Masih dalam Mood Hari Raya. Takziah kepada wartawan Malaysia yang terkorban di Somalia. Pedulikan pandangan sinis yang dilemparkan oleh pihak tertentu, diharap keluarga allahyarham berpegang teguh dengan niat sebenar Allahyarham, membantu memaparkan penderitaan penduduk di Somalia yang seagama dengan kita
Kali ni nak cerita pasal sambutan Aidilfirti. Seperti yang kita sedia maklum. Zaman kita kecik-kecik dulu, aktiviti hari raya kita, memang telah tersusun oleh ibu bapa kita. Ada yang balik kampung tok, balik kampung nenek. Lepas sembahyang raya, pergi kubur tok, kubur nenek. Malam raya, masak ketupat, rendang lemang atau satay yang menjadi tradisi dari zaman berzaman. Pendek kata, kita sebagai budak kecik, main ikut je. Dan bila saban tahun perkara yang sama dilakukan untuk setiap kali hari raya, maka jadi lah ia suatu tradisi.
Dan, tiba lah masanya kita dah tak berapa kecik. Dah jadi mak atau bapak budak. Atuk atau nenek dah tak ada. Tiada lagi tradisi balik ke kampung. Aktiviti raya bertukar balik ke rumah ibu dan bapa. Aktiviti malam raya pun dah bertukar.
Macam aku, dulu, ada lah jugak, balik kampung Tok sebelah mak. Tapi, selepas dah kahwin ni, raya sambut kat rumah Walid/ibu dan jugak rumah mertua. Adik beradik aku 5 orang, 3 dah kawin 2 bujang. Walid/ibu aku ada 3 orang cucu yang baru bawah 5 tahun semuanya.
Bila beraya di rumah sendiri, kena plan semula aktiviti raya. Pendek kata, umpama nak memulakan satu sesi tradisi yang baru. Tahun ni, masak malam raya.Masak kat bangsal luar rumah. Masak bersama adik beradik dan ipar. Sambil berborak, dengar lagu raya. Kadang-kadang anak sendiri dan anak-anak saudara datang menjengah nengok ibu bapa masing-masing masak.
Sebelah paginya, selepas sembahyang raya, diadakan sesi bermaaf - maafan. Dah 3 tahun sesi tersebut dirakam guna VideoCam. Nanti, adalah episod air mata dan bagai. Lepas sesi bermaafan dan bergambar, terus sesi makan pagi raya. Lepas makan sikit, pergi beraya ke rumah jiran terdekat. Untuk makluman, anak-anak Syed Jaafar ni, bukan kenal ke jiran. Mana idaknya, masing-masing bukan nya membesar di rumah sendiri. Belaka semua duduk asrama. Masa zaman umur 4-5 tahun dulu, kampungnya kat tempat lain (Pekan). Dah sekolah barulah pindah duduk Chini.
Dalam pukul 11 pagi bertolak ke Pekan. Melawat kubur. Tahun ni special sikit, melawat kubur Tok Walid dan Tok mi dan juga kubur arwah Umi disertai Walid. Kalau tak, aku 5 beradik aje yang melawat kubur arwah umi. Habis melawat kubur, baru lah melawat sanak saudara di Pekan.
So, tahun ni, merupakan 1 permulaan tradisi raya terbaru bagi aku dan adik beradik. Diharap, dari tahun ke tahun, aktiviti ini dapat dikekalkan supaya dapat dikekalkan menjadi tradisi.
Dan suatu masa nanti, akan tiba masanya, bila kedua ibu bapa telah tiada, maka, tradisi akan berubah lagi. Sehingga lah kita tiada di dunia ini.
salam