Isnin, 6 Jun 2011

Pembiayaan Semula Rumah - Refinance House

Tahun ni, 2011 merupakan tahun ke-6 aku menduduki rumah sekarang. Alhamdulillah, murah rezeki, dapat duduk rumah sendiri. Bila masuk tahun ke - 6 ni, biasanya orang akan tengok semula loan rumah. Biasanya mereka akan buat refinance, atau pengurangan interest.

Aku pulak, rasanya macam nak tukar loan. Loan sekarang adalah loan conventional. Nak ambil loan islamik. Loan sekarang under AmBank. Dalam Ambank, aku tengok, ada pakej Islamik. So, bermula la penjelajahan nak refinance rumah aku.

Perkara yang perlu disediakan awal-awal
  1. Salinan Geran rumah. Biasanya kena minta dengan bank sekarang
  2. Salinan Kad pengenalan
  3. Borang J
  4. Slip gaji selama 3 bulan.
  5. Penyataan akaun
Bank Islam
Bank Islam merupakan pilihan utama aku. Bukan sebab bank ni bagus sangat ke apa. Cuma sebab Loan kereta dan gaji aku masuk ikut Bank Islam. So, bila nak bayar nanti, senang sikit, sekaligus. Ok, CUstomer service dia ok. Takde ciri-ciri kesombongan ke apa. Penerangan diberi pun agak lengkap dan tepat. Apa yang bank Islam Offer seperti di bawah:
  1. Rate 4.7 % (BFR-2.3) NI tak sure khas untuk company aku atau pun tak
  2. Bank cover untuk lawyer fee sahaja. Insurance Pelanggan bayar sendiri (Boleh masuk dlm loan)
  3. Kalau loan atas baki loan sekarang sahaja, dapat kurang RM10 je dari installment sekarang (1.6%). Kalau markup loan ikut harga market value, dapat cash dalam RM 7K dan installement RM 670.
  4. Loan 90%.Pelanggan Bayar Insuran je.
AmBank
Merupakan bank asal loan rumah aku. Customer service agak kurang. Sebab chinese, kurang lancar berbahasa melayu dan inggeris. Aku kena minta dia ulang 2-3 kali baru clear. Tapi tak menarik sebab refinance hanya boleh 80% sahaja. Aku siap kena tambah duit lagi. Aku dah maklumkan, bank lain, pakej dia lebih menarik. Maksud aku tu, kalau offer dia tak menarik, aku cari bank lain. Tapi, dia macam tak kisah je. So, reject lah bank ni.

RHB
Aku tak pergi bank lagi, just call sahaja. Dimaklumkan, bank dia boleh offer BLR-1.8 iaitu 4.8%. Boleh refinance 90% sahaja. Agak kurang dari Bank Islam. Hari khamis baru set appointment dengan exec bank tersebut.

So setakat ini, ini aje bank yang aku dah survey, kena cari bank lain pulak. Ada 1 lagi optain yang aku rasa terbai, tapi tak tau boleh lepas ke tak. Tapi nanti sambung lagi. Sape - sape ada cadangan boleh bagitau, boleh aku meng"attack" bank tersebut.

tq

Update 19 june 2011
Nampaknya terpaksa hold dulu perancangan refinance loan rumah atas 2 sebab:
1)Rumah tak cukup 5 tahun lagi. Huju tahun ni baru cukup. So, malas nak bayar penalty 5%.
2)Kadar keuntungan a.k.a. interest yang tinggi. Bayangkan, dengan kadar 4.7%, untuk tenpoh 30 tahun, refinance RM1117k, installment RM600. Kurang RM10 dari current loan yang berbaki 25 tahun. Macam rugi la pulak.

Tiada ulasan: