Isnin, 30 Disember 2019

DUGAAN

Hujung tahun, biasanya dihabiskan untuk berlibur bersama keluarga atau dengan orang yang tersayang. Bercuti ke tempat menarik dan sebagainya.

Tapi, untuk aku, hujung tahun ni, agak berbeza. Atas-atas sebab tertentu, famili aku terkandas di rumah. Alyah & Aysh hanya berehat di rumah, melayan Netflix & Youtube sahaja. Tiada fancy vacation tahun ni.

Banyak perkara berlaku hujung tahun ni. Bermula dengan kehadiran ahli baru famili smh, SM Harris ..Welcome tuan syed. So kehadiran ahli baru ini juga disertakan dengan pakej lawatan ke Klinik kesihatan berbeza 2 kali sehari.

Dan, dugaan daripada tuhan, Walid pula warded ke ICU disebabkan sesak nafas. Dan disusuri oleh ibu kerana influenza. Walid masih sedated dan belum sedar di ICU. Ibu dah beransur pulih tapi masih warded.

Perjalanan aktiviti hari agak haru. Sebelah siang hantar wife dan Harris ke klinik. Urus pendaftaran sekolah Aysh ke darjah 1, dan kakak tingkatan 1. Malam aku ambil giliran untuk jaga walid / ibu di hospital.

Alhamdulillah, wife dah kuat untuk bangun dan urus Harris bila nak menyusu sebab aku di hospital.

Aku memang dah apply cuti sampai hujung tahun awal-awal. Rupanya untuk perkara -perkara di atas. Maha Planner tak hint lanngsung rupanya.

Anyway, semuanya adalah mix of sadness & happiness.  Dugaan memang akan datang. Tipulah jika aku cakap tak pernah duga walid akan sakit. Tapi timingnya,memang tak terduga.

Dan di sini juga, aku diduga. Berkaitan perkara - perkara kekeluargaan. Nak dulukan yang mana. Itu ini dan sebagainya. Alhamdulillah, semua dipermudahkan, bersangka baik dan buat cara sendiri.

In summary, everything is unexpected but I have had my worst day. Just Hope for the best. To whom who read this entry, please pray for the wellbeing of my parents.

...


Rabu, 25 Disember 2019

SYED MUHAMMAD HARRIS

Alhamdulillah..pada 23 Disember 2019, Syed Muhammad Harris selamat dilahirkan. Penyambung ranting keturunan. Dinanti sejak 13 tahun lalu oleh walid dan tok walid. Semoga jadi anak yang soleh dan pelindung kepada kakak-kakak awak. So nanti walid ada gang PS5. Yea!!













Rabu, 11 Disember 2019

THE PAST

Making peace with the past. Perkara yang paling susah untuk di settle kan. Makan dalam, makan tahun. Ada yang sampai mati pun tak berkesudahan. Mula lah bila mati, jadi hantu kak Limah (lawak). Perkara yang berkaitan dengan jiwa, memang susah untuk diselesaikan. Luka di badan, tampal handyplast. Sakit perut, sapu minyak panas. Pening kepala makan penadol.

Tapi, keserabutan, kerunsingan , kesedihan, kepasrahan, keterasingan, kerinduan,apa ubatnya? Sesungguhnya, aku pun tak tau apa ubatnya. Pemilik jiwa kita adalah bukan kita. Kita hanya lah pendomain jiwa. Driver jiwa kita. Tapi pemiliknya, yang duk atas. Yang Maha Besar.

Ada yang berkata, nak ubat jiwa, dekatkan dengan tuhan, betul lah tu. Tapi, jiwa ni, macam pelampong, atau pun macam buah kelapa yang hanyut kat laut. Mudah sangat berbolak balik. Hari ni macam dah ok, esok lusa kesot. Kalau orang pompuan, campur datang bulan dia, lagi haru.
Bunyi macam kelakar, tapi memang kelakar pun. Walaupun kelakar, ada yang kecundang mengundurkan diri daripada dunia ini. Disebabkan tiada ketenangan dalam jiwa.

Aku pun termasuk lah dalam golongan manusia, yang cuba berdamai dengan masa lalu. Yang cuba menyakinkan diri, bahawa ketentuan yang di berikan oleh pemilik jiwa yang di atas adalah lebih baik untuk aku. Cuba dan cuba dan cuba. Biar lah berbolak dan berbalik. Mungkin hari ini tewas, mungkin hari ini sedih, tapi mungkin esok tenang. Lusa, tulat siapa yang tahu. Selagi hidup, kenangan masa lalu itu aku aku galas dalam sel-sel otak aku. Meranduk kesedihan dan juga kegembiran yg terbit daripada mengenang masa lalu itu. Biarlah hanya desah keluh dan sengih nipis sahaja yang hadir sebagai tanda aku masih mengenang. Terima kasih kepada yang pernah hadir, dan yang telah pergi. Yang membuat aku tertawa dan menangis. Yang memapah dan yang menghumban. Yang memuji dan yang menghina. Semua nya tetap aku hargai. Kerana aku ingin berdamai dengan masa silam...Dosa dan pahala..sayang, cinta dan kasih..yang masih ada dan yang telah ke sana.

Aku ingin berdamai...

Jumaat, 8 November 2019

TULIS SIKIT

Lama dah tak berbicara di sini. Kesibukan, mungkin. Atau sekadar tiada rasa untuk menulis. Hidup seperti biasa, dipenuhi rutin. Tiada yang terlampau menarik atau terlampau menyedihkan. Semuanya biasa dan rutin sahaja.

Ya, sedang menunggu insan baru untuk menjejak kaki ke dunia ini. Akhirnya, ditakdirkan ada juga penyambung ranting Al-Habsi. Alhamdulillah... Cuma agak sedih, persediaan kali ini, tidak semewah semasa zaman kakaknya dulu. Takpe lah, rezeki masing-masing. Yang penting, awak selamat jejak kaki ke dunia nanti, Mr Harris..

Berkenaan aku..
..dah hampir 4 tahun. Tapi masih berbekas. Tak mengapa, susunan tuhan adalah yang terbaik. Terbaik untuk semua orang. Pengalaman yang dilalui, jadi teladan, sempadan & kenangan di hari tua. Tiada yang buruk, semuanya baik-baik belaka. Pengalaman adalah guru. Guru yang akan membuatkan kita ketawa kegembiraan dan juga menangis kesedihan. Pengalaman adalah guru yang sangat benar. Kebenaran ? Guru?..Papazola ke?

HAHAHAHA!

Wassalam.


Personally I'm always ready to learn, although I do not always like being taught. 
Winston Churchill

Jumaat, 11 Oktober 2019

THE UNCERTAINTY

I have come to accept the feeling of not knowing where I am going. And I have trained myself to love it. Because it is only when we are suspended in mid-air with no landing insight, we force our wing to unravel and alas begin our flight.

And as we fly, we still may not know where we are going to. But the miracle is in the unfolding of the wings. You may not know where you're going, but you know that so long as you spread your wings, the winds will carry you.


Rabu, 28 Ogos 2019

SESALAN

Sebenarnya, agak suka ber outstation. Suka bukan sebab apa. Mostly, bila outstation, bila habis program kerja, aku ada masa yang agak lama untuk bersama diri sendiri. Jadi aku akan ambil masa ini untuk buat refleksi diri. Berdiskusi dengan diri sendiri, menjadi jujur dengan diri sendiri. Membuka pekung diri sendiri di depan diri sendiri. Bercerita dengan diri sendiri.

Hidup aku, macam hidup orang lain juga. Penuh dengan chapter-chapter. Baik dan jahat, buruk dan cantik. Gembira dan sedih, dan berbagai-bagai lagi. Perit dan menggembirakan.

Tapi, ada sesuatu yang aku pegang, sejak daripada kecik lagi. Seawal umur 9-10 tahun. Iaitu, hidup tak perlu disesalkan. Dan apa jua yang berlaku dalam hidup, semuanya penting bagi memberi pengajaran dan pengalaman supaya kita boleh jadi manusia yang lebih baik.

Dalam hidup aku, berbagai insan datang dan singgah, memberi pelbagai kenangan dan pengajaran, samada manis atau pahit. Dan ada yang kekal bersama aku, dan ada juga yang pergi meninggalkan aku dengan pelbagai alasan.

Tapi, aku tak pernah sesali dengan kehadiran mereka, tak pernah serik dan tak pernah dendam. Umi yang datang memberi kasih sayang kepada aku, pergi ketika aku masih sangat memerlukan dia. Sesungguhnya kehadiran dan juga kepergian dia telah membentuk diri aku yang sekarang. Dan aku sangat menghargai rasa gembira dan rasa sedih yang hadir daripada pengalaman hidup itu. Begitu juga dengan insan-insan yang lain, yang hadir dan pergi dengan sebab tersendiri, segala kenangan bersama mereka sangat aku hargai. Tiada apa yang perlu aku padamkan, semuanya sangat berharga.

Dan aku sangat-sangat hargai insan-insan yang hadir dalam hidup aku, susah dan senang bersama aku, dan masih setia dalam jalan cerita aku. Semoga kita dapat mencoretkan kisah-kisah baru bersama-sama.

Ok, itu je la..

Isnin, 19 Ogos 2019

NO REGRET





Kita bukannya sempurna. Hidup bukan nya garis lurus. Kesilapan bagai kemuncut yang lekat di seluar. Ambil masa, bersihkan, dan langkah semula ke depan. Dosa, pahala, baik & jahat, bukan tugas kita untuk menilai. Tugas kita adalah untuk terus melangkah. Dan buat kesalahan bodo dan kebaikan comel. 

Selasa, 23 Julai 2019

LARIAN DI TEPI PANTAU RISAU ADA ANJIR...

pix by : www.kobayashihayate.com
Kelmarin, lepas subuh, rasa nak jogging kat tepi laut. Alang-alang ada program kat tepi pantai ni, boleh lah ambil peluang (Padahal rumah sendiri pun dekat dengan pantai). Siap berbaju, terus gerak ke pantai. Suasana hening, tenang. Matahari pun belum terbit. Pagi-pagi macam ni, pantai tak berangin sebab bayu darat, iaitu, angin bertiup dari darat ke laut. So, suasana sunyi sebab tak dengar bunyi hempasan ombak.

Aku pun mula berlari, sambil mendengar lagu, best..Dalam 10 minit berlari, aku mula nampak tapak - tapak kasut lain yang berbekas di pasir. Mula-mula satu, kemudian dua dan beberapa lagi. Mereka pun jogging agaknya. Melihat ke depan, tak nampak pula sesiapa. Mungkin mereka jogging semalam. Entah lah. Timbul sedikit kemisterian di situ.

Hmmm..Hidup pun begitu. Penuh dengan misteri. Kadang-kadang, kita perasan, ada insan-insan di sekeliling kita yang mempunyai jalan cerita yang hampir sama dengan apa yang sedang kita lalui. Tapi, adakah kita dapat membuat kesimpulan tentang pengakhiran jalan cerita hidup kita berdasarkan cerita mereka?

Bagi aku, jawapannya sudah tentu tidak. Sebab hidup ini penuh dengan sebarang kemungkinan. Pilihan yang kita dapat dalam hidup ini, adalah unik kepada diri kita sahaja. Jadi, jika aku melihat tapak-tapak kasut yang ada semasa dalam jogging aku tu, aku masih tak dapat agak apa yang ada di penghujung trak jogging aku ini. Daripada tapak kasut tersebut, maybe aku hanya boleh agak kondisi orang yang lari tersebut. Maybe nak pancit ke atau masih steady.

Untuk aku tahu apa yang ada dihujung track tersebut, aku perlu terus berlari sampai ke akhirnya. Di situ baru aku tahu jawapannya. Dan maybe boleh berjumpa dengan tuan punya tapak-tapak kasut tadi.

Berlari atau jogging memang best. Aku suka sebab kepala tak perlu fikir sangat. Hanya perlu melangkah dan menjaga nafas. Dengar lagu, kepala boleh berangan. Tau-tau dah berpeluh.

Dan, jogging juga mengajar aku satu dua perkara tentang hidup. Bersabar, bertahan, enjoy the view dan move on. Buat yang terbaik, berlari atau berjalan, yang penting sampai ke destinasi. Macam tu lah hidup, perlu chill, take it positive dan senyum dan diam jika tak penting. Hidup memang misteri...

Jumaat, 5 Julai 2019

MELALUT

Hidup ni, penuh dengan perkara-perkara tak terduga. Kadang-kadang, sedang kita gembira, datang perkara yang menyedihkan. Sedang kita bersedih, datang pula perkara yang mengembirakan. Bila kita rasa kuat, dugaan yang meluluhkan pula turun. Dan sedang kita rasa patah semangat, datang pula bantuan daripada dia tanpa diduga.

Semuanya tanpa disangka. Dan bila hidup didunia ni, memang tak boleh tidak, kita akan menggalaskan harapan kita kepada sesama manusia. Kita harapkan isteri yang cantik, molek, rajin, lembut dan sebagainyai. Anak yang bijak dan berjaya, suami yang rajin, kacak, romantik dan berharta sentiasa. Bos yang baik. Dan sebagainya.

Dan sesungguhnya, percayalah, kita pasti akan hampa. Pasti dan pasti. Kerana sesungguhnya, kita sendiri pun tak mampu untuk menggalas harapan orang lain, kerana kita makhluk lemah yang kecil secoek. Lebih tepat lagi, aku makhluk yang lemah, yang kerdil. 

Jadi, aku cuba belajar untuk tidak mengharapkan apa-apa kecuali mengharapkan, tuhan jaga aib aku dan matikan aku dalam ketenangan dan dalam belas kasihannya.

Kerana aku tahu, kalau nak dikira, secara matematiknya, bau syurga pun aku tak layak hidu. Sebab diri sendiri sedar, banyak nye dosa kumulatif yang aku carry forward. Walaupun sedar, dosa bertimbun, tapi masih lagi solat hujung waktu, culas berjemaah dan kadang-kadang lompong solatnya, awek comei lalu, masih melirik hujung mata. Tapi macam tu lah aku. Manusia lemah dalam kerugian. 

Cuba sebaik mungkin untuk jadi lebih baik. Cuba sehelai sehari membelek quran, cuba wirid selepas solat, cuba dan cuba. Dan dipenghujungnya, aku hanya mampu berdoa, tuhan mudahkanlah hitungan aku nanti.

Sebenarnya, aku nak tulis apa ni? Macam melalut je. Entah lah. Maybe aku nak share je, God works in His misterious way. Dan kita sentiasa la bergantung harap pada dia sahaja, bukan pada manusia. Jangan cepat mengalah, stay excited dengan jalan cerita yang Dia sediakan untuk kita. Dan....paling penting, aku rasa dan yakin, tuhan sentiasa sayang kita, lebih daripada kita sayangkan diri kita. Orang kata, rahmatnya seluas lautan.

Ok, tu je. 

Jumaat, 21 Jun 2019

YAKIN

Aku yakin semua orang percaya kepada tuhan. Even yang mengaku sebagai free thinker pun, jika diselami lubuk hati mereka, mereka masih percaya bahawa ada suatu kuasa yang menguasai dan mengaturkan seluruh alam.

Orang Islam, lagi la, sepatutnya lagi kuat keyakinan kepada tuhan. Tapi, seperti biasa, aku selaku manusia, yang lemah, banyak buat dosa dan boleh dikatakan jahat, walaupun percaya pada tuhan, tetapi adakah aku menggantungkan keseluruhan jiwa dan raga aku di atas keyakinan aku itu. Dengan tak malu, rendah diri, aku malu mengakui, keyakinan aku itu tak sekuat mana.

Apabila berdoa selepas solat, dengan doa supaya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Maka,harapan dan bayangan aku pada masa itu adalah, aku kena berusaha, bekerja keras, baru lah rezeki akan datang masuk. Tapi, yakinkah aku jika dikatakan, sejurus selepas aku  berdoa tu, tiba-tiba turun sejabir duit note rm100 bergulung, berikat-ikat didepan aku? Adakah aku yakin perkara itu boleh berlaku?

Betul, aku masih kurang yakin, kerana dibebani logik akal marhaen ini. Padahal tuhan itu maha berkuasa, "Jadi, maka jadilah ia". Yang menghidup sesuatu yang mati dan mematikan sesuatu yang hidup. Maka, kenapa aku masih tidak yakin? Kerana aku manusia lembap. Yang terbatas, yang yakin dengan apa yang aku nampak dan rasa sahaja.

Tetapi, sejak kebelakangan ini, berlaku perkara-perkara yang membuatkan aku berfikir dan menjadi "Aha!" moment kepada aku. Saat dimana, dalam keadaan terdesak, dikala hanya tuhan sahaja menjadi tempat aku bergantung, tuhan ingatkan aku bahawa Dia lah maha berkuasa dan  pengatur terbaik hidup ini. Jika Dia menginginkan sesuatu itu berlaku, maka berlakulah ia walaupun melanggar segala batas logik, lari dari segala norma dan dipenuhi segala ketidaksangkaan makhluknya yang lemah seperti aku.

Jadi, apa yang telah aku lalui?..

Adalah...rahsia..hahahaha..

Maka, sama-sama lah kita lebih yakin kepada Dia. Ye, benar, kita kena berusaha juga, jangan malas. Tetapi, yakinlah bahawa apa sahaja mampu terjadi atau tidak terjadi, dengan izinnya.

Maafkan aku..hamba Mu yang, lemah, bodoh dan serba hina ini..Alhamdulilah.

Jumaat, 14 Jun 2019

MELANGKAH

Melangkah lah Hatta San. Tinggalkan cerita lama. Dan karyakan kenangan baru. Hidup ini masih penuh dengan segala misterinya. Pergi lah singkapkan ia, dan pelajarilah ia. Bab baru akan terbuka nanti, dan pasti kau akan teruja. 
Hasbunallah Wanikmal Wakil


Jumaat, 3 Mei 2019

OLD

Sometimes, old age is a gift. Yes, there are so much disadvantages of being old. But the few advantages of being old is sometimes priceless.
Being old give you a clearer view of life. Your action tend to be slow. A lot of things will be considered before a move been made. Your patience is increased. You are always listening. Giving a thought of what you listen but never speak it out if not being asked.
I do not envy what the young is having. Because i already have had it.

Sabtu, 6 April 2019

LANGKAH TERAKHIR...

Tahun ini , merupakan tahun terakhir untuk aku berada dalam kumpulan manusia berusia 30-an. Tahun depan, dah melangkah dekad yang baru, 40-an. 40-an rasanya agak membosankan. Lif pun ada tingkat 3A shj, tiada tingkat 4. BMW skip dari 3 series terus ke 5 series. Ye..agak membosankan. Sedih....

Nampak macam, takde lah lama sangat hidup atas dunia ni. Tapi bila dibandingkan average umur manusia sekarang ni, maka dah lebih separuh aku habis kan usia aku atas dunia ni. Alhamdulillah, banyak pengalaman hidup berat-berat dah aku lalui, dah aku hadapi. Semua menjadi pedoman aku untuk untuk meneruskan hidup.

Ye, aku bukan manusia yang baik, berjaya pun tidak. Tapi itu lah aku. Suka sedang-sedang sahaja. Kalau boleh, nak golek-golek sahaja di rumah dan tidur. Terima kasih tuhan, walaupun Kau hadapkan aku dengan dugaan, dan kau takdirkan aku tergelincir dan tersungkur dengan dosa. Tapi Kau juga hadirkan rasa sesal, bersalah dan rasa malu atas dosa-dosa itu. Dan Kau angkat semangat aku untuk aku jadi makhluk yang lebih baik, kalau tak banyak, sedikit.

Terima kasih juga tuhan, kerana Kau telah kurniakan rasa sayang pada insan-insan penting dalam hidup aku dan kau tetapkan rasa sayang itu, tidak berubah walaupun sedikit. Terima kasih juga kerana menghadirkan insan-insan tersebut ke dalam hidup aku, walid, umi, ibu, mak, abah, adik beradik, isteri, anak-anak, sedara mara, kawan-kawan dan lain-lain yang sentiasa duduk di sisi aku ketika aku tersenyum kegembiraan atau tersengih kesakitan.

Jadi, melangkah lah aku ke umur 39. Semoga dipermudahkan perjalanan hidup aku. Tiada apa yang aku impikan selain daripada untuk menikmati kehidupan ini dengan cara aku, santai dan relaks. Terima kasih semua atas kenangan yang telah kita cipta bersama, tak kira lah kenang manis , gembira, sedih, pedih dan sebagainya. Semuanya tetap berharga untuk aku kenang dan ambil ikhtibar.

Bye


Jumaat, 22 Mac 2019

TERINGAT

Being away from the one we love, selalunya akan membuatkan kita, atau, sekurang-kurangnya aku, mempunyai ruang untuk mengingatkan diri aku, betapa aku menyayangi mereka dan betapa aku tidak boleh hidup dengan normal tanpa kehadiran mereka. Ya, itulah yang dinamakan rindu.

Rindu kepada isteri, kepada anak-anak. Merupakan rindu yang sangat ikhlas. Hadir tanpa perlu diminta, menngalirkan air di mata, ataupun, menghadirkan mimpi dalam tidur.

Kakak Alyah, manja dan penyabar. Cinta mati pertama aku. Tak malu untuk memimpin tangan walidnya. Tak lekang setiap malam mencium tangan walidnya dan sentiasa menghulurkan dahi  dan pipi untuk walidnya kucup sebelum dia masuk tidur di biliknya. Ya, dugaan busuk dunia ini akan menunggu kakak, tak sabar untuk menderaikan harapan dan hati kakak. Tetapi walid akan sentiasa di sisi kakak, memimpin, mendukung, mengangkat kakak tatkala kakak tersadung dalam menuju impian kakak. Walid akan sentiasa menjadi jalan pulang jika kakak merasa sesat. Walid akan sentiasa menjadi penyelamat kakak.

Aysh budak bobot walid. Cinta mati terhomeh aku. Sangat rindu pada dia. Story teller dan penceria ketika hati sedang lara. Agak lain dari kakaknya, sentiasa menzahirkan rasa cintanya dia melalui pelukan, kucupan dan ucapan sayangnya. Sangat pandai mengambil hati walidnya. Pencair hati yang sangat pakar. Besarlah menjadi wanita anggun yang aku sentiasa bayangkan pada seorang wanita. Aku tau, dia akan membesar menjadi wanita yang berdikari. InsyaAllah, kejayaan akan bersama-sama Aysh dan juga kakak.

And my wife. Ramai lagi wanita yang lebih baik daripada dia. Yang lebih, putih, lebih tinggi, lebih slim dan macam-macam lebih lagi di luar sana. Tetapi, dialah sebaik wanita untuk menjadi isteri aku. Dialah susah dan payah aku. Dialah senang dan lenang aku. Dialah dunia aku. Dialah bebanan aku, dialah jugalah yang memudahkan aku. Dialah yang akan menarik aku ke neraka dan dia jugalah yang akan memapah aku ke syurga. Memang, dalam perkahwinan, rasa sayang ada turun naiknya, sama seperti iman, ada tinggi rendahnya. Tetapi, ianya tidak akan sesekali hilang. Ianya akan kekal sampai bila-bila.

Begitu lah...keterpencilan diri, membuat kita teringat dan berfikir. Betapa jalan cerita kita ini telah tersedia, lama sebelum kita melaluinya sekarang. Yang penting, hargailah insan-insan disepanjang perjalanan kita ini. Dan berbuat baiklah kepada mereka. Kerana kita juga akan menjadi sebahagian cerita dan jalan hidup mereka.

Sekian..bebelan kali ini.

Isnin, 7 Januari 2019

DUNIA KECIL

Sesungguhnya, tuhan itu bekerja dalam cara yang misteri. Bila mana dunia bagai tiada rasa lagi dan semuanya seperti satu tayangan video yang dipercepatkan tanpa sebarang erti, tuhan anugerahkan  dunia-dunia kecil untuk aku mencorak & aku dicorakkan nya. Inilah 2 dunia kecil aku. Di dalamnya terkandung segala kepayahan, keserabutan, kemarahan juga kegembiraan, kesenangan, kelegaan, kelapangan & sebagainya.

Tiada lain untuk mereka, selain dari doa, penat, lelah & usaha aku untuk mereka. Jadilah insan berjaya disepanjang perjalanan kamu menjadi dewasa. Tak perlu kenangkan aku bila aku telah tiada. Hanya cukup sekadar keredhaan di atas kekuranganku sebagai manusia yang membesarkan kamu, manusia yang kamu gelar Walid (Daddy, papi, papa & etc)..

Rabu, 2 Januari 2019

2019

Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Walaubagaimanpun bilik tidur aku gelap pekat dan tak nampak pun jejari jam tersebut. Tetapi aku yakin jam tersebut menunjukkan masa tersebut kerana jam di paparan samsung S8 aku ini menunjukkan masa yang sama dengan jam dinding tersebut. Hmmm.. inilah bahananya, jika minum kopi sebelum tidur.

Yeah..2019 telah hadir. Tapi, ianya bukanlah sesuatu yang besar bagi aku. Kalau boleh, ingin sahaja aku dapatkan tahun baru datang 2 tahun sekali. Maka dapatlah aku mengejar azam tahun- tahun sebelum ini yang belum dilunaskan.

Azam..Sangat rumit. Sangat memenatkan. Setelah aku sedar azam perlu diperbaharui setiap tahun, maka aku tidak berAzam lagi..Melawak sahaja. Tapi part berazam tu, adalah benar. 2017 merupakan tahun yang sangat teruk bagi aku sehingga aku rasakan, " what can be worst than this?" dan aku tak mengharapkan apa-apa pada 2018. Tapi Alhamdulillah, walaupun tanpa azam, 2018 menghadirkan sedikit cahaya dan harapan. Terima kasih Allah. Ye, ada juga jalan cerita yang tak berapa disukai orang berlaku dalam 2018. People make mistake. Aku adalah people, jadi aku make mistake. Itu la hidup, dipenuhi rencah dan rempahnya. Yang penting, aku belajar.

Pedih? Sedih? Bagi manusia yang telah melihat ibu sendiri melalui kesakitan akibat kanser, dan melihat dia masih lagi boleh tersenyum dan memberi tunjuk ajar subjek BI UPSR pada aku dan melihat dia pergi bertemu tuhan sebelum dapat result UPSR aku, aku dah lalui yang terperit sebelum ini, dan "it is ok". Hanya perlu masuk mode auto cruise dan life must goes on.

Jadi, azam 2019, ada? InsyaAllah ada. Azam aku ada 5 sahaja. Mungkin ada yan tersama dengan azam tahun lain. Tapi, ikut suka aku la. So, semoga diizinkan tuhan untuk aku :

1) Lebih banyak solat berjemaah samada di waktu kerja atau luar kerja

2) Berkebun sayur di tanah sepetak di belakang rumah

3) Buat bisness kecil kecilan

4) Turun berat ke 69 Kg

5) settle kan hutang yang tak perlu

So, itu la azam aku untuk 2019. Tak banyak pun. Yang lain, tak payah azam-azam bagai la kot. Macam mengada je. Buat je. Semoga dipermudahkan oleh Allah.