Selasa, 28 Jun 2011

Video Kreatif Paling Best - Kutiman

TAk tau la sape pernah dengar nama Kutiman (macam nama jawa je). Apa yang menarik Kutiman ni, di buat lagu dengan mencantumkan bunyi-bunyi dari alat music yang ada dalam youtube. Yang very the respect nya, result dia macam semua bunyi-bunyian tu dibuat khas untuk lagu tu. Padahal, semuanya diambil dari Youtube dan tak mempunyai kaitan langsung antara satu sama lain. Senang cerita, tengok aje la video ni.

Fikiran Tengah Malam Bila Tak boleh tidur

We grow,learn and mature. Experience the failure and success of our life. Grow old bringing along precious knowledge of life that we've learnt. Hoping that our next generation will follow our step of success and avoid our failure. But believe me, they wont. They will do the same mistake as our's and if they're lucky, grab a happy ending just like us. Why? Because it is printed in their DNA the same way as ours. "Stubborn"

Isnin, 27 Jun 2011

Yang sedikit, Yang Susah, Lebih Dihargai

Malam tadi, aku tak berapa boleh nak tidur. Penangan Nescafe yang diminum sebelum nak tidur. Mata pejam, otak ligat berfikir. Dalam berfikir tu, terfikir aku. Pasal hidup. Sejak kebelakangan ni, betapa kurang bermakna hari-hari yang telah berlalu. Untuk membuktikannya, aku cuba fikir apa yang aku lakukan malam minggu lepas. Jawapannya tak berapa ingat.

Kenapa jadi macam tu? Aku pun teringat, kenangan-kenangan zaman aku kecik-kecik dulu. Walaupun dah berpuluh tahun (Huh, tuanya aku), masih jelas lagi kat kepala aku. So, kenapa boleh ingat.

Aku rasa, mungkin sebab dulu, semuanya susah, sikit dan perit. Dulu, rumahnya dua bilik sahaja, letriknya malam sahaja. TVnya RTM saja. Lauknya, biasanya ikan saja. Sayurnya, betik muda masak air sahaja.Roti mentega, dihujung minggu saja. Ke sekolah, 4kilometer, jalan kaki saja. Beg sekolah, jenama US Army saja.

Semuanya tak kurang, cukup-cukup je. Dalam serba sederhana itu, membuatkan aku dan adik beradik lebih menghargai apa yang ada. Dan kalau dapat lebih (macam pergi beli baju raya, main mercun, dan sebagainya), ingatan itu lebih terpahat ke dalam kepala dan kekal sampai ke tua.

Sekarang, yang penting bukan ingatan aku. Aku tak penting sangat, Masa aku dah pun berlalu.lagipun, aku dah ada kenangan indah aku.Yang penting adalah, ingatan anak aku. Semoga hari-hari yang dilalui, akan menjadi kenangan indah untuk anak aku. Semuanya untuk dia. Susah aku, jerih aku untuk dia.

salam

Jumaat, 24 Jun 2011

Apa Ke Gila Nya...Kereta Harga Rumah

Tengok la kereta Audi A1 kat atas ni. Harga RM 180k. Tak ke tak boleh masuk dek akal a.k.a gila.Dah le takde leather seat, kecik pulak tu. Harga, lagi mahal dari harga rumah aku. Rumah aku, kurang-kurang pun, ada bilik air. Boleh mandi kalau busuk. Katil pun ada. Ni, ada seat 2+1+1 je. 2 depan 1 panjang kat belakang. TV pun takde.

Apasal lah mahal sangat (sebenarnya tau, tapi buat-buat tak tau). Aku rasa la, kalau rumah aku, aku letak tayar 4 bijik, letak plat no sekali, mungkin boleh markup harga. Letak badge Audi, mau naik jadi RM 180k jugak...

Nanti ada pulak kes rumah eksiden sebab terbabas :)

Khamis, 23 Jun 2011

Mengerjakan Haji

Minggu lepas, Makteh aku baru balik dari mengerjakan umrah. Macam macam cerita dan nasihat yang dapat diambil untuk dijadikan ikhtibar. Antara yang aku dapat buat kesimpulan dari cerita-cerita dia adalah :
1)Orang melayu merupakan anatara penganut islam yang paling beradab dan lemah lembut (diakui oleh pak arab).
2)Walaubagaimanapun standby nak pergi ke sana, tetap akan terkelam kabut sebab kerterujaan di rumah Allah.
3)Nak buat Umrah/ Haji, kena ada orang lelaki sebab banyak aktiviti guna kudrat
4)Aku akan buat umrah dulu sebelum buat haji kalau mampu supaya lebih bersedia dan biasa dengan keadaan di sana.
5)Kebanyakan perbuatan di Sana dibayar Cash di sana juga (dengar dari cerita-cerita pengajaran orang balik haji)
6)Pengalaman di sana adalah yang terbaik walaupun ada perit jerih. Ini diakui oleh, Makteh, walid dan kawan-kawan aku yang pernah ke sana. Perasaan nak pergi semula ke sana memang kuat.

So, semoga di murahkan rezeki aku supaya dapat ke sana semasa masih muda. Bila dengar cerita orang pergi ke sana, aku rasa nak pergi leleni jugak. Tapi apa kan daya, kira-kira masih belum mengizinkan. Gitulah orang makan gaji.

Salam

Isnin, 20 Jun 2011

Motor Idaman - Kawasaki Z750

Sejak sebulan dua ni, suka betul aku membelek kat mudah.my tengok motor kat atas ni. Motor ni, namanya Kawasaki Z750. Dari namanya, dah tau la cc nya 750. Nape aku suka motor ni? Selain dia CC 750, design dia smart dan dia paling murah jika dibanding dengan motor import yang lain.

New Home sweat Home is in Progress June 2011








Hobi hujung minggu, melawat rumah baru dalam pembinaan. Ingatkan nak naik beskal je ke Berjaya Permai, sekali, hari macam nak hujan pulak (alasan).Terpaksa naik kereta.

Bila pergi tengok rumah baru, mula la berangan, nak pasang itu, nak buat ini. Pastu, mula la terfikir, nak bayar itu, nak bayar ini.Tapi, insyaAllah, kalau ikut perancangan, takde masalah. Cuma, kita manusia, boleh plan je, Allah menentukan segalanya.

Apa pun, best kalau beli rumah baru ni. Dari pada survey rumah, tengok progress rumah sampai lah nak mendecorate rumah. Yang tak best nya, time nak bayar je. Tapi, invest kat rumah ni, insyaAllah, jarang rugi. Jika nak dibandingkan dengan beli kereta (yang harga sekarang lebih mahal dari harga rumah), baik la beli rumah.

Rumah aku ni, dalam 65%-70% siap. Atap, syilling semua dah naik. Plaster dah siap. dah nampak lah bentuk rumah dan keluasan dia macam mana. 1 nasihat aku, sesiapa yang nak beli rumah, yang dia tahu dia 1st buyer atau sebagainya. Cuba lah demand dengan developer tu. Tambah tile ke, syiling kapur ke. Biasanya diorang bagi. Macam rumah aku. Dapat la tile dengan syiling kapur. Dah save berapa ribu dah kat situ.

ok lah. Salam.

Isnin, 6 Jun 2011

Pembiayaan Semula Rumah - Refinance House

Tahun ni, 2011 merupakan tahun ke-6 aku menduduki rumah sekarang. Alhamdulillah, murah rezeki, dapat duduk rumah sendiri. Bila masuk tahun ke - 6 ni, biasanya orang akan tengok semula loan rumah. Biasanya mereka akan buat refinance, atau pengurangan interest.

Aku pulak, rasanya macam nak tukar loan. Loan sekarang adalah loan conventional. Nak ambil loan islamik. Loan sekarang under AmBank. Dalam Ambank, aku tengok, ada pakej Islamik. So, bermula la penjelajahan nak refinance rumah aku.

Perkara yang perlu disediakan awal-awal
  1. Salinan Geran rumah. Biasanya kena minta dengan bank sekarang
  2. Salinan Kad pengenalan
  3. Borang J
  4. Slip gaji selama 3 bulan.
  5. Penyataan akaun
Bank Islam
Bank Islam merupakan pilihan utama aku. Bukan sebab bank ni bagus sangat ke apa. Cuma sebab Loan kereta dan gaji aku masuk ikut Bank Islam. So, bila nak bayar nanti, senang sikit, sekaligus. Ok, CUstomer service dia ok. Takde ciri-ciri kesombongan ke apa. Penerangan diberi pun agak lengkap dan tepat. Apa yang bank Islam Offer seperti di bawah:
  1. Rate 4.7 % (BFR-2.3) NI tak sure khas untuk company aku atau pun tak
  2. Bank cover untuk lawyer fee sahaja. Insurance Pelanggan bayar sendiri (Boleh masuk dlm loan)
  3. Kalau loan atas baki loan sekarang sahaja, dapat kurang RM10 je dari installment sekarang (1.6%). Kalau markup loan ikut harga market value, dapat cash dalam RM 7K dan installement RM 670.
  4. Loan 90%.Pelanggan Bayar Insuran je.
AmBank
Merupakan bank asal loan rumah aku. Customer service agak kurang. Sebab chinese, kurang lancar berbahasa melayu dan inggeris. Aku kena minta dia ulang 2-3 kali baru clear. Tapi tak menarik sebab refinance hanya boleh 80% sahaja. Aku siap kena tambah duit lagi. Aku dah maklumkan, bank lain, pakej dia lebih menarik. Maksud aku tu, kalau offer dia tak menarik, aku cari bank lain. Tapi, dia macam tak kisah je. So, reject lah bank ni.

RHB
Aku tak pergi bank lagi, just call sahaja. Dimaklumkan, bank dia boleh offer BLR-1.8 iaitu 4.8%. Boleh refinance 90% sahaja. Agak kurang dari Bank Islam. Hari khamis baru set appointment dengan exec bank tersebut.

So setakat ini, ini aje bank yang aku dah survey, kena cari bank lain pulak. Ada 1 lagi optain yang aku rasa terbai, tapi tak tau boleh lepas ke tak. Tapi nanti sambung lagi. Sape - sape ada cadangan boleh bagitau, boleh aku meng"attack" bank tersebut.

tq

Update 19 june 2011
Nampaknya terpaksa hold dulu perancangan refinance loan rumah atas 2 sebab:
1)Rumah tak cukup 5 tahun lagi. Huju tahun ni baru cukup. So, malas nak bayar penalty 5%.
2)Kadar keuntungan a.k.a. interest yang tinggi. Bayangkan, dengan kadar 4.7%, untuk tenpoh 30 tahun, refinance RM1117k, installment RM600. Kurang RM10 dari current loan yang berbaki 25 tahun. Macam rugi la pulak.

Khamis, 2 Jun 2011

New Home sweat Home is in Progress may 2011

Lama tak update pasal rumah ni. So nak update la sikit. Ok, rumah aku dijangkakan siap tahun depan 2012. So harap, kena la dengan timing bonus company (kalau ada bonus la). Sekarang ni, atap semua dah naik dah. Dan memandangkan rumah aku dijadikan rumah contoh, so rumah aku cepat la sikit siap. Dan aku rasa mesti diorang buat rumah aku TERBAEK sebab nanti orang nak tengok rumah tu. So kat bawah ni, progress dia.










p:s: Ada disertakan sekali pelakon tambahan sebagai titik rujukan

Kungfu Panda dan Alya Kungfu

Malam Selasa lepas, aku, wife dan Alya pergi menonton movie Kungfu Panda 2, 3D lagi tu. Mula-mula nak tengok yang pukul 8:00 pm punya, habis lah pulak. Tengok la yang pukul 10:00 PM punya. Pop corn Alya dah lama dah habisnya sebelum start movie.

Tengah tengok movie tu, aku dapat la pengajaran. Jika ada anak yang hyper active dan yang sungguh ramah, jangan la di bawa tengok movie di pawagam. Macam - macam nak ditanya dan nak dibuat yang boleh menyebabkan si ayahnya mendidih darah sampai ke kepala menahan marah. So dengan Umi dia sekali terasa bahang kemarahan walidnya. Movie tengok separuh je. Keluar dan terus balik.

So lepas ni, tobat tak bawah dah. Tunggu la umur Alya 6-7 tahun, baru cuba semula bawa tengok movie...


Saat saat ceria sebelum movie start
 

Saat -saat Alya mula nak meragam

Trick Untuk download dari Internet

Aku selalu dengar keluhan dari pengguna internet. Internet slow lah, tak boleh P2P, tak boleh download. Padahal dah pakai speed 4mbps dah. So apa sebenarnya masalah mereka. Berkenaan internet ni,pada pandangan aku,pengguna internet perlu ada ilmu mencari apa yang nak dicari di internet.

Aku bagi contoh, Si Fulan nak download movie xyz. Dia pun guna la P2P atau torrent. Tak pun dia download dari website oversea sebelah china atau Taiwan. Pada pandangan aku, memang la slow, Torrent atau P2P bergantung pada jumlah seeder dan sebagainya. Kalau download dari oversea, bergantung pada international bandwidth pulak.

Aku sekadar nak share la apa yang aku tahu. Sebelum apa-apa, diingatkan, sendiri download, sendiri tanggung jawab. Nak download movie, drama atau sebagainya, kalau boleh, cari lah yang direct download. Contoh site, http://www.scenedowns.com/. Dekat situ macam macam ada. Dan dia host semua file kat major file sharing service samada yang free atau berbayar.

1 lagi cara adalah dengan guna format di bawah.
  1. Pergi masuk google. Dekat bahagian search tu, masukkan site:nama_site.com jenis_file "nama_file". contohnya, aku nak cari lagu isabela. Biasanya file lagu ni banyak kat blogspot. so aku masukkan la - site:blogspot.com mp3 "isabela" kat google search.
  2. Aku tekan search. keluar la list link file tersebut.
  3. Kalau nak bagi lagi senang, bahagian nak masukkan nama site: tu, masukkan nama website file hosting. contohnya, mediafire.com, hotfile.com, ziddu.com, megaupload.com dan sebagainya lah.
So pandai - pandai la ye...