Rabu, 10 Ogos 2011

10 Perkara Perit Tentang Kehidupan di Sekolah Berasrama Penuh

ahlamian.blogspot.com
Ya, kali kita bersantai-santai sikit. Aku teringat kenangan semasa di Sekolah menengah dulu. Ya, aku bersekolah di asrama penuh.Orang putih cakap boarding school. Apa yang boarding nya tah aku pun tak tau.  Aku bangga jadi warga pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor. Sekolah tu lah mengajar aku menjadi insan yang berguna.

Bila sekolah berasrama penuh, mesti lah ada pengalaman peritkan. Ofkos...Tapi pengalaman perit itu bukan lah sesuatu yang aku serik. Tapi ianya perkara biasa, rempah ratus dalam perjalanan untuk menjadi manusia. So, aku persembahkan, 10 senarai perkara perit tinggal di asrama penuh.

10) Kurang kasih sayang dari Ibu bapa...Cewah. Walaubagaimanapun, dapat di cover dengan kasih sayang para warden, guru dan...sudah tentu makwe yang disayangi (kalau ada la)

9) Kurang masa tidur. Biasanya, masa tutup lampu adalah pukul 10.00 malam. Kecuali, masa last day sebelum cuti balik kampung. Tapi jangan harap lah, para bakal ustaz, engineer dan pelesit ini akan tidur pukul 10 jugak. Ada sekali tu, umur dah 16 tahun.Boleh nya diajak main lastik-lastik sampai pukul 2 pagi. Dalam kelas mula mengantuk. Kena penamapar dengan cikgu Tahar...

8) Pilihan makanan yang ...takde pilihan. Makan free, disediakan oleh sekolah di dewan makan. 1 hari 6 kali makan (banyak seh! Terima kasih pembayar cukai malaysia)

  • Sarapan pagi pukul 7am -biasanya mee atau nasi goreng.
  • Makan rehat pukul 10 am - biasanya roti krim dengan susu segar (entah ye segar ke tak).
  • makan tengah hari 1:30 pm - nasik lauk
  • petang pukul 4:30 pm - biskut meri dan air teh o
  • malam pukul 7:30 - nasik lauk
  • supper pukul 10:30 pm -  roti dan air teh o. 
Biasanya, semua juadah tengah hari dan malam adalah berkaitan dengan ikan jaket. Tapi ada fevret menu. Iaitu menu hari Isnin - ayam masak kicap, rabu - nasi ayam dan jumaat - ayam masak merah. Kalau nak menu berbayar, makan kat kantin, tapi takde pilihan jugak. Yang ada nasik lemak yang tak lemak dan sambal kosong ikan bilis ciput. Nak lagi special...cari megi kat setinggan.

7) Mandi. Sekolah aku kat KL. Air selalu kurang. Mandi mesti mau beratur. Tak kira mandi pagi nak pergi sekolah atau mandi petang lepas sukan, mesti jam. Nak selesa, bangun awal atau balik awal dari sukan. Ataupun, tak payah mandi. Lebih memeritkan lagi, para warden pulak siap sedia dengan rotan tunggu sape mandi lambat. Time-time mandi macam ni, penuh dengan aksi 18sx. Mandi ala kadar, sebab air yang keluar dari paip pun ala kadar aje. Nak tunggu penuh satu gayung, mau tunggu seminit.

6) Ketuanan senior aka ragging. Perit tapi diperlukan. Sebagai bekas junior, sepanjang form 1 dan form 2, memang lah kena  ragging sentiasa. Tiap-tiap malam, ada aje perhimpunan (assembly diorang panggil) yang diadakan di tingkat 3 blok pelajar junior. Dihadiri ketua setiap dorm iaitu pelajar form 4, kat situ la segala perkara dibincangkan. Nak kata ragging tak jugak. Sebab benda yang dibincangkan tu memang la patut. Tapi hukuman yang diberikan tu yang ala-ala ragging. Contohnya, ada sekali tu, senior ni siasat satu kes tak flush toilet. Semua tak ngaku. Dah semua kena buat "superbike" (berdiri kekuda sambil tangan lurus ke depan) selama 2 jam. Dari pukul 12:00 sampai 2 pagi. Lastnya, ngaku pun. Tapi aktiviti perhimpunan malam ni slow sikit selepas berlaku kes rasukan...jeng,jeng,jeng...

5) Tadi cerita perit nak mandi. Toilet pun perit jugak. 1 floor, ada 10 toilet, biasanya ada 2 - 3 toilet je boleh pakai...Ishh...malas lah nak cerita.

4) Iron baju sekolah. Ini pun perit jugak. Dalam 1 sekolah tu, ada berapa la sangat iron. 3-4 bijik aje kot. Nak tunggu turn, jenuh. Terpaksa la guna teknik P.Ramli, letak baju bawah tilam. Menjadi la sikit-sikit.

3) Hiburan terhad. Ada 400-500 pelajar lelaki. Ada 1 TV. Zaman -zaman dulu, tv series yang menjadi pujaan ramai adalah "Silk Stalkings"Hahaha. Balik prep malam, penuh bilik tv dari imam surau ke ketua pengawas. Walkman takde, mahal. Pak-pak lawak memang menjadi sumber hiburan utama. Lepas tu komik.
tvrage.com
2) Warden...ada macam -macam jenis warden. The bad, the good and the ugly. Yang perit adalah yang jenis gedebe aka garang. aku yang boleh dikatakan baik ni pun kena libas jugak dengan rotan. Tapi kadang-kadang, warden ni seronok jugak. Boleh main nyorok-nyorok (terutamanya time ponteng prep malam), main kejar-kejar dan tampar menampar (biasanya student la yang kena tampar). Kalau duduk asrama , tak lengkap kalau takde watak warden garang tahap Dewata ni.

1) Yang last sekali dan yang paling perit adalah saat meninggalkan asrama, kawan dan kehidupan di asrama penuh. Aku 5 tahun duduk asrama, kawan- kawan dah macam adik beradik dah. Dalam 5 tahun tu, berapa bulan aje duduk rumahnya. Makan bersama, main bersama. Kena marah sama-sama. Dan yang paling penting, di asrama la aku kenal agama ( usrah petang-petang) dan kehidupan. Perit jugak masa last day kat asrama. Jauh dalam hati aku sekarang, masih ada perasaan untuk kembali ke zaman tersebut. Dimana semuanya santai belaka. Bagai Kehidupan versi trial.....

Salam

2 ulasan:

AZZ berkata...

Sama sekolah..saya SPM 98

AZZ berkata...

Sama sekolah saya SPM 98