Isnin, 27 Jun 2011

Yang sedikit, Yang Susah, Lebih Dihargai

Malam tadi, aku tak berapa boleh nak tidur. Penangan Nescafe yang diminum sebelum nak tidur. Mata pejam, otak ligat berfikir. Dalam berfikir tu, terfikir aku. Pasal hidup. Sejak kebelakangan ni, betapa kurang bermakna hari-hari yang telah berlalu. Untuk membuktikannya, aku cuba fikir apa yang aku lakukan malam minggu lepas. Jawapannya tak berapa ingat.

Kenapa jadi macam tu? Aku pun teringat, kenangan-kenangan zaman aku kecik-kecik dulu. Walaupun dah berpuluh tahun (Huh, tuanya aku), masih jelas lagi kat kepala aku. So, kenapa boleh ingat.

Aku rasa, mungkin sebab dulu, semuanya susah, sikit dan perit. Dulu, rumahnya dua bilik sahaja, letriknya malam sahaja. TVnya RTM saja. Lauknya, biasanya ikan saja. Sayurnya, betik muda masak air sahaja.Roti mentega, dihujung minggu saja. Ke sekolah, 4kilometer, jalan kaki saja. Beg sekolah, jenama US Army saja.

Semuanya tak kurang, cukup-cukup je. Dalam serba sederhana itu, membuatkan aku dan adik beradik lebih menghargai apa yang ada. Dan kalau dapat lebih (macam pergi beli baju raya, main mercun, dan sebagainya), ingatan itu lebih terpahat ke dalam kepala dan kekal sampai ke tua.

Sekarang, yang penting bukan ingatan aku. Aku tak penting sangat, Masa aku dah pun berlalu.lagipun, aku dah ada kenangan indah aku.Yang penting adalah, ingatan anak aku. Semoga hari-hari yang dilalui, akan menjadi kenangan indah untuk anak aku. Semuanya untuk dia. Susah aku, jerih aku untuk dia.

salam

Tiada ulasan: