Jumaat, 24 Jun 2011

Apa Ke Gila Nya...Kereta Harga Rumah

Tengok la kereta Audi A1 kat atas ni. Harga RM 180k. Tak ke tak boleh masuk dek akal a.k.a gila.Dah le takde leather seat, kecik pulak tu. Harga, lagi mahal dari harga rumah aku. Rumah aku, kurang-kurang pun, ada bilik air. Boleh mandi kalau busuk. Katil pun ada. Ni, ada seat 2+1+1 je. 2 depan 1 panjang kat belakang. TV pun takde.

Apasal lah mahal sangat (sebenarnya tau, tapi buat-buat tak tau). Aku rasa la, kalau rumah aku, aku letak tayar 4 bijik, letak plat no sekali, mungkin boleh markup harga. Letak badge Audi, mau naik jadi RM 180k jugak...

Nanti ada pulak kes rumah eksiden sebab terbabas :)

Tiada ulasan: