Alahai, sempena ulang tahun perkahwinan aku yang ke 5 ni, tak kan la takde entry special. Nanti, mencebik pulak orang rumah. So, inilah entrynya.
Syukur kepada Allah yang Maha Besar. Dipanjangkan jodoh aku dan isteri dan dimurahkan rezeki dengan dikurniakan seorang anak yang noty.
Bukan susah nak kahwin, cari awek cun, ngorat-ngorat, kumpul duit sikit (kumpul duit banyak kalau nak Majlis kawin kat hotel 5 bintang. Tak payah kumpul duit kalau anak orang kaya.), pastu kawin. Tapi bukan senang nak kahwin kekal lama. Macam-macam dugaan ada. Yang bergolek-golek, yang melompat, yang berlari. Semua ada. Apa rahsianya untuk kekal lama. Hanya tuhan yang tau. Aku a.k.a. kami boleh berusaha sahaja. Bertolak ansur dan bagai. Alah, korang yang dah kahwin, mesti tau punya. Jangan asyik cari "macam mana cara nak tahan lama..." aje.
Semoga, dipanjangkan jodoh kami. Biarlah hanya mati yang memisahkan kami. InsyaAllah.
Salam
p/s: lupa nak tambah, bukan susah nak kahwin lagi satu...kat golok pun boleh.
2 ulasan:
p/s : ada hati nampak??
biasa la
Catat Ulasan