Selasa, 28 Disember 2010

Play MKV Movie Using PS3 To Your TV

Yes, aku dah jumpa 1 software yang enable kan PS3 sebagai MKV player tanpa perlu convert kan fail tersebut dari .mkv ke format lain. Caranya adalah, download dan install PS3 media server dari http://ps3mediaserver.blogspot.com/ . Dah install pada pc/ laptop korang yang wireless enabled, (pastikan korang ada wireless router), korang pergi kat ps3 setting bahagian video, scan media server. biasanya korang akan dapat 2 server, ambik yang ps3 media server, bukan window.

Bila dah masuk, korang akan nampak semua folder dalam pc korang. So pergi la cari folder movie korang dan play je movie yang ada. Selain .mkv, macam - macam lagi type movie ext yang korang boleh main kan.

So tak perlu lagi aku nak beli media server atau nak convert movie file atau sambung laptop pada tv. On tv, on laptop dan on ps3, dah boleh tgk movie. Movie high quality 720p/1080p boleh download dari internet (DINASIHATKAN BELI YANG ORI, DOWNLOAD UTK PREVIEW JE). Dengan streamyc 4mbps, tak jadi masalah (kalau takde masalah Bras la macam orang lain. nasib baik aku tak kena :) ).

Happy viewing..

Isnin, 27 Disember 2010

Appreciate What Is Yours...Before u Lose it


Never thinks what is yours, will stay yours forever. We used to see something as it is. We are too focus on it or to lazy to see it as something that exist in our life that has effect to our surrounding. Love, care, happiness, joy and much more that we received from it or our surrounding, people we love, things we like is due to the existing of it. We see it as it is as for that moment, is there as what we assume it will.

But, how about when suddenly, it is not as what it is, where it is not as we assume it will. When it is not there. Something that not a routine always bring historical to people. Unplanned thing happened. And we unable to plan. Everything that we enjoyed from it and from our surrounding that due to the existing of it, that we assume was there because of simply it was there forever was not there anymore. And we start asking ourself why? Why it is not there? Then we start realizing that it is us that who are fail to see it as an existence in our life, that make us smile when we woke up every morning, that push us forward for another day even when the future seem to be glooming, that see us, love us, joy us and treasure us as if it will not see us on the next day anymore.

We start to disconnect with others. Trying to forget something that we lost. We start dying inside. And we start to wish at night. That we could do something a little bit more, love it a bit more, hold to it a little bit more, care for it a little bit more, stare at it a little bit more. And we wish that our ignorance was never was exist to blind is from it. And so, we keep regretting until we forget it...

SO WHAT IS IT...IT CAN BE IN FRONT OF YOU, OR AT YOUR SIDE, IN YOUR POCKET OR AT YOUR DOOR STEP WAITING FOR YOU COMING BACK FROM WORK. IT IS THAT SOMETHING THAT YOU FORGET THE EXISTING OF IT, THAT BRING YOU JOY,LOVE AND HAPPINESS... IT IS EVERYTHING....

    

Selasa, 7 Disember 2010

Qarin, roh,jin, malaikat, syaitan,hidup, mati,dosa,pahala,zahir dan batil. Semua persoalan ini tersingkap hanya dalam masa beberapa hari ini. Dan ianya perlukan jawapan segera bagi menutup pintu pintu keraguan yang tiba wujud dalam hati masing masing. Tapi bukan semua jawapan adalah kebenaran. Dan mungkin juga ia akan membuka lubang lubang kekufuran dan mungkin juga peluang peluang keinsafan. Ketaksuban,penolakan dan pengasingan. Mungkin juga akan berlaku, perpecahan, perpisahan atau juga penyatuan. Bagi aku yang jahil dan lembab ini,mungkin perlu lebih masa untuk memahami. Dan mungkin perpisahan tak dapat dielakkan. Hanya tuhan yang tahu segalanya


--------------------------------------------------------------
Ovi Mail: Making email access easy
http://mail.ovi.com

Sabtu, 4 Disember 2010

Link Movie

Ni ada 1 link untuk dapatkan movie. Download movie ni bukan untuk piracy ye. Just untuk buat preview sebelum beli yang ori. Beli lah yang ori sebab quality dia memang berbeza. Percaya la cakap aku.

http://www.mflinks4u.co.cc

Busy Month

I was fuc**in busy month. Busy kerja la. So, takde masa nak blogging. Life as usual.Ada la 1 - 2 perkara menarik. Tapi macam biasa je. Ingat nak tukar kereta, tapi tak jadi bila memikirkan hutang baru. So tukar aje la apa yang boleh dalam kereta tu. Nak tukar seat leather, leceh sebab kena tinggal kereta. Last nya, tukar cover sear leather je. ok la tu.

Well, pasal kerja, dengar cerita keadaan majikan aku makin tenat tahun depan. Dengan kos H**B yang menyenakkan.Campur pulak operation cost. Kira paras hidung jugak lah. Tapi jangan bimbang, share holder tetap akan dapat untung. Biar pekerja merana. Pekerja diminta beri idea macam mana nak jimat kos. Jangan bimbang, aku dah lama bantu majikan. Claim tak buat. bil HP bayar sendiri.Pakai kertas recycle dan sebagainya. Bonus slash pun, aku redha. KPI 3 memanjang pun takpe. Walaupun aku tau aku layak dapat 4 kalau nak dibandingkan dengan orang tu yang Bunyi je lebih,hasil tadak.

Tapi yang menyedihkan aku, part management, tak nampak pun nak bantu company. Contohnya, ada aje lantikan baru yang super duper high ranking. CFO,VC, COO dan macam - macam lagi lah. The higher the rank, the lesser the work. orang cakap, tanggung jawab diorang besar. tapi, aku tak pernah dengar pulak ada yang resign bila unit diorang buat salah. Contoh nya, unit diorang beli barang cikai cap ayam kena langgar. Pakai sehari rosak. Bila terbukti salah diorang, mana big2 bos diorang resign. Yang kena, pencacai macam aku ni la.

Alamak, banyak mengomel pulak. Management baca ni, habis aku. Big bos aku kalau turun dari KL datang melawat, mesti cakap diorang kerja sampai 12 malam. Huh! aku respect, tapi pandangan aku, masa yang paling efisyen untuk bekerja adalah dari 8pg hingga 5 ptg. Selain keletihan, kita tak boleh fokus sebab teringat tanggungjawab lain spt keluarga, anak mak bapak dan ayam itik di rumah. So kalau kerja jugak, memang boleh, tapi result tak cantik lah. Umpama bawak kereta tengah mengantuk. Kereta gerak jugak ke depan. Tapi depan tu ke mana. Silap-silap ke gaung.

Aku suka kerja aku, tapi lama-lama membosankan jugak.5 tahun buat menda sama, sape tak bosan. Aku cuba jadi inovatif dengan buat projek-projek dan initiatif. Tapi, tak lama, bosan jugak. Rasa nak pindah unit la(dari hari cakap nak pindah,tapi tak pindah2 pn). Tapi ke mana?Aku nak duduk kat fleet, orang HR awal-awal dah terbulat mata dengar idea aku. So ke mana aku? Sekarang ni, aku umpama remote control tv yang kehabisan beteri. Kena tenyeh kuat-kuat, baru boleh tukar channel.

Sudah lah pasanl kerja. Ni cerita aku nak beli umah. Alhamdulillah, kalau diizin tuhan, mungkin dapat la aku merasa rumah baru. Dari segi loan, macam ok. lama dah berangan nak rumah besar sikit. Baru sekarang je macam mampu sikit. Excited la jugak.Nak cat kaler apa, perabot apa.macam-macam lagi la. Nanti sedara datang, takde lah bersesak kat rumah. Boleh lah aku buat swimming pool kat sebelah (Ceh!macam la besar sangat umah tu). Nanti, umah luas, boleh lah tambah anak. tak pun tambah bini :)huhuhu.....

Ok La. wassalam

Busy Month

I was fuc**in busy month. Busy kerja la. So, takde masa nak blogging. Life as usual.Ada la 1 - 2 perkara menarik. Tapi macam biasa je. Ingat nak tukar kereta, tapi tak jadi bila memikirkan hutang baru. So tukar aje la apa yang boleh dalam kereta tu. Nak tukar seat leather, leceh sebab kena tinggal kereta. Last nya, tukar cover sear leather je. ok la tu.

Well, pasal kerja, dengar cerita keadaan majikan aku makin tenat tahun depan. Dengan kos H**B yang menyenakkan.Campur pulak operation cost. Kira paras hidung jugak lah. Tapi jangan bimbang, share holder tetap akan dapat untung. Biar pekerja merana. Pekerja diminta beri idea macam mana nak jimat kos. Jangan bimbang, aku dah lama bantu majikan. Claim tak buat. bil HP bayar sendiri.Pakai kertas recycle dan sebagainya. Bonus slash pun, aku redha. KPI 3 memanjang pun takpe. Walaupun aku tau aku layak dapat 4 kalau nak dibandingkan dengan orang tu yang Bunyi je lebih,hasil tadak.

Tapi yang menyedihkan aku, part management, tak nampak pun nak bantu company. Contohnya, ada aje lantikan baru yang super duper high ranking. CFO,VC, COO dan macam - macam lagi lah. The higher the rank, the lesser the work. orang cakap, tanggung jawab diorang besar. tapi, aku tak pernah dengar pulak ada yang resign bila unit diorang buat salah. Contoh nya, unit diorang beli barang cikai cap ayam kena langgar. Pakai sehari rosak. Bila terbukti salah diorang, mana big2 bos diorang resign. Yang kena, pencacai macam aku ni la.

Alamak, banyak mengomel pulak. Management baca ni, habis aku. Big bos aku kalau turun dari KL datang melawat, mesti cakap diorang kerja sampai 12 malam. Huh! aku respect, tapi pandangan aku, masa yang paling efisyen untuk bekerja adalah dari 8pg hingga 5 ptg. Selain keletihan, kita tak boleh fokus sebab teringat tanggungjawab lain spt keluarga, anak mak bapak dan ayam itik di rumah. So kalau kerja jugak, memang boleh, tapi result tak cantik lah. Umpama bawak kereta tengah mengantuk. Kereta gerak jugak ke depan. Tapi depan tu ke mana. Silap-silap ke gaung.

Aku suka kerja aku, tapi lama-lama membosankan jugak.5 tahun buat menda sama, sape tak bosan. Aku cuba jadi inovatif dengan buat projek-projek dan initiatif. Tapi, tak lama, bosan jugak. Rasa nak pindah unit la(dari hari cakap nak pindah,tapi tak pindah2 pn). Tapi ke mana?Aku nak duduk kat fleet, orang HR awal-awal dah terbulat mata dengar idea aku. So ke mana aku? Sekarang ni, aku umpama remote control tv yang kehabisan beteri. Kena tenyeh kuat-kuat, baru boleh tukar channel.

Sudah lah pasanl kerja. Ni cerita aku nak beli umah. Alhamdulillah, kalau diizin tuhan, mungkin dapat la aku merasa rumah baru. Dari segi loan, macam ok. lama dah berangan nak rumah besar sikit. Baru sekarang je macam mampu sikit. Excited la jugak.Nak cat kaler apa, perabot apa.macam-macam lagi la. Nanti sedara datang, takde lah bersesak kat rumah. Boleh lah aku buat swimming pool kat sebelah (Ceh!macam la besar sangat umah tu). Nanti, umah luas, boleh lah tambah anak. tak pun tambah bini :)huhuhu.....

Ok La. wassalam

Rabu, 13 Oktober 2010

Emas Naik

Suka suka. Harga emas naik. Siapa yang ada emas, boleh la jual. Sape yang baru nak beli, tunggu la dulu.

Frustration

Frustrate with work. Hoping and doing the best for company, but company not doing the best for itself. Furthermore, giving lousy service (but not as lousy as Chelcom BB) to the people who would sacrifice their meal spending for the BB service from my company, make me feel so sad. Fisherman, tukang and others, with below rm10 per day pay, every cent is always something for them. but paying for the service that they could not use?...adoi.

Big bos said, bring more user, but when asked to do minor migration..budget constraint. Aiyo..Cannot say much. kang Kena DI. I love the company, but sometime, to survive, u need just to play along. I have a daughter to feed. I think, play along is not too hard to do.

Jumaat, 24 September 2010

Mode: BAD


Tah apa angin aku, angin nak marah je. Kadang-kadang ok, kadang-kadang baran. Bak cuaca perolakan yang tak menentu melanda kuantan ni. Tambah pulak sejak semenjak dua menjak ni, kenakalan alyah maisarah yang macam dah hyper je.
Aku rasa aku tau nape aku semacam je, tapi biar aku aje la yang tau. Nanti aku try tarik nafas panjang-panjang bila nak marah. Supaya tak jadi marah. Tapi marah aku pun, just masam muka je. Kalau tangan-tangan pun, alyah maisarah je.

Tapi, anak aku ni, dia boleh detect. Time bila aku buat-buat marah dia dan time bila aku marah sebab aku marah betul-betul. Kalau time aku marah betul-betul, nanti, dia datang la kat aku. menyondol jek kat sebelah aku."alyah sowy. alyah tak nak naughty.nak sayang walid walid". selagi aku tak layan dia, selagi tu la dia memujuk. Tapi bila aku cakap ok, kejap je dah pergi menakal balik. Adoi..

Takpe la, nanti aku switch mode aku jadi good pulak. Biasa la, bukan perempuan jek yang ada bulannya, laki pun ada. Biasa la, life...So, tengok aje lah gambar raya aku. Wajah 75kg aku. sekarang dah naik dah jadi 80kg balik.




Isnin, 30 Ogos 2010

Entry Suka Suki

Boring da. Kerja hari isnin. Takde orang. Saja ngisi gambar - gambar huha alya dan walid nya. Hari ni sakit perut pulak. Berapa kali ke tandas dah. Ahh..tengok aje lah gambar.







Jumaat, 13 Ogos 2010

Hari Yang Buruk

Aku rasa semua orang pernah melalui 1 hari yang buruk dalam hidup memasing. Masuk hari yang buruk tu, bukan lah cuaca buruk, atau sakit perut atau, takde mood. Hari buruk yang aku maksudkan adalah hari yang mana kita rasa macam lagi baik mati daripada nak lalui hari tersebut. Contohnya,
1)Hari nak bagi tau mak bapak awek kita yang awek kita termengandung ke.
2)Atau, semalam kantoi seluar koyak kat perhimpunan, dan hari ni nak kena pergi sekolah lagi. 3)Kantoi dengan bini yang kat rumah yang terjumpa mesej awek dalam hp kita yang satu lagi.
Dan banyak lagi lah. Tapi contoh-contoh di atas bukan lah apa yang aku pernah lalui. Sekadar contoh aje.

Bagi aku, dari pengalaman-pengalaman lepas-lepas yang aku rasa kronik jugak kesnya, apa yang aku lakukan adalah:

1)Jangan fikir terlalu kehadapan. Contohnya, apa yang akan belaku lepas ni. Apa orang kata, dah sebagainya. Memang benda tu kena fikir juga akhirnya. Tapi biarlah kita selesaikan mana yang patut diselesaikan dulu. Jadi, fikiran kita fokus dan kebarangkalian untuk ambil tindakan tak masuk akal tu takde.
2)Lalui sahaja hari tersebut. Samada kita bersedia atau tidak, hari itu tetap akan berlalu. Tau tau dah lepas dah hari tu. Kadang-kadang, hari yang kita sangkakan amat teruk, rupanya takde lah teruk sangat.
3)Insaf atau lebih berhati-hati dihari kemudian. Kalau apa yang kita buat dulu berdosa, lain kali jangan buat lagi. kalau yang memalukan, lain kali kena hati-hati lah.

Dulu zaman sekolah dulu, kantoi surat cinta dengan senior yang bacakan pulak surat tu depan kawan-kawan aku. Rasa malu gila nak masuk kelas esok. Tapi bila aku lalui hari yang aku rasa aku tak mampu lalui tu, takde apa pun. So, jangan fikir lebih-lebih. Just laluinya macam biasa.

Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa

Wah dah masuk hari ke-3 puasa. Sebagai seorang PRO dalam bidang puasa ni, tak rasa lapar pun..tau-tau dah 3 hari.Cewah!!. Aku ucapkan,selamat berpuasa pada semua umat islam terutamanya kawan-kawan dan saudara mara aku. Semoga bertambah produktiviti pahala di bulan mulia ini.

Bagi aku, bulan puasa ni, selain kebaikan dari segi agama, banyak kebaikan sampingan yang aku perolehi. Pertamanya, boleh lah kurangkan berat badan dan kekembangan muka aku ni. Keduanya, boleh kurangkan perbelanjaan. Yelah, untuk berbuka, cuma beli nasi bungkus je. Kuih dalam singgit dua. Dah. Kemudiannya, balik kerja pun awal, 4:30 PM, ngalah gomen. Dan banyak lagi la.

Dari segi agamanya, banyak la. Time puasa gini la baru nak menjejak kaki ke surau (aku la tu). Nafsu level rendah je. Tapi kadang kala ternaik jugak kalau ternengok amoi terutamanya kat kedai BMW tu (biasa la, lelaki.nafsu tetap ada,bukan takde terus di bulan puasa ni. Kalau tak, takde la budak yang nama mohd ramadhan). Dan macam-macam lagi kebaikan dari segi agama yang aku rasa semua orang dah arif tentangnya.

Apa-apa pun, semoga kita semua dapat habiskan puasa sebulan kita. Rahmat tu. Ada orang, puasa kedua, eksiden, meninggal dunia. Tak sempat merasa puasa sampai habis. Jangan pulak, bila puasa, lembik lentuk masa kerja. Cakap pun meleweh je.Ok lah....selamat semua

Rabu, 11 Ogos 2010

SUAMI YANG LUPA

Dipetik dari laman blog keretamayat.blogspot.com. Menarik, jadi aku sharekan kat sini.


SUAMI YANG LUPA...

(Di tulis pada awal perkahwinan, 2002)

Isteriku..

Dengarlah isteriku, aku menulis derita ini ketika kamu sedang terbaring tidur memeluk bantal, di pipimu terdapat kesan air mata yang baru kering, di dahimu terdapat rambut yang hujungnya basah kerana air mata…. Secara diam-diam aku berbaring disisimu, mengusap rambutmu ke belakang, dan menyapu air matamu.., lalu aku mencium dahimu dan memelukmu.., lalu aku menangis...

Mungkin semenjak kita berumah tangga ini, kamu dapati aku sukar melayanmu dengan baik.., kesibukkan aku dengan urusan sendiri membuatkan kamu seorang isteri hilang tempat melepaskan penat dalam pelukkan kasih sayang.., malahan kesemua salahmu yang kecil juga membuatkan jurang antara kita semakin jauh.., namun hari ini, segala kesabaranmu telah datang menyelubungi diri aku lalu membangkitkan rasa kesal yang amat sangat kerana di dalam hati ini, tiba tiba muncul perasaan bersalah yang amat sangat...

Dan dengan perasaan bersalah itulah aku kini datang kepadamu, dan memelukmu dengan penuh kasih sayang..

Dalam diri aku berkecamuk fikiran tentang segala perlakuan kasar aku terhadapmu wahai isteriku. Sewaktu kamu ambil masa yang tidaklah lama untuk bersolek agar pandanganku terjaga, tapi aku merungut dan membentak.., Aku memarahi dirimu kerana tidak mengenakan sarung kaki, walaupun kamu telah memberitahu bahawa sarung kaki ada di dalam kereta, dan akan memakainya dari dalam kereta.., aku tetap memarahimu kerana bagiku, keluar rumah harus bersarung kaki.., sedang jarak kereta hanya satu meter depan rumah..

Aku malu pada diri ini, kerana sentiasa menemui kesilapanmu.., aku marah marah sewaktu kamu tidak memakai anak tudung (sedang sudah memakai tudung diluar) kerana aku kuatir jika tudung kamu jatuh, kamu tidak ada anak tudung, padahal kamu hanya keluar menyiram pokok bunga dalam rumah yang berpagar...

Pada waktu serapan, aku juga menemui kesilapanmu, kamu memasak lambat, lauk nasi sejuk, teh tarik tak kelat dan sebagainya, kamu hanya tunduk meminta maaf dan sewaktu aku ingin pergi kerja kamu melambai tangan dan berkata “jaga diri baik-baik” tapi dahiku berkerut, kerana melihat kamu yang mengenakan tuala sebagai tudung sementara, lalu aku menjerit‘”tutup rambut betul-betul !”

Di pejabat, kamu cuba menelefon aku bertanya khabar, tapi aku merungut supaya tidak diganggu kerana sedang sibuk padahal aku hanya berborak dengan kawan akan isu remeh temeh..,

Pada waktu petang, berulang lagi perkara seperti itu, sewaktu aku sampai, aku melihat kamu sedang menjemur kain lalu aku memarahimu di depan anak-anak jiran-jiran kerana kamu berlengan pendek..., ketika minum petang aku masih merungut tentang dosamu yang akan aku tanggung kerana tidak menjaga aurat. Aku juga merungut jika kamu bersolat lewat, sedangkan kamu sudah memberi alasan tertidur kerana keletihan mengemas rumah..., lalu aku menimbulkan cerita tentang api neraka.., dan kamu diam tidak berkata apa-apa..

Ingatkah kamu sewaktu aku membaca buku di malam hari diruang tamu?, kamu datang dengan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan? waktu itu aku sibuk membaca dan tidak peduli pada kamu, dan kamu cuba berkata sesuatu, lalu aku yang tidak suka diganggu ketika membaca menyergah” Apa yang kamu mahu?”.

Kamu tidak berkata apa-apa, tetapi terus berlari ke arahku dan merangkulku dengan kuat-kuat lalu mencium pipiku. Tangan kudusmu dengan kelembutan yang diberikan Tuhan dalam dirimu merangkul erat badanku lalu setelah beberapa ketika, kamu meleraikan kembali pelukkan itu, dan kamu pun pergi kebilik tidur meninggalkan aku seorang diri diruang tamu.., di bahuku, aku melihat ada kesan air mata..

Tiba tiba buku yang aku baca terjatuh dan aku berasa cemas sekali.

Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari kesalahan?, kebiasaan mencari kesempurnaan?, merungut tentang masakan yang tak sedap?, berdengus jika masak lambat?, memarahi isteri kerana berlengan pendek menjemur baju di halaman rumah yang berpagar?, memarahi isteri yang solat lewat kerana tertidur? Memarahi isteri yang tidak pakai sarung kaki ke kereta?

Kadang kadang aku membandingkan kamu dengan kakakku yang sempurna dimataku, malahan lebih teruk, aku bandingkan dirimu dengan anak nabi Fatimah r.aha, sedangkan kamu isteriku.., oh.., aku tahu hatimu telah lama terluka… inikah hadiahku kepadamu sebagai suami?.

Semua itu kulakukan, bukanlah kerana aku tidak menyayangimu, melainkan aku sangat takut tentang azab api neraka yang disediakan untuk suami yang tidak menjaga isterinya dengan betul.., tapi aku terlalu berburuk sangka padamu, menuduhmu yang bukan-bukan, menyoal yang bukan-bukan, mempertikai kasih sayangmu padahal kamu isteriku, banyak sekali perkara yang baik dan yang lembut serta benar dalam perwatakanmu. Hati wanitamu ternyata mencukupi luas sekali, seluas cakerawala.

Ini ternyata ketika kamu secara spontan bergegas berlari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Dan membiarkan air mata mengalir tanpa perlu kepada sebarang penjelasan, sedangkan kamu, telah dibesarkan oleh ibu bapamu dengan penuh kasih sayang.., sampai masa aku datang mengambilmu sebagai isteri lalu membawa pulang ke dunia yang asing bagimu, dan disini, aku menyakiti hati sucimu itu..

Malam ini, aku datang menyapu rambutmu yang basah, dan malam ini, dalam kegelapan sebegini, aku berlutut di sisi katilmu, menangis pada shurga diwajahmu.., dan aku cukup malu pada diriku sendiri dan aku menangis lagi….hanya kamu yang berada difikiranku. Dan aku telah datang kepadamu, dan kini, aku telah berada dalam dakapanmu. .., maafkanlah aku...

Aku sendiri tak sempurna macam Saidina Ali, macam mana boleh mengharap isteri sehebat Fatimah anak Nabi..?, Aku sendiri sedih kerana telah menyakiti hati seorang anak perempuan orang lain yang telah 20 tahun hidup bahagia bersama kelurga, tapi bila hidup bersamaku untuk 40 tahun akan datang, tidur malam terpaksa pula berteman air mata..

Tetapi mulai esok, aku akan berubah.., aku akan bersungguh-sungguh menjadi seorang suami yang terbaik untukmu, Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita, dan tertawa apabila kamu tertawa. Lidahku akan ku tahan, kalau aku ternampak salahmu, aku akan bersangka baik, kerana kamu masih muda, masih sedang belajar menjadi seorang isteri..., dan aku menyesal kerana melayan kamu seperti kamu seorang yang faham selok belok ugama, sedangkan kita semua, masih perlu belajar menjadi manusia yang baik, hingga ke liang lahadpun, pelajaran itu belum habis.., apatah lagi di gerbang rumahtangga?..oh

Sekarang ketika aku memelukmu, dan kamu yang sedang lena dibuai mimpi juga secara tidak sedar membalas pelukkanku.., meringkuk dan keletihan di sebalik wajah sucimumu. Aku menangis malu..

Kelmarin kamu masih anak gadis yang diajar agama oleh ibumu dan kamu masih belajar.. hari ini kamu menjadi isteriku dengan rela, aku telah menuntut terlalu banyak.. terlalu banyak !!!!!

Aku malu pada diriku...

Maafkan aku wahai isteriku
Esok, kamu tidak akan menangis lagi.., insyAllah..

Abang cinta padamu.., sampai hujung nyawa...

Akhir kata:-

“Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang paling baik dengan keluarganya dan aku(Rasullullah SAW) adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat Tabrani)

Janganlah seorang laki-laki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti ridha (senang) dengan perangainya yang lain. (HR. Muslim)

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah SWT menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)

Khamis, 22 Julai 2010

Kenapa Kita Perlu Balik Awal Dari Kerja

Aku terima email dari seorang kawan UTM, agak menyentuh hati. Cubalah baca...


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,

"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang,
tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini,
pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi,
hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar,
bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang,
sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri,
kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap
agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar
airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini,
aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya,
dan melutut di katil,

"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum,
"Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu"

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini"

Katanya,
"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala"

Bisikku,
"Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu,
terutama yang unggu"

"FAMILY "

Adakah kamu sedar,
sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja
akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi...
keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita
sepanjang hayat.

Dan sedarlah,
sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita,
adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.

Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

FIKIR2kan..selamat beramal 

Rabu, 14 Julai 2010

Kegunaan Internet Jalur Lebar





Dengan internet jalur lebar, tak perlu nak beli DVD untuk anak. Tengok kat Youtube je pun jadi. Dora ada, upin ipin ada, diego ada dan Pocoyo pun ada, bolt ada. HiDef (HD) lagi. (macam iklan pulak). Nak internet Jalur lebar murah (wired broadband), jangan jumpa saya, pergi la ke TM Point berdekatan ..kuikuikui...






The World Is Getting More And More Boring...

Wah..wah. Title omputih. Tapi lebih kurang macam tu la. Everyday is a same routine. Pergi kerja, balik kerja, makan malam tengok tv dan tidur. Kerja pula, baca email, reply email, compose email dan turun buat doket.

Tak banyak benda baru yang nak di explore. Semua benda dah tau. Dalam peti sejuk ada coke dengan satay semalam, hari selasa pukul 9:30 ada gossip girl dan kabinet teruntum, E-side bermasalah.

Masa zaman-zaman bujang dulu, kerja kat tempat lama, syok jugak. Tiap - tiap hari buat benda berbeza. Site survey, installation dan sebagainya kat merata malaysia. So, sentiasa mengexplore kawasan baru, pengalaman baru dan survey calon isteri(walaupun last nya jumpa wife kat tempat lain). Tapi yang tak best, penat dan gaji ciput tak berbaloi dengan kerja.

Macam tu lah. Mungkin aku awal sangat men"settle down" kan diri aku. Menyebabkan aku cepat bosan. "So how to re-spark the excitement in my life (personal & work)?" Tanya seorang John dalam diri aku.Tambah mem sorang lagi?Oh tidak, nak mati ke!! Tukar kerja?Hmm, considerable. Tah la, takde idea.

Orang cakap, "routine make you lazy". Orang yang cakap tu, aku la. So, bila dah selalu sangat buat menda yang sama, jadi malas. Nasib baik la ada alyah maisarah. So, life aku ada la sikit ke "unknown" an nya. Sampai kacau bilau rumah. Tapi, itu aje faktor yang memaniskan hidup aku yang dah makin tawar ni. Dia yang yang bikin aku panas, bikin aku gembira, yang boleh buat aku tersenyum sorang2. Aku tak tau la macam mana kalau dia takde dalam hidup aku. Dia la satu-satunya perkara yang tak rutin dalam hidup aku.

"So, Is the world is getting more and more boring...? or it's just me."Kata seorang john dalam diri aku sekali lagi. Entah la

Isnin, 14 Jun 2010

Alya Maisarah

Saja-saja upload gambar. Ramai orang cakap, alyah dah macam kakak. Patut dah ada adik dah. Tengok la gaya dia. Dengan beg bekas air doranya. Tapi, kena hold dulu plan nak ada adik. Kena tambah budget dulu. ..

N78 Yang Pendek Umur

Bulan lepas, genap la umur Nokia N78 aku. Tetiba je rosak masa nak ke terengganu hari tu. Display rosak, blank screen je. Hari tu dah rosak, repair. Pastu rosak lagi. Malas nak hantar repair. So, cari pengganti baru aje la. Baru match dengan HP baru umi.

Walaupun sekejap, N78 la yang memperkenalkan pada aku, nokia map dan bagai. Banyak la jugak jasa dia. Sekarang ni, pakai adik beradik Nokia X pulak. Semoga umur kekal sampai tahun depan.

Penat Sebab Terbangun Malam

Sekarang ni, asyik lesu je sebelah siang. Sebab malam asyik terbangun. Bukan tengok bola or yg satu lagi tu. Melayan ke alya muntah. Selalu sangat muntah tengah malam sekarang. Start jadi masa dia demam aritu.



Starting dia, mesti dia bangun terkejut sebab ngigau, nangis dan muntah. Yang penatnya, muntah atas katil pulak. Kalau sempat, cepat-cepat tarik dia masuk bilik air. kalau tak sempat, habis lah kena tukar cadar.



Sebenarnya, bukan apa pun. Dia muntah sebab dia nangis. Kalau tak nangis, tak muntah. Bila muntah tu, menyirap la darah umi dengan walid. Kalau sekali sekala takpe. Ni, seminggu 2-3 kali. Kalau ada maid takpe. Umi jugak yang kesian kena basuh cadar. Walid geli.



Tapi aku pun tolong gak, madi kan alya bila dia dah muntah tu. Tu yang lesu jugak tu bila time keje. Tapi yang mengherankan tu, time cuti, dia tak muntah pula. Time keje ni la yg muntah ngigaunya. Pelik-pelik.

Dah lah, lesu dah menaip...

Isnin, 31 Mei 2010

Birthday Wish

The older you become, the less birthday wish you'll get. 1st, your friend will start to forget about it. Then your brother or sister. Your parent will come next. At the end, the only birthday wish that you will get is from your wife and children.

It is amazing how much a simple wish mean to the receiver. It is not about what you wish to them, but it is about how they feel when they knew that they re not forgotten.

Isnin, 10 Mei 2010

I am under Utilized

Macam statement bunuh diri je. Tapi diri aku sendiri yang tau kapasiti atau keupayaan aku dalam melakukan sesuatu kerja. Bagaikan kata ibu anmum, bila kita berfikir, setiap sel otak akan sentiasa berhubung dan membentuk ikatan baru dalam otak.

Aku suka kerja aku. Tapi aku rasa aku perlu tambahan tanggung jawab. Need more pressure, work pressure la maksud aku. Tapi tambahan yang official. Bukan yang tak official. Sekarang ni, aku sentuh yang tu sikit, aku cuit yang sini sikit. Tapi tindakan aku tak memberi impact yang banyak pada perkara tersebut. Padahal aku rasa, aku boleh buat lebih lagi. Tapi sebab bukan tanggungjawab hakiki aku, aku tak boleh beriya sangat.

Need to seek my bos la berkenaan perkara ni. Harap bos faham. Kalau tak pun, nak cuba tempat baru dengan pengalam kerja baru. maksud nya Unit baru la. Ish2, entah lah, lagi 25 tahun lagi nak kerja. baru 5 tahun dah rasa tepu. Macam mana tu.

Rabu, 5 Mei 2010

Perempuan Dan Handbag @ Women And Handbags

"1st time aku jumpa wife aku, perkara pertama yang aku perasan adalah handbag nya yang penuh bergaya. Corak petak-petak kaler biru jenama Bonia tak silap aku. Dengan serta merta aku dapat rasakan, dia lah bakal isteri aku."...

Huh!!Pernah ke para lelaki mempunyai perbualan dalam hati seperti ini semasa terpandang wanita idaman mereka. Berangan lah. Tak kuasa nak pandang menda lain. Tapi sebagai pasangan, kena la beri response kalau isteri tanya, "cantik tak handbag ni" masa nak pergi beli handbag.

Aku paling lemah bila orang umah tanya pendapat bila nak beli handbag. Bukan apa, aku ni, jenis malas nak survey banyak. Kalau aku beli barang, suvey 1 kali je. Terus beli. 1 kedai je. Kalau tak pun, paling banyak 3 kedai. Dalam kepala, dah ada dah apa spec yang dikehendaki.

Mana lah aku tau, antara bunga kotak-kotak dan bunga bulat-bulat mana yang cantik. Tali yang halus ke tali kasar. Kadang-kadang aku tengok merepek je design beg tu. Boleh muat apa pun tak tau. Tapi malas nak cakap sebab orang pompuan ni kita tak faham. Mungkin cantik pada kita lain, pada mereka lain, rasionalnya lain.

So, kadang-kadang, bila orang rumah tanya pandangan aku yang mana 1 handbag cantik, aku main tunjuk je. Kadang-kadang aku pilih yang kaler biru sebab kaler faveret aku. Tapi, aku tau, walaupun aku pilih yang tu, dia mesti ambil yang 1 lagi. Tak pun, tak ambik terus sebab ada 4-5 buah kedai lagi nak survey.

Apa-apa pun, kena terima lah keadaan ni. Dah memang sifat wanita macam tu. Lain la kalau aku nak kawin dengan lelaki jugak. Geli...So macam tu lah. Dan yang perempuan pulak, kena terima lah bahawasanya lelaki tak berapa suka nak survey2 handbag ni. Nanti kalau dah dapat handbag, upah lah suami tu dengan pergi bawa dia survey ps3 ke apa...huhuhu

Isnin, 26 April 2010

Hari Aku

Pada tarikh hari ni, 30 tahun yang lepas, lahir la seorang budak comel oleh seorang ibu bernama syarifah al'yah. Bayi tersebut sungguh comel sehingga la sekarang, kecomelannya masih ada dan diturunkan kepada anaknya yang juga bernama syarifah alyah.Huhuhu...

Selamat hari lahir untuk diri aku sendiri. Tak sangka dah 30 dah. Dah matang, bukan tua. Masuk 30, bermakna sel tulang aku akan mula stop menghasilkan sel baru kecuali jika aku minum anlene. Macam tak percaya dah 30. Rasanya macam baru je aku clash dengan awek aku masa kat utm dulu.huhuhu.

Tapi aku terima dan suka masuk umur 30 ni. Baru nampak tua sikit.kalau ada jambang sikit dan uban putih kat tepi kepala, lagi smart. Ditemani isteri dan anak yang comel, aku dah bersedia untuk meredah umur 30 an ni. Harap-harap sempat jumpa umur 40 an. Banyak menda tak settle lagi, hutang kereta, rumah dan hutang amal ibadat.

Semoga 30 memabawa keberkatan dan rezeki melimpah ruah pada aku. Boleh aku share dengan sedara mara dan orang yang memerlukan.

Last sekali, aku ingin mengucapkan terima kasih pada arwah umi yang melahirkan aku, ibu yang membesarkan aku, walid yang cari rezeki untuk aku dan famili,adik-adik aku yang menyokong aku, cikgu aku yang beri ilmu pada aku, isteri dan anak aku yang menyambung keturunan dan penceria hidup aku, kawan-kawan yang menambah pengalaman aku, dan teristemewa sekali pada tuhan yang menjadikan, mengasihi dan menyayangi aku. Bak kata orang putih" thank you god".

Heppy Birthday to Me

Ahad, 11 April 2010

Sederhana

Melayu itu sederhana. Islam pun sederhana. Sebab tu la melayu mudah untuk menerima islam. Ye la kot. Bila tanya sape-sape la, melayu la. Apa plan bila tua nanti. Ramai yang cakap, bila tua nanti, nak balik kampung,buat rumah dekat kampung. Nak buat kebun supaya petang-petang boleh bercucuk tanam. Magrib pegi surau dengan orang rumah. Balik, lepak-lepak kat beranda dengan isteri sambil minum kopi o dan cerita kenangan zaman muda.

Macam tu la melayu,ataupun aku. Memang la masa sekarang,macam2 cita2 aku. Nak kaya, nak umah besar dan bagai lagi. Tapi dipenghujungnya, aku tetap la nak balik kampung. Hidup dalam kesederhanaan.

Sebab tu lah Hang tuah cakap, tak kan melayu hilang di dunia. Sebab dalam keserdahanaan ini, kita tetap akan ada didunia ini.

Jumaat, 2 April 2010

Saya Batuk

Musim batuk dah sampai. Aku batuk tak benti-benti. Wife aku cakap, tidur pun aku batuk. Aku mana lah sedar. Dah makan ubat dah, tapi tak baik-baik jugak. Yelah, ubat makan, ais tak tinggal. Macam mana nak baik.

Isnin, 22 Mac 2010

The World

When the world seems to push u back,n u end up sitting alone on a corner, feeling lonely n no where to go. Just call my name n I'll get to u as fast as i could. Dont cry my dear, cause i'll be here with u. I'll be ur crying shoulder, i'll be ur punching bag.i'll be ur joker,i'll be ur singer. And i will be ur world again as i n ur mother used to be, when u were just our little girl.

Isnin, 15 Mac 2010

Limited Life

Next month,aku akan masuk umur 30? Next month juga ialah april, sinonim dengan bonus kalau kat company aku.
Sebagai makan gaji, tak banyak option yang ada untuk aku bagi kegunaan bonus tu. 1)simpan,2)pun simpan.
Banyak sangat cadangan untuk hidup aku dan famili 3 beranak aku ni pada masa akan datang. New house,new car, vacation dan new wife kot. Huhuhu, takde la.
Orang lain,2-3 kali ke oversea. Aku,sabah pun tak jejak lagi. Ialah, gaji ciput, sayang duit untuk diguna tak bertempat. Betapa limited nye la hidup aku. Kan best kalau dapat upgrade jadi unlimited.
Hopefully,something superb akan berlaku pada aku 2010. Harapnye la. Jumpa duit sejuta ke kat tepi jalan. 50% sure aku derma. Yang lebihnya,baru aku belanja. Berangan la.

Isnin, 1 Mac 2010

Sayang

Rasanya,tak terlambat lagi untuk aku ucapan selamat menyambut hari keputeraan nabi junjungan kita,muhammad.

Tadi aku tengok halaqah. Ada sesi penceritaan kehidupan nabi. Rasanya,semua orang dah tau sirah nabi. Tapi kadang kala, kena diingatkan supaya rasa sayang pada baginda sentiasa ada dalam hati. Tak sempurna iman kita selagi kita tak sayang nabi lebih dari diri kita sendiri. Mungkin bagi orang yang tak tau sirah nabi, akan cakap nape nak macam tu sekali. Boleh ke kita buat macam tu. Jawab nya,boleh. Sebab nabi boleh. Nabi sayang umat dia iaitu kita lebih dari diri baginda sendiri walaupun baginda tak pernah jumpa kita lagi. Bayangkan, semasa nyawa baginda akan diambil oleh malaikat maut, rasullah masih boleh risaukan kita lagi. Dan ketika baginda sedang merasai sakitnya maut,sehinggakan jibril tak sanggup tengok keadaan rasullah ketika itu, baginda masih risau kan kita. Takut kita semua tak larat menerima azab nyawa ditarik, baginda minta semua sakit menghadapi maut seluruh umatnya diletakkan pada baginda ketika itu juga. Punyalah sayang rasullah pada kita. Dan ketika baginda sudah dihujung nyawa, baginda berbisik pada anaknya, "umatku,umatku". Dan menghembuskan nafas baginda yang terakhir.

Pergh!! Sayang nya baginda pada kita semua. Cuma, adakah aku juga sayang rasullah macam tu? Lebih lebih lagi susur galur aku daripada dia jugak. Patutnya aku lebih sayang beliau lebih dari orang lain.

Aku sayang rasullah. Walaupun aku ni jahat,tak sebaik beliau. Aku tetap sayang baginda. Mata aku akan sentiasa bergenang bila mendengar kisah kehidupan beliau. Dan walaupun sikit, aku akan cuba contohi kehidupan baginda. Ko jahat ke,perompak ke pelacur ke,tetap umat muhammad. Dan baginda pernah bagitau, kita umat yang tak sempat jumpa dia,tak dengar suara dia, tapi tetap sayang baginda, akan ada tempat istimewa di sisi tuhan. Memang nampak mudah nak cakap aku sayang sipolan-sipolan. Tapi kalau tak pernah jumpa,tak pernah dengar suara,rupa pun tak tau macam mana,alamat kat mana. Nak ke kita bank in duit 500,000 dalam akaun dia. So, untuk sayang nabi kita, kita kena usaha sikit cari sejarah baginda. Baru kita kenal baginda dan boleh sayang beliau. Dan aku percaya, bila dah tau kisah hidup baginda,mungkin ramai akan rasa ada kisah-kisah kehidupan baginda yang sama dengan kisah kehidupan kita. Memang lah, sebab baginda pun, manusia macam kita juga. Ada kisah sedih dan gembira. Akhirnya, yang aku tau, rasullah sayang kan kita semua teramat sangat. So, marilah kita sayangi baginda semampu yang boleh dengan mengikut sunnahnya dan menyayangi islam.

Good nite

Ahad, 21 Februari 2010

Life Is Like That


Amboi, title orang putih nampak. Well, you know me. Tapi lebih kurang makna nya dalam bahasa melayu, "Hidup ni,memang macam ni". Hidup memang macam ni. Adil, tak adil, kejam, baik hati, fantasi, realiti dan sebagainya.

Kadang kala, kita rasa kita la orang paling bahagia, atau paling malang. Paling kaya atau paling miskin. Paling baik atau paling jahat. Tapi selagi kita masih hidup, semua itu mungkin akan berubah. So jangan lah buat kesimpulan tentang hidup kita terlalu awal. Aku ada tengok 1 rancangan ni, ada perempuan ni, dia mengaku penah jahat dulu. Ada 1 peristiwa tu, telah menyebabkan dia sedar dan berubah. So dia jadi baik. Dia masuk tv dan di interview. Siap nasihat orang lain lagi supaya jadi macam dia.

Betul ke, tuhan yang beri pentunjuk pada dia? atau syaitan yang beri. Mungkin supaya dia berubah dari jahat kepada takbur dan riak. Aku pun tak tau. Tapi bagi aku, kehidupan aku tak tau bila akan tamat. Samada panjang atau pendek. Selagi nyawa masih belum dihujung nafas, tak berani aku buat kesimpulan tentang diri aku.

Tak mustahil, dilahirkan islam, dikebumikan kafir. Atau dilahirkan baik, di kafankan jahat. Hanya tuhan yang tau. Kalau sape2 nak tanya aku samada aku ni baik atau sebaliknya, datang lah masa aku tengah nazak nanti....

Rabu, 17 Februari 2010

Alyah Tinggal Dengan Nenek Chini Lagi

Semalam, ingatkan dari jb, terus balik kuantan. Sekali suami mama alyah eksiden. So, mama tak boleh jaga alyah sebab nak pergi tengok suami dan tengok kereta . So, semalam, dari Jb, terus ke Chini. Alyah kena masuk kem bina semangat nenek Chini la nampak gayanya.

Pagi tadi, masa nak gerak ke Kuantan, sedih pulak rasanya nak tinggalkan anak aku ni. Dia tengah nyenyak tidur. Semalam tak sampai hati nak balik malam. Kesian takut dia nangis nak ikut. Tapi tadi pun, aku pulak yang tak sampai hati. Itu la rasanya jadi ibu bapa. Connection dia tu memang kuat. Pepe pun, terpaksa la tinggal jugak. Sape nak jaga dia kalau bawak dia sekali. Dah cium 2-3 kali dahi dia, aku pun gerak ke kuantan.

Tadi wife aku call umah, nasib baik dia tak nangis. Nenek dia cakap, bangun je, anak aku tanya umi dengan walid mana? Mak aku cakap walid dengan umi work. Lepas tu, dia sambung tidur semula.

Tapi pelik la aku. Macam mana la ada manusia sanggup buang dan bakar anak diorang. Tah le.

Selasa, 16 Februari 2010

Angan-Angan Nak Melancong

Semenjak dua menjak ni, asyik berangan nak pergi melancong ke luar negara je aku ni.Tanya orang tu , tanya orang ni. Masuk website Air Asia, nengok tambang kapal terbang , keretapi ,hotel dan sebagainya. Yela, orang lain, kebanyakkannya dah jejak kaki ke negara orang. Samada ikut suami/isteri, sambung study,company trip, atau saja-saja melancong.

Aku ni, bukan kata negara orang, sabah serawak pun jejak lagi. Kalau ada pun, New Zealand yang kat Maran tu.So, bila berangan tu, wife aku pun join sekali. Excited la jugak dia. Target nak ke tempat ada salji (selain kat genting). Target kena besar, sebab jarang sekali nak pergi. Tah-tah sekali seumur hidup. Maka wife aku pun, berkobar-kobar la browse internet. Tengok tiket dan sebagainya. Aku pulak, tanya lah kawan-kawan yang selalu travel oversea ni. Macam orang darat masuk pekan gaya nye.

Bagi orang yang average macam aku ni, bila nak jalan-jalan, kena pikir 2 menda. Budget dan pengetahuan untuk travel. Duit tu, bukan la takde, cuma tak banyak dan rasa macam sayang nak habiskan untuk perkara -perkara macam ni. Lain la kalau duit berkoyan. Kalau boleh,tambang nak murah, penginapan yang murah atau free. Sebuk la cari sedara atau kawan kat sana. Macamla lagi nak ditengokkannya.

Diharap, dimurahkan rezeki. Dapat la aku and famili kecik aku ni pergi jalan nanti. Takde la macam katak bawah tempurung. Asik kuantan, jb, langkawi. Untung jugak la anak baru sorang. Bukan tolak rezeki tuhan cuma, kalau dah 2-3 orang, tak merasa la aku nak jalan jauh sikit.

Berangan, jangan tak berangan.

Khamis, 21 Januari 2010

Mimpi

Sejak kebelakangan ni, aku asyik mimpi jek jumpa kawan aku sorang ni.Sebenarnya ex-girl friend aku.huhuhu. Tapi, mimpi bukan buat menda pun. First time aku mimpi pasal dia, dia datang tumpang tidur umah aku dengan 2 orang twin dia. Dia cakap huby dia pergi obersi.

Kali kedua aku mimpi, jumpa dia lagi. tapi mimpi duduk dalam kelas, masa kat u. Padahal aku dengan dia dulu course lain-lain walaupun universiti sama. Pastu, boleh ada pulak cikgu matematik moden sekolah menengah aku dulu mencelah dalam mimpi tu. Tu pun cikgu dia jugak.

Apa-apa lah mimpi aku ni, mainan mimpi orang kata. Tapi risau gak, yelah takut mimpi ni kadang-kadang bawa tanda. Nak kata tanda ada jodoh, tidak lah kot. Takut ada tanda tak baik. Minta dijauhkan la...

Minggu Serabut

Well, seperti yang aku tulis kat tajuk atas ni, minggu ni adalah minggu serabut aku. Bukan dengan kerja, tapi dengan menda lain selain kerja.Minggu ni aku asyik membaran jek. Tah la. Aku cuba jadi orang yang penyabar dan penyayang. Aku cuba berubah. Tapi, by the time aku amik langkah pertama aku, mesti jadi benda yang akan menyebabkan aku menyirap.

Aku tak tau la nape dengan aku ni, atau nape dengan dia. Atau aku tau sebenarnya puncanya. Tapi aku buat-buat tak tau. Tah la. Aku malas nak berkata-kata/berbincang even masa tengah meletup tu pun aku senyap. Sebab aku tak tau aku betul atau salah. Dan jika dah start berkata-kata, endingnya akan menghasilkan 1 keputusan yang samada baik atau buruk.

Baik lah aku senyap. Tak kira lah aku salah atau betul. Aku rasa aku salah. Tapi apa yang menyebabkan aku buat salah. Hanya tuhan yang tau. Tah la...

Jumaat, 8 Januari 2010

Kalimah Allah

Seperti yang semua tau, sekarang ni tengah kecoh-kecoh berkenaan kalimah Allah. Sebagai umat islam, terpanggil juga aku untuk katakan sesuatu. Tapi bukan pasal keputusan mahkamah tu, cuma berkenaan penggunaan kalimah itu. Dan ni hanya lah pandangan aku sahaja.

Bagi aku, Allah merupakan tuhan semua makhluk alam semester ni samada makhluk tu sembah Allah atau pun tidak. Kalau agama wahyu, memang tuhan yang sama disembah iaitu Allah. So pandangan aku, kalau orang kristian nak gunakan nama Allah itu, takde masalah sebab tuhan mereka adalah tuhan umat islam juga. Tapi yang salah adalah, pemahaman mereka tentang Allah. Bagi kita, Allah itu ialah yang esa, tiada anak, tiada bapa. Tapi pada mereka Allah itu ada anak. Dan banyak lagi sifat-sifat Allah yang diberikan oleh orang kristian bertentangan dengan ajaran Islam.

Kalau betul lah juga nak digunakan nama Allah itu, so pemahaman tentang sifat Allah oleh mereka juga sepatutnya ditukar kepada kebenaran seperti pemahaman dalam Islam. Tapi sanggup ke mereka berbuat begitu.

Selama ini, Islam tak pernah tekan mereka untuk mengikuti pemahaman Islam tentang tuhan. Tapi semenjak mereka mula berusaha untuk menggunakan kalimah Allah secara rasmi dalam penerbitan keagamaan mereka, itu yang umat islam di Malaysia bising. Sebabnya, bukan untuk berebut kalimah itu. Tapi untuk mengelakkan kekeliruan tentang pemahaman kalimah Allah itu pada umat Islam. Implikasinya mungkin nampak kecil sekarang, tapi pada masa akan datang, siapa yang tau. Tengok bagaimana negara jiran membenarkan kalimah ini digunakan oleh agama lain, tak kehuru hara pegangan dan pemahaman umat islam di sana.

Kalau betul-betul ketua agama Kristian di Malaysia ini ingin mengikut jalan ke arah keamanan, sebolehnya perkara ini hendaklah dielakkan. Kerana pada pandangan aku, kalau penganut agama kristian tak guna kalimah Allah, tiada kemudaratan pada mereka. So kenapa mereka nak mempertaruhkan keamanan, kebebasan beragama dan sebagainya hanya untuk menggunakan kalimah Allah sedangkan ia tidak wajib bagi mereka. Bersyukur juga kerana orang Melayu Malaysia mempunyai sikap toleransi yang tinggi. Kalau negara lain... Entah la.

Aku harap tiada apa yang buruk akan berlaku. Jangan lah orang Islam membuat tunjuk perasaan di Masjid atau sebagainya sebab yang rugi adalah orang islam sendiri. Rugi masa sebab jam, harta masjid rosak dan bersepah dan sebagainya. Dan yang disebelah sana, fikir-fikir lah sendiri. ..

Lama Tak Jumpa Alyah Maisarah

Dah seminggu tak jumpa alyah.Sebenarnya 5 hari. Tak sabar rasanya nak balik chini esok. Rindu gila. Entah la, rasa macam kosong dan tak lengkap je kehidupan harian tanpa dia. Wife aku pun cakap sama. Gelak dia, nakal dia, mengamuk dia, comel dia. Semua benda kecik tentang dia, jadikan aku teringat-ingat bila dia takde. Biasanya, bila tidur,kaki dia kt aku,kepala dia kat umi dia. Tapi ni kosong je. Fuh, sentimental beb. Feeling dia sama macam aku teringat arwah umi aku masa aku kecik-kecik dulu. Tah la, mungkin itu kelebihan anak kita kot. Berkebolehan untuk mencuri hati ibu bapa dia. Yang belum ada anak, cepat-cepat lah ada anak. Yang tak nak anak, rugi sebab tak dapat rasa feeling jadi ibu atau bapa. Yang dera anak sampai mati tu, tak tau la nak cakap. Hati kering betul. Akhir kata, aku sayang alyah.