak-anak saudara dan sepupu. Tapi yang paling keletah,anak aku la.Gambar yang kat atas tu, anak aku(baju pink) sebenarnya pangkat anak sedara, yang lain semua ayah dan mak saudara dia. Kelakar la pulak bila difikirkan.
Sabtu ni,31/1/2009, walid dan ibu aku akan mengerjakan umrah bersama adik dan adik ipar aku.Semoga perjalanan mereka selamat sampai dan balik.
itu aje...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan