Selasa, 25 Ogos 2009

Alyah Yang Nakal


Semakin besar rupanya, semakin nakal si Alyah ni. Bukan nakal apa, keras kepala (macam Che Angah dia agaknya...huhu). Kalau kita cakap, buat dek aje. Kena tunjuk rotan baru nak dengar. Satu yang aku perasan kalau dengan aku dan wife aku, mesti nakal sangat. kalau dengan adik aku, menurut perintah je, tak tolak langsung apa yang adik aku cakap. adik aku selalu jugak ambil dia bawa balik rumah dia. Pergi shopping la, apa la. tak nakal langsung. Jalan pimpin tangan. kalau dengan aku pergi jalan, habis satu shopping mall aku kena kejar dia.

Tu la pasal, kalau nak keluar, kena pikir 2-3 kali. larat ke nak mengejar nanti. Tapi, itu la budak-budak. Walau macam mana pun kita ajar dia, kalau budak-budak tu, budak-budak juga lah. Tak kisah lah, baru lah ceria hidup ada diorang ni. Tahun depan lagi la pulak, ada team baru, dapat 2 sepupu baru. Lagi huru hara lah rumah Nenek...

Khamis, 20 Ogos 2009

Ulang Tahun Perkahwinan

19 ogos, merupakan tarikh keramat bagi aku. Dimana tarikh yang mengingatkan zaman ke-bujang-an aku tamat. Tiada lagi "kuda liar" wild stalion bak kata nik joe dalam diri aku. Tarikh tersebut merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan aku (dan tarikh road tax kerata aku mati). Tahun ni, dah 3 tahun aku mendirikan rumah tangga. Walaupun kadang-kadang bergegar dan bergoyang, ianya masih utuh. Yang mana kurang aku cuba baiki. lagi pun dah ada engineer alya masisarah sorang ni, makin utuh lah rumah tangga aku ni. tapi kadang-kadang, ada gak tsunaminya. Biasa la tu.

Aku dapat perfume, wife aku pun dapat perfume.Tapi 2-2 dia bayar...Diharap tahun depan, akan ada lagi 1 entry ulang tahun perkahwinan aku. Dan mungkin tahun satu lagi, dan tahun selepasnya, dan selepasnya dan selepasnya....

Isnin, 17 Ogos 2009

Kenangan Dengan Arwah Umi

Ntah kenapa, teringat pulak aku pada arwah umi aku. Mungkin sebab bulan puasa kot. Aku teringat macam mana umi aku mengajar aku adik beradik tentang kehidupan. Satu perkara yang pernah umi aku ajar adalah berkenaan mengambil hak orang lain tanpa kebenaran atau mencuri.

Masa aku umur 4-5 tahun dulu, aku jumpa duit 50 sen kat atas jalan masa balik dari kedai. Bila sampai di rumah, aku tunjukkan pada umi aku duit tu. Umi aku berfikir sejenak. Lepas tu baru la dia bercakap. Katanya, aku tak boleh ambil duit tu, orang lain punya. Sebagai budak-budak, aku tak dapat terima kata umi aku tu sebab nilai 50 sen begitu besar bagi budak 5 tahun. Tapi umi aku bagi contoh, cuba bayangkan duit tu,ayah pada budak yang sakit, duit tu nak beli ubat. Nanti macam mana dia nak beli ubat? Ikutkan logik, 50 sen nak beli ubat apanya. Lagi, kalau aku tak ambil duit tu, orang lain ambil. Tapi logik budak kecik lain. Bila ada perasaan kesian, diorang boleh terima. So, aku pun pergi ke tempat aku jumpa duit tu, aku pun letak balik syiling tu. Walaupun dalam hati rasa berat, tapi aku gembira sebab orang tu boleh beli ubat untuk anak dia?.

Kreatifkan? Ibu kita mengajar kita. Bukan dengan cara menakutkan seperti potong tangan dan sebagainya. Tapi dengan cara supaya kita sedar kesan perbuatan kita pada orang lain. Alhamdulillah, selain peristiwa aku curi duit rm 50 walid aku masa umur 6 tahun, aku tak pernah mencuri hingga sekarang (seingat aku la). Kecuali, curi tidur, curi tengok, curi masa, curi dengar...

Separuh Dari Kehidupan

Beberapa minggu ni, aku memang tak bermotivasi dalam bekerja. Semua kerja dah terlalu rutin hingga dah jadi sebahagian aktiviti bawah sedar otak aku dah. Dah macam bernafas, tak sedar pun benda tu berlaku, tapi ianya berlaku. Lagipun, kerja macam mana pun, jangan mimpi kpi 4.

Lupakan kerja, tahun depan, aku dah 30 tahun, mungkin separuh hayat aku telah dihabis. Tapi aku macam terpinga-pinga tentang tujuan hidup aku dan apa yang telah aku capai. Mungkin orang akan kata aku patut bersyukur sebab ada kerja tetap dan famili, tapi aku masih rasa...tak cukup. Ya kestabilan boleh menyebabkan kebosanan. Tapi aku kadang-kadang aku cemburu melihat rakan aku yang sedang mengecapi kejayaan dalam perkara yang mereka minati.

Aku pulak,tak tau la. Memikirkannya pun boleh menyebabkan aku bosan. Orang cakap, 30 adalah umur paling last kalau nak buat apa-apa perubahan. Lewat dari 30, aku akan lekat dengan apa yang aku buat sekarang untuk 25 tahun akan datang. Adoi...

Rabu, 12 Ogos 2009

My Day

Ha, apa H1N1? Takpe lah, nak tengok GI Joe (boleh ke cakap macam tu). Hari ni aku cuti tengok GI Joe. Saja ambil cuti dan pergi tengok tengah hari buta sensorang. Sebab selamat. Ada 4 orang aje yang tengok. 2 (couple) duduk kat bucu (buat wayang sendiri), sorang bucu sebelah sana. sorang kat depan (rabun kot sebab depan sekali), aku duduk tengah-tengah. kalau ada H1N1 pun, susah nak jangkit sebab duduk jauh-jauh.

Best ke, boleh la. Tak sebosan Transformer. habis cerita, pergi office jap. Sebab banyak sangat miscall. So check email. takut ada urgent ke apa. Pastu, ni nak balik dah.

Isnin, 10 Ogos 2009

Tak boleh tidur la pulak. Dah pukul 2 pagi ni. So layan blog. Baru baca blog kawan yang keje kat unit trust. Tak sangka dah besar, masing masing jadi orang yang lain daripada apa yang disangka.

Aku masa zaman sekolah dulu, bajet nak jadi pilot, alih alih jadi technical support. Tapi, tak kisah la, kurang kurang aku dah cuba. Tak pass 2nd test. Kalau tak, bawak kapal terbang la aku jawabnya. Tapi mungkin ada hikmah disebaliknya. Takut nanti kuar vcd aku yang terlampau pulak. Naya.

Dulu, zaman sekolah dulu, ada la seorang hamba Allah ni yang gangster ala-ala sarip dol. Dipinjamnya walkman aku sampai lunyai. Aku waktu tu macam nerd sikit. Biar kan aje la. Tapi silap la, time belajar dulu, 40 hari tak tinggal berjamaah. So apa yang aku cakap, jadi kat budak tu. Baru ni jumpa kat giant tanya aku ada kerja kosong tak. Aku ambil 2-3 saat menikmati saat tu. Tuhan maha adil. Bukan nak riak ke apa, cuma rasa macam puas. Tapi kesian juga. So aku cuba jugak bantu. Tapi tak dapat nak bantu sebab dia takde diploma atau degree.

Bila dah beso, masing dah jadi orang berguna. Tak sangka, zaman sekolah dulu nakal, dah jadi polis dan ustaz. Itu lah takdir dan rezeki. Betul la kata orang, sekolah ni, tempat berkumpulnya para bakal cendikiawan, usahawan, negarawan, ahli politik dan juga penjenayah. Cuma diorang je yang tak tau.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Cakap-cakap Politik

Well, it's time to talk politic. Cewah-cewah. Takde lah, saja buang masa bincang pasal isu yang semua orang tengah hot bincang ,masa sekarang, politik. Aku takde lah aktif politik pun. Alangkan KRT Taman aku pun aku join, ini kan pulak nak aktif politik. Tapi, walaupun aku tak aktif politik, tapi aku tetap ada fahaman politik. Terus terang aku cakap, aku pro kerajaan. tapi tak banyak, dalam 52-48. Tak payah lah aku cerita kenapa aku pro Gov. Cukup lah untuk aku aje yang tau. aku cuma nak ceritakan apa kesan politik pada aku.

Sebenarnya aku didedahkan pada politik seawal sebelum tadika lagi. Masa aku kecik, ada 2 hari je dalam 4 tahun yang orang akan datang ramai-ramai kumpul di rumah aku sampai pagi. Iaitu bila Piala Dunia dan pilihanraya. 2 hari ni aku dibenarkan tidur lambat sampai pagi. Tapi selalunya pukul 1 aku dah tidur. iyelah, umur 4-5 tahun, mana la larat nak stay sampai pagi. Walaupun aku masih kecik, aku excited tengok diorang. Walid aku bukan lah ketua pemuda ke apa.Tapi dia penggerak pemuda kat kampung aku. So orang akan kumpul kat rumah aku utk buat apa-apa aktiviti. Pilihan raya zaman aku kecik2 dulu best. Tak macam sekarang.Tak selamat. Gaduh la,baling botol la, demo la. Dulu, bila pilihan raya, macam pesta flora. Parti masing-masing nak buat hiasan daripada poster macam kereta berhias. Contohnya, parti pas buat model kapal terbang dari poster pas . Diorangg gantungg kat pokok pauh. Esok nya, orang umno pulak buat meriam guna poster umno letak kat bawah pokok tu. Muncung meriam hala ke kapal terbang tu. Best tengok ke kreatifan diorang. Menarik bagi aku yang masih budak kecik.

Malam2 kawan2 ayah aku bincang nak buat apa. Nak buat 1 model tu bukan senang. Nak kena cari buluh,buat rangka dia.pastu kena balut dgn poster pulak tu. Pastu, nak hantar ke lokasi bukan senang. Berat. Macam tu la keadaan pilhan raya dulu. Aman dan selamat. Tak seteruk sekarang. Ganas,carut sana sini dan sebagainya. Ntah la.

Aku ni kira nya, dlm politik, bukan jenis promoter. Bila pilihan raya, aku undi.pastu habis. Tapi walaupun aku tak promote, aku masih menilai. Dulu orang cakap, kerajaan kuasai media. Tapi bagi aku, zaman sekarang, info ada kat mana2. Internet ada. Dari situ aku menilai. Tapi bila aku menilai, untuk diri aku je. Bukan untuk aku jaja pada orang lain. Bagi aku politic is politic and it is dirty. Tak kisah la sape pun orang tu, sama je. Kita rakyat marhain ni, pergi undi je. jangan fanatik sangat. Musim ni undi parti ni, kalau tak ok, musim depan tukar undi parti lain. Kalau tak puas hati juga, buat undi rosak, hati puas,tapi diri sendiri la yang rugi

Khamis, 6 Ogos 2009

Tersepit Dan Penyepit

Susah lah nak di cakapkan. Sape-sape dilahirkan sebagai anak sulung mesti tau apa yang aku rasa sekarang. Sebelah kiri ada tanggung jawab pada bini, kanan ada tanggungjawab pada adik-adik. Sebelah atas pulak ada kekangan kemampuan kewangan. Bila nak bantu adik-adik, kena tengok bini, kena tengok mampu ke tak. Ahh!!pening lah aku. Segan pulak sebab asyik adik aku aje yang membantu sebelum ni. Yelah,memang lah dia berkemampuan lebih tapi tanggungjawab sape sebenarnya.Mana tanggungjawab aku sebagai abang. Pening. Best jadi abang ipar aku, kereta orang bagi, rumah sewa murah, bini dia pun orang tanggung sambung belajar. Nak bantu keluarga dia pun tak kisah, duit banyak. Lagipun, adik-adik dia (adik beradik wife aku) pun dah besar dan siap bantu duit belanja mak mertua aku. So dia takde lah terbeban sangat untuk bantu.

Takpelah, walau macam mana pun, aku kena bantu jugak adik-adik aku. Adalah cara tu. Sebenarnya, dalam TM ni, banyak side income. Cuma aku je yang tak explore. Tengok lah nanti.

Isnin, 3 Ogos 2009

Besday Alyah

Besday anak aku 13/7 hari tu. Lupa nak upload gambar. Ni dah teringat, upload ajelah.












Anak Aku Demam Lagi

Aduhai, Anak aku demam lagi. Baru je baik demam aritu, ni demam balik. Badan dia baru nak naik. nanti mesti kurus balik. Ikut gen sape tah. kalau ikut sebelah aku, setahun (stone...kata org kedah),adalah 2-3 kali je demam. Ini, 2 minggu sekali demam. Nasib baik TM tanggung medical. takde lah perit sangat. Hai...anak punya hal. Dia lah racun, dia lah penawar...