Khamis, 23 Jun 2011

Mengerjakan Haji

Minggu lepas, Makteh aku baru balik dari mengerjakan umrah. Macam macam cerita dan nasihat yang dapat diambil untuk dijadikan ikhtibar. Antara yang aku dapat buat kesimpulan dari cerita-cerita dia adalah :
1)Orang melayu merupakan anatara penganut islam yang paling beradab dan lemah lembut (diakui oleh pak arab).
2)Walaubagaimanapun standby nak pergi ke sana, tetap akan terkelam kabut sebab kerterujaan di rumah Allah.
3)Nak buat Umrah/ Haji, kena ada orang lelaki sebab banyak aktiviti guna kudrat
4)Aku akan buat umrah dulu sebelum buat haji kalau mampu supaya lebih bersedia dan biasa dengan keadaan di sana.
5)Kebanyakan perbuatan di Sana dibayar Cash di sana juga (dengar dari cerita-cerita pengajaran orang balik haji)
6)Pengalaman di sana adalah yang terbaik walaupun ada perit jerih. Ini diakui oleh, Makteh, walid dan kawan-kawan aku yang pernah ke sana. Perasaan nak pergi semula ke sana memang kuat.

So, semoga di murahkan rezeki aku supaya dapat ke sana semasa masih muda. Bila dengar cerita orang pergi ke sana, aku rasa nak pergi leleni jugak. Tapi apa kan daya, kira-kira masih belum mengizinkan. Gitulah orang makan gaji.

Salam

2 ulasan:

aishah zaharin berkata...

cuba baca buku prof kamel, travelog haji mengubah sempadan iman. cerita seorang pekebun kecil yang berjaya kumpul duit untuk pergi haji dalam masa cukup singkat. kita selalu usaha, tapi lupa nak mintak daripadaNya untuk sampai ke sana. pada aku la, tak semestinya pergi umrah dulu baru pergi haji. aku dulu pergi haji lepas 12 tahun pergi umrah. kalau pergi haji terus pun tak pe, cuma mintak la amek penerbangan awal so that boleh menyesuaikan diri sebelum masuk musim haji. insya Allah, ok. moga kau & wife & family pun dijemputNya untuk pergi ke sana. amin.

SMH berkata...

tq Aishah.Dengar cerita ko n sedara2 yg dah pergi ke sana,timbul rasa excited nak ke sana.InsyaAllah, ada rezeki adalah tu.