Selasa, 20 Januari 2009

Sakuragi Hanamichi-Slam Dunk


Teringat masa zaman sekolah dulu. Bagi kumpulan pemain basketball Sekolah Menengah Sains Selangor yang hampeh termasuk ahlinya iaitu aku. Betapa hampeh nya team aku, kalau lawan Team Sekolah Seri Puteri pun boleh kalah agaknya.Tapi, walaupun team kami tak kuat, tapi-masing-masing happy bila main. Semua nak jadi Sakuragi, Mitsui, Rokawa,Akagi dan Miyagi. Semua nak jadi team Shohoku High School Basketball Team.
Siapa Sakuragi?Seorang student tahun 1 yang masuk pasukan bola keranjang kerana nak mengorat adik ketua pasukan iaitu Akagi.Tapi lama kelamaan,suka pada permainan tersebut. Saiz badan yang besar memang sesuai untuk permainan ni,tapi takde skill asas langsung menyebabkan lambat untuk untuk jadi handal. Selalu gaduh dengan team mate yang terer tapi, pendiam dan misteri iaitu rokawa.
Syok gila main basketball ni. Aku pernah try main ragbi,hoki,kriket dan bola tampar, basketball paling best. Tapi yang tak tahan, stamina kena tinggi. Aku pulak, stamina beteri Eveready aaa je. Main kejap, lepak.
Eh itu aje lah...!


Tiada ulasan: