19 ogos, merupakan tarikh keramat bagi aku. Dimana tarikh yang mengingatkan zaman ke-bujang-an aku tamat. Tiada lagi "kuda liar" wild stalion bak kata nik joe dalam diri aku. Tarikh tersebut merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan aku (dan tarikh road tax kerata aku mati). Tahun ni, dah 3 tahun aku mendirikan rumah tangga. Walaupun kadang-kadang bergegar dan bergoyang, ianya masih utuh. Yang mana kurang aku cuba baiki. lagi pun dah ada engineer alya masisarah sorang ni, makin utuh lah rumah tangga aku ni. tapi kadang-kadang, ada gak tsunaminya. Biasa la tu.
Aku dapat perfume, wife aku pun dapat perfume.Tapi 2-2 dia bayar...Diharap tahun depan, akan ada lagi 1 entry ulang tahun perkahwinan aku. Dan mungkin tahun satu lagi, dan tahun selepasnya, dan selepasnya dan selepasnya....
2 ulasan:
selamat menyambut ulangtahun perkahwinan...semoga jodoh kalian sentiasa dalam lindungan-NYA...amin
eheh ...selamat ulang tahun ...
Catat Ulasan