When good, bad, lust, intellect,conscious, logic and intuition collide in one mind,then conflict will take place.
Jumaat, 20 Mei 2011
Old Home Sweat Home - Rumah Lama Aku Manis
Sekali sekala pergi rumah adik aku (yang duduk kat rumah lama keluarga aku), terkenang kenangan lama zaman kecik -kecik dulu. Tak sangka, rupanya, rumah ni takde la sebesar mana pun. 2 bilik je. Tapi masa kecik - kecik dulu, rasa besar sangat dah. Untuk makluman, rumah ni adalah rumah kedua keluarga aku. Rumah pertama dulu, dekat Kampung Parit Lama (Parit Engku Dato), pekan. (macam la tau kat mana)
Kat beranda/anjung depan tu la arwah umi aku duduk duduk masa dia dah tak boleh jalan. Best tu, berangin je. Aritu, musim panas pun, duduk kat situ, berangin je. Sebelah kiri tangga kayu tu, port parking basikal lee run aku. Kat belebas beranda tu, tempat aku berlatih bergayut.
Masa dulu, rumah ni cantik. Ada pokok bunga dan kayu rumah pun baru lagi. Tapi bila lama dah tak duduk dan disewakan pada orang, dah tak terjaga dah. Sekarang adik aku duduk, ok sikit.
Ok lah..takat ni aje la.Untung aku, ada lagi rumah zaman kecik kecik untuk mengikat kenangan lama.Dan generasi 2 pun sempat lagi merasa duduk rumah tu...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan