Jumaat, 30 Januari 2009

Majlis Tahlil Kat Rumah ArwahTokmi dan Tok Walid

Isnin lepas 26/1/2009,satu majlis tahlil diadakan kat rumah Tokmi dan Tok walid aku di Pekan.Majlis diadakan sempena mengingati mereka yang telah pergi. Kalau sebelah walid aku, dua-dua tok dah takde.Jemput saudara terdekat je. Anak-anak tokmi dan tok walid serta cucu-cicit aje.

Selain mengingati mereka yang telah pergi,majlis-majlis macam juga digunakan untuk mengumpul sanak-saudara bagi mengeratkan silaturahim. Boleh lah tengok keletah anak-anak saudara dan sepupu. Tapi yang paling keletah,anak aku la.Gambar yang kat atas tu, anak aku(baju pink) sebenarnya pangkat anak sedara, yang lain semua ayah dan mak saudara dia. Kelakar la pulak bila difikirkan.
Sabtu ni,31/1/2009, walid dan ibu aku akan mengerjakan umrah bersama adik dan adik ipar aku.Semoga perjalanan mereka selamat sampai dan balik.

itu aje...

Rabu, 28 Januari 2009

A Happy Cute Family

Syukur pada tuhan dianugerahkan dua orang insan yang paling cute dalam hidup aku.

Selasa, 20 Januari 2009

Sakuragi Hanamichi-Slam Dunk


Teringat masa zaman sekolah dulu. Bagi kumpulan pemain basketball Sekolah Menengah Sains Selangor yang hampeh termasuk ahlinya iaitu aku. Betapa hampeh nya team aku, kalau lawan Team Sekolah Seri Puteri pun boleh kalah agaknya.Tapi, walaupun team kami tak kuat, tapi-masing-masing happy bila main. Semua nak jadi Sakuragi, Mitsui, Rokawa,Akagi dan Miyagi. Semua nak jadi team Shohoku High School Basketball Team.
Siapa Sakuragi?Seorang student tahun 1 yang masuk pasukan bola keranjang kerana nak mengorat adik ketua pasukan iaitu Akagi.Tapi lama kelamaan,suka pada permainan tersebut. Saiz badan yang besar memang sesuai untuk permainan ni,tapi takde skill asas langsung menyebabkan lambat untuk untuk jadi handal. Selalu gaduh dengan team mate yang terer tapi, pendiam dan misteri iaitu rokawa.
Syok gila main basketball ni. Aku pernah try main ragbi,hoki,kriket dan bola tampar, basketball paling best. Tapi yang tak tahan, stamina kena tinggi. Aku pulak, stamina beteri Eveready aaa je. Main kejap, lepak.
Eh itu aje lah...!


"LIFE"-BEBELAN BAHASA INGGERIS AKU


It has been 12 years, but i still remember a petua from a someone a bit special to me, about buying a teddy bear. She said, try to pull the fur of the teddy bear that u're going to buy just a little bit, and see how much it come off from the body.Kalau banyak, it means, teddy bear tu tak bagus. Kalau sikit, ok boleh beli. Everything was so meaningful when you were in luv for the 1st time, even the meaningless one.
That is one of a few thing u learn when u fall in luv. But there are much more u learn when you broke off.Like, oil and water don't mix, study n luv is a suicide match (for me atleast) and also men do cry.

And then you fall in luv for the 2nd,3rd,4th time and so on.The more you fall in love,the less you remember about it.It is like having breakfast, u forget about what u ate last week.

And then come the last one which is as special as the 1st one. God give us some instinct, so we could feel some vibration or see some sign that tell us she/he is the right one. She/he is different from the others. And you'll bet your whole life (and plus duit kenduri, belanja hantaran and also your bachelor title) to be with her/he.

Then, the learning circle start again as soon as the akad dilafazkan. Life become so exciting once again...

Selasa, 13 Januari 2009

Aku kecewa

Kecewa betul aku hari ni. Terus down rasanya. Takde mood nak buat kerja. Ini pasal kerja la. Bayangkan, ko dah buat yang terbaik dalam kerja ko. Membantu dan sebagainya, always talk nice to the vendor. Doing many works that not actually in your job scope because thinking it as supporting your friend who is the one who manage the vendor from central. Tapi tiba-tiba je kawan ko cakap ko banyak komplen, dapat aduan dari vendor bahawa ko garang dan sebagainya.

Bayangkan lah, betapa kecewanya aku. Jatuh semangat aku. Perasaannya macam kena khianat dengan gefren pun ada. Rupanya kawan aku ni lagi percaya vendor dari aku...

Lantak la. from now and on, memang aku tak berapa berminat lah untuk membantu kawan aku ni. Tengok lah macam mana. Vendor plak...lu pikir la sendiri...!!

Kenapa Aku Benci Israel

Kenapa aku benci negara israel dan rakyatnya? Adakah kerana agamanya iaitu yahudi? Adakah kerana benderanya? Adakah kerana aku semamangnya benci Israel sejak dari aku lahir lagi? Kenapa...
Aku benci Israel adalah kerana apa yang telah dibuat oleh mereka kepada rakyat Palestin, tak kira agama apa sekali pun. Aku benci mereka kerana pembunuhan yang dilakukan, penganiayaan, kekejaman dan sebagainya. Dimana batas antara manusia dan iblis telah hilang dipadam rasa bangga diri yang teramat sangat.

Apakah tuhan dalam agama mereka tidak mempedulikan manusia lain. Adakah pembunuhan beramai-ramai dan pengambilan hak orang lain digalakan oleh tuhan mereka? Jika itu adalah jawapannya, begitu rendah martabat agama mereka.
Menurut sejarah, Yahudi dianiaya oleh rakyat Eropah dimana penghapusan agama dilakukan pada mereka. Tetapi, kenapa rakyat Palestin yang menanggung pembalasan dendam mereka. Kenapa tidak rakyat Eropah, atau Amerika.

Betullah pesan nabi junjungan kita dimana pada akhir zaman nanti, kaum Yahudi akan dikalahkan dan seluruh makhluk amat membenci mereka atas kekejaman dilakukan oleh mereka. Sehinggakan, bila seorang Yahudi menyorok disebalik batu, lari dari umat Islam, batu tersebut akan berkata-kata memberitahu bahawa terdapat seorang Yahud dibelakang mereka yang sedang menyorok.

Kenapa aku bencikan Israel...

Selasa, 6 Januari 2009

Tom Yam Nik Joe

Musim-musim hujan ni, membuatkan perut aku asyik lapar je. Walaubagaimanapun, perasaan ini terpaksa aku pendamkan memandangkan saiz perut aku yang semakin maju.
Cakap pasal makan,teringat aku kat kawan lama aku kat UTM nama Nik johari a.k.a nikjoe. Teori aku orang siam pandai masak mungkin ada betulnya sebab dia ni memang pandai masak terutamanya tom yam la. Kiranya,batch aku,dia boleh dikatogerikan sebagai iron chef la. Dengan rice cooker pusaka dan rencah tom yam custom made, dan juga kicap sotong nya,memang sedap gila.
Aku tak tau la apa rahsia dia. Aku cuba juga masak pakai resepi macam dia pakai, tak berapa nak jadi jugak. Ada la tu rahsia dia. Bertuah bini dia.
Apa pun,tq joe sebab air tangan ko la aku boleh makan tom yam zaman study dulu. Selamat pengantin baru...