Dalam beratus entry yang telah aku publish, aku perasan 1 perkara. Takde 1 pun entry dedicated to wife aku. Tapi perkara pokoknya, kenapa aku terfikir berkenaan perkara tersebut? Itu cerita untuk Entry lain ...
So, kali ni, aku akan dedicate kan entry ni untuk wife aku. Aku tau nanti, dia akan baca jugak blog/entry ni. Takpe la, bagi dia kembang sikit.
Perkara pertama.adalah, kenapa aku pilih wife aku/ wife aku pilih aku? Memang lah sebab cinta, sebab sayang sebab i lap u. Tapi menurut satu kajian saintifik yang telah dilakukan berkenaan perilaku manusia, manusia akan sayang, benci, menyampah dan sebagainya pada satu manusia lain berdasarkan struktur muka manusia berkenaan (orang yang dipandang).
Dalam kita tak sedar, apabila kita memandang wajah seseorang, otak kita tanpa kita sedari akan menafsir kedudukan dan struktur mata, hidung, dahi, mulut dan Proportion ke semua ciri tersebut dan membandingkan wajah-wajah tersebut dengan wajah-wajah yang pernah kita lihat dalam hidup kita sebelum ini. Sebab tu, kadang-kadang bila kita tengok muka orang tu, kita rasa tenang je sebab kemungkinan ada ciri pada wajah tersebut sama dengan wajah ibu atau nenek kita dan sebagainya. Dan kadang-kadang kita rasa meluat sangat tengok muka orang ni walaupun itu la first time kita jumpa dia sebab mungkin otak kita dah beri signal benci sebab wajah dia ada titik persamaan dengan orang pernah buat jahat pada kita dalam hidup kita.
So untuk kes aku dan isteri, mungkin perkara di atas berlaku pada aku. Dan untuk menunjukkan kekuasaan tuhan, perkara yang sama juga mungkin berlaku pada wife aku tanpa dia sedari... Pergh, sungguh saintifik yang sesungguhnya aku main tulis aje.
Tapi yang lebih penting, semuanya telah ditakdirkan oleh Allah. Dah telah tertulis dalam Qada' dan Qadar di Luh Mahfuz. Ianya dinamakan jodoh aku.
Wife aku macam mana? Kalau TV8 ada rancang review makanan nama "Best in The World", aku plak bagi review wife aku sebagai "Best in the world". Of course la, world tu, my world la. Bukan whole world. Hahaha. Yang sebenarnya, setiap orang ada kekurangan. Dan masing-masing mengisi kekurangan pasangan masing-masing. Aku baran, wife aku penyabar. Aku kurang cakap, wife aku banyak cakap. Macam tu lah lebih kurang. So nak kata wife aku bagus sangat ke? Untuk aku, memang la bagus. Untuk orang lain, wife dia la bagus. Kalau aku cakap wife si sipolan bin sipolan tu best giler, dah semacam pulak kan.
Biodata
Wife aku dilahirkan di JB. Orang bandar la kira nya. zaman kecik-kecik sungguh tomboy. Menurut sumber yang boleh dipercayai (mak mertua aku), zaman kanak-kanaknya dipenuhi dengan aktiviti lasak seperti berlari dan panjat pokok buah-buahan. Kawan dengan budak-budak besar.So, tau la aku dari mana datangnya ke hiperaktifan si Alya Maisarah tu..
Masuk umur belasan tahun, lebih feminin sikit. Tapi masih tomboy sikit-sikit lagi. Tak boleh lari dari kemeja kotak-kotaknya. Ataupun, baju T-shirt tight in. Bersekolah di SEK MEN KEBANGSAAN SRI RAHMAT,JOHOR BAHRU . Lepas tu sambung belajar di INSTITUT SAINS DAN TEKNOLOGI DARUL TAKZIM. Lepas belajar, bekerja sementara sebagai guru. Dan di situ lah mula menampakkan ciri-ciri feminin tahap maksimum sebagai Cikgu Rafidah.
Lepas jadi ciku sementara, wife aku dapat kerja di TMNet dimana tempat aku berjumpa dengan dia.
Ciri-ciri/ Perwatakan
Kegemaran:
- Berkebun. Tangan wife aku, biasanya menjadi dalam tanam-tanam pokok ni. Aku pun menjadi jugak. Tapi pokok lalang la.
- Mengemas. Suka mengemas. Aku pulak, suka tengok dia mengemas
- Memasak. Dia memang suka memasak. Emmm....itu aje lah
- Menghias rumah. Memang paling suka. Nak letak tu, nak letak ni. Macam-macam la lagi.
Aku main teka je ni.
- Asam pedas. Dia suka, aku pun suka. Dan lebih penting, dia memang pandai masak asam pedas
- Kebanyakan makanan negeri Johor seperti Lontong, mee rebus otak-otak dan berbagai lagi.
Warna kegemaran :
- Tak berapa pasti. Biasanya, warna pilihan wife aku akan kontra sangat dengan warna pilihan aku. Macam warna hijau dan sebagainya. Dia selalu marah sebab warna pilihan dia aku cakap macam taste orang tua. Hahaha.
Perwatakan :
- Seperti yang aku maklumkan di atas, wife aku ni penyabar dan tenang orangnya. Tak pendendam. Suka bantu orang. Tapi dia tegas dan berani. Dan kadang-kadang sedikit garang. Berjiwa sensitif. Bagi aku, dia merupakan penyokong aku dalam apa jua keadaan. Dalam membuat keputusan, aku akan minta pandangan dia dulu. Pandangan dia biasanya, dah ambil kira sebarang faktor dan kemungkinan. Dia juga mementingkan keluarga dia.
- Masa mula-mula kenal dulu, nampak cute. Terutamanya bila tengok pipi dia. Macam nak cubit je. Tapi lama-lama kenal, mestilah kurang cutenya (sebab dah tengok siang dan malam). Tapi, bagi kawan-kawan dia, dia merupakan orang yang suka menyenangkan orang lain. Suka bantu kawan-kawan dia. Dan juga fast learner.
Aiseh, susah sikit nak cakap. Huhuhu. Takde lah. Ala, biasa la, Masa zaman anak dara lain, zaman jadi ibu lain pulak rupanya. Secara umumnya, rupa paras dia, berjaya menawan kalbu (aku). Wajah dia, bulat sikit, pipi tembab sikit.Mulut kecik. Kening bersudut. Nampak comel je. Berkulit gelap sikit ala-ala Faezah Elai (Cewah!). Masa zaman anak dara dulu, boleh dikatakan genit juga lah bentuk tubuhnya.
- Pandai bersukan, kontra dengan aku
Ok. Rasanya, setakat ini ajelah cerita pasal Wife aku. Nanti cerita lebih-lebih, meletup pulak nanti. Aku bersyukur sebab tuhan kurniakan wife seperti dia. Kalau nak dikurniakan satu lagi, kalau boleh macam dia jugak Hahaha ( Ayat bunuh diri). Semoga kami berdua dapat lebih saling faham memahami dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat.
Salam...
1 ulasan:
semoga berbahaia sehingga ke akhir hayat...
Catat Ulasan