Jumaat lepas, company aku cuti ganti hari HOL. Hari Hol tu apa? Google sendiri. Kesempatan tersebut aku ambil untuk pergi menonton movie Thor yang digembar gemburkan Best oF War of the world, kiranya best gila la. Lepas sembahyang zohor kat rumah (aku tertidur lepas bangun pagi tu sampai pukul 1:50pm, terlepas sembahyang jumaat), akuu pun bergegas ke Kompleks Teruntum Big Cinema nak tengok show pukul 2:30PM. Sesampainya di sana, aku pergi kaunter. Sekali awek kaunter tu cakap, show cancel sebab takde orang. What the heck, aku berkata dalam hati. Ada pulak macam tu. Kalau aku tak tengok sebelum pukul 3pm ni, memang tak dapat tengok lah sebab pukul dah nak ambik wife aku balik kerja (dia tak cuti).
Aku pun bergegas ke GSC Berjaya Megamall Kuantan. Nasib baik ada show pukul 2:50 PM. Aku pun dengan menonongnya pergi bayar tiket dan masuk panggung. So start le tengok.
Movie start dengan Si thor ni jatuh dari langit dan dilanggar pakar kaji cuaca Natalie Portman. Pastu terus disambungkan ke cerita flash back Si Thor. Cerita nya, ada 2 orang Putera, 1 hero tapi agak berlagak dan 1 bukan hero. Hero ni iaitu si thor kena sumpah dengan bapaknya jadi orang biasa dan jatuh ke bumi sampai dia berubah...Dari situ aku dah dapat agak jalan cerita dia. Dan semua jalan cerita dia memang seperti dugaan aku. Jadi, aku tersangap-sangap lah sampai habis cerita sebab kebosanan. Last nya, mesti lah hero menang...
Jadi kesimpulan aku, Visual effect dia memang superb (Hollywood kan!), tapi jalan cerita dia, walaupun tak fail, tapi terlalu lah biasa. Dari 10 bintang, aku bagi 5. kalau nak dibandingkan The Dark knight dan Inception, jalan cerita The Thor umpama tengok cerita Mickey Mouse Clubh
Ramai orang cakap cerita ni sedap, tapi bagi aku biasa aje. Maknanya, aku akan tengok sekali aje la. BD mungkin tak beli...wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan