Isnin, 17 Ogos 2009

Kenangan Dengan Arwah Umi

Ntah kenapa, teringat pulak aku pada arwah umi aku. Mungkin sebab bulan puasa kot. Aku teringat macam mana umi aku mengajar aku adik beradik tentang kehidupan. Satu perkara yang pernah umi aku ajar adalah berkenaan mengambil hak orang lain tanpa kebenaran atau mencuri.

Masa aku umur 4-5 tahun dulu, aku jumpa duit 50 sen kat atas jalan masa balik dari kedai. Bila sampai di rumah, aku tunjukkan pada umi aku duit tu. Umi aku berfikir sejenak. Lepas tu baru la dia bercakap. Katanya, aku tak boleh ambil duit tu, orang lain punya. Sebagai budak-budak, aku tak dapat terima kata umi aku tu sebab nilai 50 sen begitu besar bagi budak 5 tahun. Tapi umi aku bagi contoh, cuba bayangkan duit tu,ayah pada budak yang sakit, duit tu nak beli ubat. Nanti macam mana dia nak beli ubat? Ikutkan logik, 50 sen nak beli ubat apanya. Lagi, kalau aku tak ambil duit tu, orang lain ambil. Tapi logik budak kecik lain. Bila ada perasaan kesian, diorang boleh terima. So, aku pun pergi ke tempat aku jumpa duit tu, aku pun letak balik syiling tu. Walaupun dalam hati rasa berat, tapi aku gembira sebab orang tu boleh beli ubat untuk anak dia?.

Kreatifkan? Ibu kita mengajar kita. Bukan dengan cara menakutkan seperti potong tangan dan sebagainya. Tapi dengan cara supaya kita sedar kesan perbuatan kita pada orang lain. Alhamdulillah, selain peristiwa aku curi duit rm 50 walid aku masa umur 6 tahun, aku tak pernah mencuri hingga sekarang (seingat aku la). Kecuali, curi tidur, curi tengok, curi masa, curi dengar...

1 ulasan:

OnieMia berkata...

eemm sedih+kelakar...