Sabtu, 27 Ogos 2011

Uniknya Melayu

Wah! rasisnya tajuk.Hahaha.Macam politik pun ada. Takde la, tak rasis pun. Perkasa pun tidak. Setiap orang, fitrah dia menyangi asal-usul mereka, bangsa mereka. Aku pun sama. Rasulullah pun sama. Tak salah nak sayang bangsa sendiri selagi tak berlaku zalim pada bangsa lain.

Bukan apa, sementara tunggu subuh, tengok tv Al-Hijrah. Bagus rancangannya, unik. Banyak rancangan yang Out of the box, kata orang putih. Antaranya, rancangan ala BangBangBom versi islamik dari Arab. Terjah simangsa dan kemudian bagi tazkirah pasal Rasulullah S.A.W.

Dalam aku asyik aku tengok tu, aku ter "pause" kejap bila pengacara tu tanya salah seorang mangsa. "Awak kristian atau muslim?" tanya pengacara tu dalam bahasa arab. Aku memang tau, orang arab ada yang kristian dan ada yang islam. Cuma aku tak sangka sampai begitu susah nak kenal yang mana islam dan yang mana bukan islam sehingga terpaksa bertanya macam tu.

So dari situ, terwujudlah title di atas. Uniknya bangsa Melayu. Kita sebut, India musli, Cina muslim, arab muslim dan berbagai-bagai lagi bangsa lain. Tapi, kalau melayu, tak pernah dengar frasa Melayu Muslim. Syukur pada Allah. Semua orang tau, sebut sahaja melayu, maka Islam lah agamanya. .Cuba, bila jumpa pakcik-pakcik atau makcik-makcik, tanya apa agama mereka. Kalau tak kena penampor, tak tau lah aku. Ditambah, dalam perlembagaan lagi (untuk melayu di Malaysia) bahawa, Jika sesorang itu, menggunakan bahasa melayu, cara hidup bangsa melayu, agamanya Islam maka Melayu lah dia. Kalau Dr Riduan Tee nak tukar bangsa dia kepada Melayu, memang boleh sangat dah. Tapi Of Couse lah dia sayang bangsa dia, susur galur dia. Tak mengapa.

Uniknya melayu, kedatangan Islam semasa Zaman Pemerintahan Melayu Melaka, disambut dengan hati terbuka. Tiada peperangan, tiada pertumpahan darah. Padahal, dulu asalnya, Melayu beragama Hindu atau Buddha. Dan selepas penjajahan, British, Jepun dan Belanda selama beratus tahun, Melayu tetap Islam.
Padahal, islam itu lebih awal sampai di sebelah benua Afrika dan Eropah. Tapi kebanyakan dari mereka yang asalnya Islam, telah beryukar agama setelah ditindas, dijajah dan sebagainya. Tapi kita, tidak. Cuba bayangkan, pahala pemerintah zaman Melaka dulu, dengan izin allah dan keterbukaan mereka menerima Islam, maka, kita semua orang Melayu beragama Islam. Setiap amalan kita, mesti ada percent untuk mereka. Sebab tu pemimpin a.k.a pemerintah ni, berat tanggungjawabnya. Boleh membawa ke syurga atau ke nereka oleh sebabnya.

Aku pernah dengar hadis Rasulullah berkenaan kebangkitan Islam dari Timur. Hadisnya seperti di bawah.


Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda :
Akan keluar dari sulbi ini pemuda yag memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencariPemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”. (dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)

Dari Tsauban R.A, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka kepingan kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak diatas salju. (dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Al hafiz Abu Nuaim) (dari kitab Al Hawi lil fatawa oleh Imam Sayuti)

Para sahabat Rasulullah ni, jika Rasulullah keluarkan statement, maka benarlah ia tanpa sebarang keraguan. Hadis Rasulullah dijadikan pegangan oleh mereka. Jadi, untuk Islam itu bangkit dari timur, orang timur mestilah terlebih dulu beragama Islam. Tapi Rasulullah tak cakap, Timur tu di mana. Tanpa memikirkan perkara tersebut, mereka terus berusaha berdakwah ke arah timur sehinggalah sampai kepulauan Melayu. Aku tak mengatakan bahawa, bangsa melayu lah yang diceritakan oleh Rasulullah itu. Tapi tak salah kalau kita menimpikannya dan jadikan Hadis tersebut sebagai pendorong untuk menjadikan aku, bangsa aku Umat Muhammad yang lebih baik.

Kebelakangan ini, orang selalu cakap, melayu sekarang, tinggal pada nama je. Dah tu, ramai pula yang murtad dan sebagainya. Jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri. Iman itu bukan diwarisi. Tetapi, sebab jasa tok nenek kita, Islam itu dipermudahkan untuk kita amalkan. Yang tinggal untuk kita, hanyalah menyuburkannya.

Akhir sekali, aku sayang Agama aku, Aku sayang Nabi aku, aku sayang bangsa aku dan aku sayang negara aku...wassalam

p/s: Eh! bukan ke aku keturunan bangsa arab ke...hohoho.

Tiada ulasan: