Isnin, 31 Januari 2011

UMI Saya, Sharifah Al'yah

Time -time hujan macam ni, cuti pulak tu. Kepala pulak rileks, tak fikir pasal kerja. Teringat pulak aku zaman aku masih kanak - kanak umur 4 - 5 tahun dulu. Kalau ingat zaman kanak, mesti lah teringat kepada arwah umi aku. Makin tua ni, makin banyak kenangan yang dah terluput di fikiran. Yelah, dulu mana ada Video cam. Kamera ada, tapi jahanam dek kena pomen oleh aku dengan angah. So, sisa - sisa kenangan yang ada dalam kepala aku ni aje lah yang tinggal.

Dapur Tanah liat
Kalau dulu, time - time hujan macam ni, masalah utama adalah nak keringkan baju. Aku adik beradik 3 orang, 2 tak keluar lagi masa tu. baju banyak la jugak. Dah lah tu, lasak pulak. Pantang hujan je, mandi hujan. Aku ingat lagi arwah umi gunakan 1 kaedah kreatif untuk keringkan baju cepat. Dia gunakan arang yang tahan lama yang orang guna untuk camping tu, di bakarnya dalam dapur tanah liat macam gambar sebelah. pastu, letak kat dalam stor di mana semua baju di jemur dalam tu. Arang tu tak keluarkan asap yang banyak. So takde la baju berbau asap.
Kenangan dengan arwah umi masa banjir, aku tak ingat sangat. selain mandi banjir. Rumah aku kat kampung parit dalam. Bila musim banjir, air naik sampak 1 mata tangga je paling dalam. lama rumah semua banjir. Apalagi, main banjir la. Orang kampung pulak, macam pesta. Ada buat rakit la, bawak bot la. Rumah aku betul - betul depan sungai Parit. So, senang la nak tengok orang pesta.

Dapur minyak tanah
Bila teringat je arwah umi aku, mesti aku teringatkan keazaman dia. Arwah umi aku dulu, ada cancer yang tak aktif kat peha dia. Seingat aku, luka cancer dia memang dah wujud sejak aku kecik lagi kot. Tau -tau dah ada. Luka dia ada la sebesar tapak tangan. Luka tu memang tak baik - baik. Macam luka orang kena sakit kencing manis. Tiap tiap hari kena cuci. Tapi dengan keadaan macam tu, dia masih macam biasa. Dia buka gerai goreng pisang, buat jahit baju. layan kerenah aku adik beradik yang amat nakal. Buat kek.Dia macam tak sakit pun. Dia kreatif. Suka cuba benda baru. Contohnya, jahit baru. Dia buat design baru. Adik - adik aku jadi tempat exeperiment untuk fesyen ciptaan dia. Ada yang cantik, ada yang tak berapa menjadi. Macam beg nak isi bekas air pun, dia buat sendiri.

Pagi - pagi, sebelum pergi sekolah, dia buatkan bekal. Zaman, dulu, kalau dapat bekal daging burger, kira the best in the world lah tu. Pakai dapur minyak tanah je. Aku suka tengok dapur minyak tanah, nanti, balang minyak tanah tu akan keluar bubble bila orang tengah masak.

Bagi aku, Arwah Umi aku adalah wanita tercantik pernah aku ingat. Putih, tinggi.slim, Rambut ikal mayang.Baik budi pekerti. Penyabar. Mungkin ciri - ciri dia menurun kepada anak - anak perempuan dia. Orang ni dapat sikit, orang tu dapat sikit. Aku, tak tau la menurun belah mana. Aku amat respect dengan kecekalan hati dia. Dia nak yang terbaik untuk anak anak dia. Satu peristiwa yang aku masih ingat, masa tu aku ponteng sekolah sebab yang aku tak ingat. Arwah Umi suruh tulis surat mohon cuti ke sekolah. Dia suruh tulis dalam bahasa inggeris. Bayangkan, aku dari sekolah luar bandar (Sek. Keb Seri Terentang), tulis surat minta cuti dalam bahasa inggeris. Masa tu aku darjah 2 agaknya. Aku pun tulislah, dia yang bagi ayat.

Dan last sekali, soalan yang paling aku tak boleh lupa yang arwah pernah tanya aku. Masa tu aku tengah ambil UPSR. Arwah dah makin tenat dah. Kanser dia makin kronik. Tapi dalam sakit - sakit dia, dia boleh ajar aku. Zaman dulu mana ada kelas tambahan ke apa. Dia lah yang paksa aku suruh baca buku. Lepas habis UPSR, dia makin kronik. Dan ada 1 hari tu, dia tanya aku, "Abang nanti kalau abang dapat 4 A, abang nak ambik hadiah atas pentas, kalau umi datang sekolah, abang malu tak?". masa tu kaki umi aku dah kena potong sebelah sebab kanser tu. Dia pakai kerusi roda. aku tak ingat aku jawab apa. Tapi tu lah, lepas umi aku meninggal, baru aku dapat result UPSR, dapat 4 A. Ada 3 orang je yang dapat 4 A, aku salah seorang darinya. Aku terkilan sangat sebab arwah tak dapat tau result UPSR aku...

Al- Fatihah untuk Arwah Umi saya

Tiada ulasan: