Seperti yang semua tau, sekarang ni tengah kecoh-kecoh berkenaan kalimah Allah. Sebagai umat islam, terpanggil juga aku untuk katakan sesuatu. Tapi bukan pasal keputusan mahkamah tu, cuma berkenaan penggunaan kalimah itu. Dan ni hanya lah pandangan aku sahaja.
Bagi aku, Allah merupakan tuhan semua makhluk alam semester ni samada makhluk tu sembah Allah atau pun tidak. Kalau agama wahyu, memang tuhan yang sama disembah iaitu Allah. So pandangan aku, kalau orang kristian nak gunakan nama Allah itu, takde masalah sebab tuhan mereka adalah tuhan umat islam juga. Tapi yang salah adalah, pemahaman mereka tentang Allah. Bagi kita, Allah itu ialah yang esa, tiada anak, tiada bapa. Tapi pada mereka Allah itu ada anak. Dan banyak lagi sifat-sifat Allah yang diberikan oleh orang kristian bertentangan dengan ajaran Islam.
Kalau betul lah juga nak digunakan nama Allah itu, so pemahaman tentang sifat Allah oleh mereka juga sepatutnya ditukar kepada kebenaran seperti pemahaman dalam Islam. Tapi sanggup ke mereka berbuat begitu.
Selama ini, Islam tak pernah tekan mereka untuk mengikuti pemahaman Islam tentang tuhan. Tapi semenjak mereka mula berusaha untuk menggunakan kalimah Allah secara rasmi dalam penerbitan keagamaan mereka, itu yang umat islam di Malaysia bising. Sebabnya, bukan untuk berebut kalimah itu. Tapi untuk mengelakkan kekeliruan tentang pemahaman kalimah Allah itu pada umat Islam. Implikasinya mungkin nampak kecil sekarang, tapi pada masa akan datang, siapa yang tau. Tengok bagaimana negara jiran membenarkan kalimah ini digunakan oleh agama lain, tak kehuru hara pegangan dan pemahaman umat islam di sana.
Kalau betul-betul ketua agama Kristian di Malaysia ini ingin mengikut jalan ke arah keamanan, sebolehnya perkara ini hendaklah dielakkan. Kerana pada pandangan aku, kalau penganut agama kristian tak guna kalimah Allah, tiada kemudaratan pada mereka. So kenapa mereka nak mempertaruhkan keamanan, kebebasan beragama dan sebagainya hanya untuk menggunakan kalimah Allah sedangkan ia tidak wajib bagi mereka. Bersyukur juga kerana orang Melayu Malaysia mempunyai sikap toleransi yang tinggi. Kalau negara lain... Entah la.
Aku harap tiada apa yang buruk akan berlaku. Jangan lah orang Islam membuat tunjuk perasaan di Masjid atau sebagainya sebab yang rugi adalah orang islam sendiri. Rugi masa sebab jam, harta masjid rosak dan bersepah dan sebagainya. Dan yang disebelah sana, fikir-fikir lah sendiri. ..
1 ulasan:
betul setuju kalo betul diaorg nak guna ikut lah ajaran islam.. coz Allah Itu Esa tiada dua atau tiga......
Catat Ulasan