Ahad, 2 Januari 2011

Nasihat Dari Kawan

Kebelakangan ini, company aku banyak la mengalami masalah kecurian kabel. Harga tembaga tengah naik, sekolah pun nak buka. Ganti kabel hari ni, esok lusa dah kena curi balik. Orang yang ganti kabel punya la menyirap. Customer toksah cakap la. Masalah ini membuatkan semua orang marah.

Tu la pasal, bila dapat tangkap orang yang ,mencuri tu, nasib la. mesti kena bedal dulu sebelum hantar balai. Bukan nya orang company aku pun, orang kampung yang bedal dulu, sebab sakit hati.

1 hari tu, aku borak la sambil makan goreng pisang dengan 1 hamba allah staf jugak (pukul 5:30pm lepas office hour). Aku pun cerita la pasal masalah ni dengan semangat nya. Dengan harapan dia akan bersetuju dengan cerita aku. Sekali dia cakap, salah kita jugak sebab tak tanam kabel tu. Aku pun balas, dah tanam dah, tapi kena kebas jugak. Lepas tu dia pun diam kejap. Lepas tu dia jawab, "tak boleh nak salah kan diorang jugak". Pergh, aku macam nak marah pulak. Tak sayang company ke apa dia ni. asyik nak membeta aku je.

Lepas tu dia sambung balik. "Kalau sampai kabel underground pun dikebas jugak, nampak sangat terdesaknya. Kadang-kadang kita tak tau apa kesulitan diorang, mungkin susu anak dah takde sesangat, anak nak sekolah dan sebagainya".lebih kurang gitu lah katanya.Aku cakap, macam mana lah nak berkat bendah yang diorang bagi makan anak bini kalau dari sumber macam tu. Dia jawab "kalau keadaan dah macam tu, dah tak pikir dah berkat ke tidak". "Kalau boleh, kita doakan mereka semua ni berubah, rezeki bertambah".Hmm, betul jugak, kalau dah ada rezeki tu, tak perlu lah nak curi kabel dah.

Malam tu aku tidur, terfikir pasal perbualan tu. Kadang - kadang, kita asyik doakan keburukan pada orang yang buat jahat pada kita. Tanpa kita sedari, keburukan itu tak akan dapat merubah apa-apa selain membawa kepada lebih banyak keburukan. Kita lupa, dengan peranan kebaikan. Biar lah madu dibalas tuba, kerana kadang-kadang tuba  itu boleh dibuat meracun ladang lebah kita yang dah naik lalang.

Salam...

Tiada ulasan: